Wednesday, January 9, 2013

SAKTI #1 : 10 Tahun Yang Lalu...



8 Januari, 10 tahun yang lalu… a new chapter of my life begin.  Hari di mana aku dipaksa masuk ke dalam penjara konkrit yang bergelar asrama…ouhhh… masih aku ingat, hujan renyai-renyai menyambut ketibaan ku di Dewan Sri Penawar, tempat pendaftaran bagi pelajar tingkatan 1 sesi 2003. Indah. Hanya satu frasa yang dapat aku ungkapkan. Melihat satu suasana yang baru ku kira, jauh dari hiruk pikuk kota. Disambut mesra dengan payung oleh senior-senior berblazer hijau, yang selepas itu baru aku tahu mereka adalah MAHER (Majlis Hal Ehwal Pelajar). Sungguh, mereka sangat mesra membuatkan rasa terpaksa bertukar menjadi seronok. Dalam hati dah bersorak “Best nya, budak-budak nya pun nmpak friendly”. Suasana di asrama juga tidak kurang hebatnya. Malah sambutan lebih meriah yang aku terima. Siap cakap lagi dengan ibu, " Macam OK jek, semua orang nampak baik and friendly". Hinggakan parents ku tak teragak-agak untuk pulang awal meninggalkan ku yang tak settle lagi kemas loker. Beruntungnya aku, senior-senior dorm sangat baik dan peramah. Malah mereka sudi menghulur tangan untuk sama-sama unpack barangku.Bayangkan, ramai-ramai dok depan loker aku tolong kemas, sampai aku pun dok tepi je.  Maybe mereka kesian, mak ayah aku je yang balik awal...huhu.Siap tolong lipat dan gantungkan baju lagi. (Kat asrama ada cara khas untuk gantung baju kurung, aku belajar itu!). Sungguh mereka sangat baik buat aku rasa tak kekok walau aku antara yang terawal ditinggalkan parents. Riak muka sedih pun tak dapat nak iringi kepulangan parents ku ke JB. Tapi…….itu cumalah hari pertama di bumi SAKTI.

Hari-hari seterusnya tetap berlalu ceria bersama kawan-kawan baru. Minggu orientasi adalah antara kenangan yang paling sukar aku lupakan. Bila senior tanya tentang parents, langsung tidak wujud perasaan sedih atau omputeh cakap ‘homesick’ tika itu. Ya, pada ketika itu sahaja. Entah, takde perasaan kot. Tapi makin hari aku jadi pelik, kawan-kawan keliling mula menangis teringat rumah. Aku nampak dormmate ku nangis senyap-senyap kat atas katil double-decker tu. Classmate aku pun selalu cakap dia dok nangis kat dalam shower ngan kat atas katil time semua orang dah tidur. Suasana ceria yang mula-mula aku rasa dulu makin suram. Perlahan-perlahan ingatan kat ayah, ibu, rumah, tv muncul dan makin lama, makin kuat. Insan lemah macam aku, apa lagi yang mampu dibuat bila dah rindu? Bila rindu terkenangmu sayang, terasa sayu... Apa lagi, sesi praktikal nangis-atas-katil-time-orang-dah-tidur seperti yang diajar rakan taulan pun bermula. Cis!! Salah merekalah nih. Menghasut aku untuk buka paip kat mata ni. Tapi, malu gila bila kantoi dengan akak katil seberang dok sob-sob atas katil..aiyooo..Ishhh..tak boleh jadi. Dah mula da rindu kat rumah ni. Sanggup tuh beratur panjang-panjang semata-mata nak call rumah, konon bertanya khabar, tapi makin lama makin meleret sampai pada nak pindah sekolah. Ibu sampai sanggup belikan ring-ring card, yeklah guna public phone kan… mana nak dapat syiling banyak-banyak. 

Time tu, ring-ring card lah paling femes, siap buat collection lagi kalau ada edition gambar-gambar menarik, macam gambar siti ke… Sejak ada kad tuh, memang naik lemaklah call rumah setiap waktu dan ketika. Sanggup kot tak makan tengahari semata-mata nak call ibu, nak pujuk bagi pindah sekolah. Waktu lain panjang woo nak beratur…mana tak nya, yang beratur semua budak F1, setiap sorang yang cakap tuh mesti ada selingan babak air mata.TRAGIS! (Aku tak terkecuali…hati tisu.*sheeshh*). Tu belum masuk lagi time telefon tu rosak. Mau rasa macam terkerat jari kelingking ni. Rutin yang sama berputar setiap hari, ada masa je call rumah minta pindah sekolah. Sampai satu tahap, ibu tak nak angkat call aku. Kalau aku call pun dia tak nak cakap. Ring-ring card xyah cakap lah…yang ado. Sedih woo.sedih. Rasa macam kena buang family time tu. Tapi bila malam-malam dok sorang-sorang atas katil, muhasabah balik apa yang terjadi, aku tahu aku yang salah. Tak cukup kuat nak lawan perasaan. Dan SAKTI lah yang telah mengajar aku untuk mengawal apa yang perlu dikawal. Yes SAKTI, U did it!

# SAKTI @ SEKOLAH MENENGAH SAINS KOTA TINGGI @ SM SAINS KOTA TINGGI @ SMS KOTA TINGGI, ia suatu destinasi...but not SMSKT, because that one stand for SM SAINS KUALA TERENGGANU...


#HAPPY 10TH YEAR ANNIVERSARY ESPRIT CABALLUS 0307

No comments:

Post a Comment