Friday, January 11, 2013

My Brain15




Sekali tengok My Brain15 nih macam nak cakap "Saya ada 15 otak" kan. 1st time dengar pun terpinga-pinga gak menatang apakah? Tapi sesungguhnya ianya memanglah bukan kata-kata riak bijak panadai yang ado 15 otak...(memang tak de lah kan). Menurut kata Cik Nahzatul Syima yang bagi takilimat tu, My adalah merujuk kepada Malaysia, Brain pula simbolik keintelektualan dan 15 adalah jangka masa bagi mencapai objektif yang ditetapkan (2008 - 2023). So...?

Apa itu My Brain15?

My Brain15 ni adalah satu Projek Agenda Kritikal di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. Objektifnya adalah untuk menghasilkan seramai 60,000 pemegang PhD di kalangan rakyat Malaysia menjelang 2023. Program yang ditawarkan merangkumi MyMaster, MyPhD dan MyPhD Industri.

Apa yang best nya My Brain15?

OK. Part nih memang sure best. Pernah dengar tajaan untuk pasca siswazah yang tidak tengok pointer as one of the criteria. Ya, My Brain15 inilah jawapannya. Before nih penah buat background study pasal peluang penajaan untuk sambung master nih, tapi, most of them nak 3.5 and above. Sorry kiddo, you’re not the one. Tskk. Then lepas habis belajar, kena berkhidmat dengan dorang laa..bla..bla..bla.. Tapi My Brain15 nih x macam tuh. Dia bagi tajaan during your study tapi within limit masa yang ditetapkan. It is mention in the website.

Siapa yang berpeluang memohon My Brain15?

Terbuka kepada warganegara Malaysia. Kumpulan sasaran adalah terdiri daripada orang awam yang tidak berkerja dan tidak berpendapatan tetap, kakitangan swasta dan pensyarah IPTS. Tapi harap maaf kepada penjawat awam atau badan berkanun sama ada tetap atau kontrak, anda tidak layak memohon. Kenapa ek? Maybe mereka ada keistimewaan lain, macam cuti belajar, gaji still on kan. Tapi half of the wages kalau tak salah. So, kalau rasa nak kerja kerajaan after grad, boleh lah sambung study dulu. Ye dok? J Satu lagi, tiada limit umur ye..Iye..xde..

Bentuk tajaan bagaimanakah yang akan saya dapat?

Pembiayaan yuran pengajian sahaja tidak melebihi RM 10,000. Yuran akan dbayar terus kepada pihak bendahari IPT berdasarkan invois yang diterima. Untuk MyMaster idok lah ado duit poket nuu haa.. Tapi kalau MyPhD ado ea. So, siapa golongan cerdik pandai ditawarkan fast track, bolehlah mohon MyPhD. Ouh yaa.. Kita boleh juga claim elaun tesis tidak melebihi RM 3,000. Tapi elaun ini akan dibayar mengikut baki tajaan. Contohnya, macam kita ambil Master penyelidikan di mana master penyelidikan ni akan ditaja minimum 4 semester kalau tak salah, ke 6 ek.Cekidaut. Let say, 1 sem yuran pengajian +/- RM 2,000. So, untuk 4 semester = RM 8,000 kan. Setiap seorang yang ditaja untuk MyMaster akan dapat maximum RM 10,000. So, elaun tesis yang boleh di claim hanyalah RM 2,000. Tapi elaun tesis nih, hanya boleh di claim, lepas kita siap tesis sampai dah part hard cover binding tu. Takat baru buat intro, then nak claim, memang tak dapat den nak nolong haa…


Tapi ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi. Semua maklumat berkenaan My Brain15 boleh rujuk sini. Nak download boring-borang pun semua kat situ. Apa yang dimention kan kat atas nih basically untuk MyMaster. MyPhD ngan MyPhD Industri tak ambil port, sebab malas nak dengar tadi, da ngantuk..hehehe..

#Untunglah jadi rakyat Malaysia. Dah lah yuran untuk sambung Master ngan PhD dah disubsidi. Tengoklah, mana ada Negara yang sambung master RM 2+++ jek.. Dah tuh, siap bagi biasiswa lagi. Alhamdulillah, nikmat dari Allah. Bersyukur sebelum kena tarik balik.. ^_^

No comments:

Post a Comment