Lately, ramai yang dok pumpang update pasal fenomena LISTEN LISTEN LISTEN... Apakah fenomena LISTEN LISTEN LISTEN ni? Seriously, fenomena ni telah berjaya menarik banyak perhatian terutamanya dari golongan cerdik pandai (mahasiswa). Sampaikan Mat Luthfi pun siap buat parodi lagi pasal fenomena ni...
Basically, video ini mengenai seorang mahasiswa yang bangun untuk bertanyakan beberapa soalan antaranya mengenai isu Perhimpunan BERSIH serta pendidikan percuma. Kemudian, moderator program tersebut (Forum Suara Mahasiswa) cuba menghentikan perbuatan pelajar tersebut dan kemudiannya menarik mic dari pelajar tersebut setelah pelajar tersebut gagal dihentikan dari meneruskan hujah-hujahnya.
Lepas tengok dua-dua video ni (Video Forum Suara Mahasiswa & Mat Luthfi), ibu tanya: "Uda rasa siapa yang salah? (Miss Bawani or Mdm Sharifah)". Simple. Dua-dua pun salah. Eh, bukan sebab atas pagar ke tiada pendirian ke, tapi kalau kita teliti dan kaji video tersebut dengan berlapang dada, insyaAllah kita akan dibukakan mata hati untuk melihat yang DUA-DUA PUN SALAH.
Pertamanya, Miss Bawani perlu dipuji kerana keberaniannya yang tampil ke hadapan untuk membincangkan isu yang boleh dianggap agak sensitif akhir-akhir ini. Bukan sebab isu tu menyentuh sensitiviti kaum atau apa, tapi kalau kurang berhati-hati, maka boleh menimbulkan salah faham dan pertelingkahan dikemudiannya, seperti apa yang telah berlaku sekarang. Miss Bawani bijak menggunakan peluang yang ada, since itu adalah Forum Suara Mahasiswa, tempat yang sangat strategik untuk membincangkan isu sebegini. Silapnya Miss Bawani bila intonasi yang digunakan itu kurang sesuai untuk soalan yang akan beliau tanyakan. Dan intonasi sebegitu, diadunkan pula bersama-sama dengan soalan yang agak sensitif ditambah sedikit dengan emosi pihak yang ditanyakan, makanya bunyi seolah-olah mencabar walaupun niat asalnya bukanlah sebegitu... OK imagine kalau kawan korang nak tanya soalan katalah soalan Math. Member tengah kusut ni tak dapat jawab soalan, datang kat korang marah-marah minta korang tolong settle kan soalan tu. Apa korang rasa? Panas lah juga kan tapi since member punya pasal, chill je sebab tak nak gaduh. Tapi cuba kalau korang lecturer, datang student nak tanya soalan tapi student tuh jenis tak beradab, siap tanya dengan nada ala-ala nak melenting je. Apa rasa? Chill juga ke? Mestilah tak kan, sebab beza umur antara student dengan lecturer membuatkan student tersebut WAJIB menunjukkan rasa hormat pada lecturer walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Sama lah juga dengan apa yang telah Miss Bawani lakukan. First time tengok video ni, first thing that came across my mind is "Kenapa perlu jerit-jerit". And She should've stop when she've been asked to do so. Yes, because of RESPECT.
Keduanya, Mdm Sharifah. Babak-babak awal Mdm Sharifah confront dengan Miss Bawani tu memang perlu dipuji. She NICELY asked Miss Bawani to stop. Perlu faham, isu yang diketengahkan ini cukup-cukup sensitif, tidak semua yang bersetuju dengan hujah Miss Bawani, tambahan dengan nada yang Miss Bawani gunakan cukup kurang sesuai.Jika Puan Sharifah tidak menghentikan Miss Bawani dari meneruskan hujah beliau, mungkin pertelingkahan lain pula bakal berlaku. Who knows kan... Semua tu bukan dibawah kawalan kita. And she'd shown Miss Bawani some respect at first. Itu juga perlu dipuji. Not until bila beliau start merendahkan-rendahkan Miss Bawani dengan mengatakan Miss Bawani memiliki "less education" berbanding student-student yang lain. Itu memang lebih. Sebagai seorang yang memiliki pelajaran yang tinggi, orang kata golongan cerdik pandai lah ni, Mdm Sharifah sepatutnya menunjukkan budi bahasa yang tinggi, bukan dengan merendah-rendahkan orang lain. And I think this is where people start to feel absurd over this Mdm Sharifah. If I'm Miss Bawani confirm laa tu gak dah angkat kaki, tak pun menangis. Malu woo...malu. That's humiliation and Mdm Sharifah didn't respect Miss Bawani at last. She didn't showed the true professionalism all about. Mana letaknya nilai integriti sebagai seorang yang lebih dewasa, lebih berpelajaran dan lebih pengalaman? Masuk pula bab-bab haiwan segala tuh still boleh tolerate lah. Sebab niat asalnya baik, nak cakap yang manusia ni sebenarnya perlu bersyukur. Think positive sudah toksah nak besarkan benda kecil.
Lupakan seketika isu Mdm Sharifah-Miss Bawani. Kalau kita buka mata denga seluas-luasnya, kita dapat lihat, isu integriti & profesionalisme ni bukan benda yang baru. Bukan hanya berlaku pada Mdm Sharifah&Miss Bawani sahaja. Isu ini berlaku di mana-mana sahaja, dari sekecil-kecil institusi sehingga sebesar-besar organisasi, luar negar ke dalam negara ke... Senang cerita, isu ni bersepah-sepah kat mana-mana pun jadi benda macam ni. Cuma yang membezakan mungkin situasi nya sahaja. Sebagai contoh, cuba baca komen-komen untuk video ini. Bahasa-bahasa yang digunakan cukup indah. Itu yang seharusnya menjadi tanda tanya. Jadi, wajarkah kita terus memperbesar-besarkan isu ini, terus-menerus menyalahkan Mdm Sharifah sahaja kemudian membangkitkan isu integriti dan profesionalisme Mdm Sharifah, sedangkan kita sendiri gagal mengawal emosi ketika menaip komen-komen tersebut? Mana pula letaknya nilai integriti kita sendiri? Jangan nanti, kuman yang dok nun sebrang laut kita kepohkan, tapi gajah yang depan mata, sikit lagi nak pijak kita, kita buat dek jek...
#Suka baca komen Dari YDP UM & USM...
# Suka baca ni juga.. :D
No comments:
Post a Comment