A to-be-continued version of SAKTI #1 : 10 Tahun Yang Lalu...
Apa yang aku suka kat SAKTI? SEMUA! Aku suka semua penghuninya yang dah berjaya buat aku jatuh cinta kat SAKTI. Aku suka Malam Penutupan Minggu MTK, Minggu Bahasa, Minggu CnC, Sambutan Malam Merdeka, dan semualah. Aku ingat lagi, apa yang mebuatkan aku ubah fikiran untuk terus stay kat SAKTI. Kalau tak salah, Malam Penutupan Minggu Bahasa. Aku suka suasana time tu. Sama seperti suasana waktu aku mula-mula melangkah di bumi SAKTI. Meriah .Ceria. Susah nak describe suasana tu, senang cerita suasana macam satu family. ONE BIG FAMILY. Suasana itulah yang buat aku rasa macam dekat dengan rumah. Dan buat aku fikir, aku patut beri peluang untuk diri sendiri, untuk terus berada di SAKTI. Aku suka kawan-kawan-senior-junior kat situ. Aku suka prep kat dewan makan. Aku suka waktu jemaah maghrib kat surau. Aku suka waktu usrah dan baca Al-murk kat dorm. Aku suka makan ramai-ramai, even kena beratur panjang sangat. Aku suka waktu prepare nak inspection. Aku suka waktu riadah, even aku hanya duduk tepi longkang bergosip ^_^. Aku suka waktu request-request itu-ini. Aku suka waktu tukar-tukat kad raya. Bagi kad kat Biro perhubungan konon-konon macam pos lah, padahal nak bagi member kelas sebelah jek pun. Aku suka waktu fly xkantoi. Aku suka waktu ponteng prep senyap-senyap tengok TV. (Cikgu Shuhaimi cakap, jadi student jangan skema. Hilang nikmat student tu. Aku Cuma ikut tunjuk ajar sifu je). Aku suka aktiviti-aktiviti time minggu-minggu aktiviti. Aku suka time pillow talk dengan bedmate. Aku suka rebut-rebut shower. Aku suka, asal nak buat apa-apa yang perlukan giliran, kena cop turn. “Lepas ni ada orang tak. Nak after”. Ayat femes ni kat sekolah asrama. Aku suka semuanya…semuanya. Tapi paling aku tak suka, waktu ujian, exam, stay up dan gotong-royong. Ujian ngan exam tu memang My-Number-1-Enemy dulu, kini, selamanya. Gotong-royong pula, boleh kira pakai jari berapa kali je aku turun. Merepeklah seminggu sekali kena bersihkan bilik-bilik khas kat asrama tu, bukan kotor pun. (Nampak tak ayat budak malas). Stay up; memang tak lah. Tidur itu satu nikmat, janganlah dibazirkan *wink*. Jangan pisahkan, aku dan tidur….
Sungguh SAKTI banyak mengajar aku
subjek yang aku tak kan dapat dari buku teks. (Yang dorang dok usung time nak
exam. Bosan!). Aku belajar erti kehidupan. Aku belajar tentang persahabatan
yang aku rasa macam satu keluarga. Aku belajar settle problem tanpa ibu-ayah.
Aku belajar buat decision sendiri. Aku belajar berdikari. Aku belajar kawad!
Banyak ilmu agama yang before ni aku tak pernah tahu, aku belajar kat sini.
Kalau aku xmasuk sini, mesti aku akan terpinga bila orang cakap solat subuh ada
yang tiga rakaat. Haa…sekali dengar nampak kan macam ajaran sesat. Masa
mula-mula dulu aku ingatkan imam terlupa nak ruku’ or memang dia terlupa sampai
tambah satu rakaat lagi. Tapi bila dah tiap hari Jumaat, subuh jadi tiga
rakaat, x ke pelik? Itu yang aku fikir time tu. Rupanya, kalau solat subuh hari Jumaat, disunatkan membaca surah As-sajadah. Kan dalam surah tu ada part yang
kena buat sujud sajadah kan. Itulah sujud yang imam tu buat rupanya. Sumpah
kalau bukan di SAKTI, tak tahu bila lagi aku akan belajar tentang ini.
Banyak…banyak lagi. I’m sure there are more to be listed. A loooooooong list. And
it wouldn’t be enough for me to write everything in a day. And I’ve short term
memory sometimes. And I’m bad in listing too. And GUA MALAS! ^_^
In a simple word:
# When I think of SAKTI, I think
of FAMILY.
# When I mention SAKTI, I mean
everyone and everything within it.
# When I miss SAKTI, I miss the
moments when I was there.
SAKTI, now U know why I really LOVE U isn't it? And now, I'm not over there, but my heart still belong to U SAKTI! Thanks, and will always love U... ♥
No comments:
Post a Comment