Hari ini dalam sejarah...my life is at stake. Alhamdulillah Allah, U save me. Thanks kepada si tedung hitam yang membuatkan jantung ku melambung-lambung...Frankly, saya sangat geli sama ular. Teksturnya serius buat bulu roma berdiri. Pernah dulu kat ofis SISPA ada satu ular sawa yang berjaya ditangkap dan seterusnya dibela dan seterusnya diberi nama MAISARAH dan seterusnya dibuat main, especially untuk simulasi. And I'm one of the geli-ular-kiddo yang hanya jadi penonton bila mereka-mereka yang lain bersuka ria dengan ular...And today is the day for IncheUhlala officialy make his first visit to my home!!
Apa yang aku suka kat SAKTI?
SEMUA! Aku suka semua penghuninya yang dah berjaya buat aku jatuh cinta kat
SAKTI. Aku suka Malam Penutupan Minggu MTK, Minggu Bahasa, Minggu CnC, Sambutan
Malam Merdeka, dan semualah. Aku ingat lagi, apa yang mebuatkan aku ubah
fikiran untuk terus stay kat SAKTI. Kalau tak salah, Malam Penutupan Minggu
Bahasa. Aku suka suasana time tu. Sama seperti suasana waktu aku mula-mula
melangkah di bumi SAKTI. Meriah .Ceria. Susah nak describe suasana tu, senang
cerita suasana macam satu family. ONE BIG FAMILY. Suasana itulah yang buat aku
rasa macam dekat dengan rumah. Dan buat aku fikir, aku patut beri peluang untuk
diri sendiri, untuk terus berada di SAKTI. Aku suka kawan-kawan-senior-junior
kat situ. Aku suka prep kat dewan makan. Aku suka waktu jemaah maghrib kat
surau. Aku suka waktu usrah dan baca Al-murk kat dorm. Aku suka makan
ramai-ramai, even kena beratur panjang sangat. Aku suka waktu prepare nak
inspection. Aku suka waktu riadah, even aku hanya duduk tepi longkang bergosip
^_^. Aku suka waktu request-request itu-ini. Aku suka waktu tukar-tukat kad
raya. Bagi kad kat Biro perhubungan konon-konon macam pos lah, padahal nak bagi
member kelas sebelah jek pun. Aku suka waktu fly xkantoi. Aku suka waktu
ponteng prep senyap-senyap tengok TV. (Cikgu Shuhaimi cakap, jadi student
jangan skema. Hilang nikmat student tu. Aku Cuma ikut tunjuk ajar sifu je). Aku
suka aktiviti-aktiviti time minggu-minggu aktiviti. Aku suka time pillow talk
dengan bedmate. Aku suka rebut-rebut shower. Aku suka, asal nak buat apa-apa
yang perlukan giliran, kena cop turn. “Lepas ni ada orang tak. Nak after”. Ayat
femes ni kat sekolah asrama. Aku suka semuanya…semuanya. Tapi paling aku tak
suka, waktu ujian, exam, stay up dan gotong-royong. Ujian ngan exam tu memang
My-Number-1-Enemy dulu, kini, selamanya. Gotong-royong pula, boleh kira pakai
jari berapa kali je aku turun. Merepeklah seminggu sekali kena bersihkan
bilik-bilik khas kat asrama tu, bukan kotor pun. (Nampak tak ayat budak malas).
Stay up; memang tak lah. Tidur itu satu nikmat, janganlah dibazirkan *wink*.
Jangan pisahkan, aku dan tidur….
Sungguh SAKTI banyak mengajar aku
subjek yang aku tak kan dapat dari buku teks. (Yang dorang dok usung time nak
exam. Bosan!). Aku belajar erti kehidupan. Aku belajar tentang persahabatan
yang aku rasa macam satu keluarga. Aku belajar settle problem tanpa ibu-ayah.
Aku belajar buat decision sendiri. Aku belajar berdikari. Aku belajar kawad!
Banyak ilmu agama yang before ni aku tak pernah tahu, aku belajar kat sini.
Kalau aku xmasuk sini, mesti aku akan terpinga bila orang cakap solat subuh ada
yang tiga rakaat. Haa…sekali dengar nampak kan macam ajaran sesat. Masa
mula-mula dulu aku ingatkan imam terlupa nak ruku’ or memang dia terlupa sampai
tambah satu rakaat lagi. Tapi bila dah tiap hari Jumaat, subuh jadi tiga
rakaat, x ke pelik? Itu yang aku fikir time tu. Rupanya, kalau solat subuh hari Jumaat, disunatkan membaca surah As-sajadah. Kan dalam surah tu ada part yang
kena buat sujud sajadah kan. Itulah sujud yang imam tu buat rupanya. Sumpah
kalau bukan di SAKTI, tak tahu bila lagi aku akan belajar tentang ini.
Banyak…banyak lagi. I’m sure there are more to be listed. A loooooooong list. And
it wouldn’t be enough for me to write everything in a day. And I’ve short term
memory sometimes. And I’m bad in listing too. And GUA MALAS! ^_^
In a simple word:
# When I think of SAKTI, I think
of FAMILY.
# When I mention SAKTI, I mean
everyone and everything within it.
# When I miss SAKTI, I miss the
moments when I was there.
SAKTI, now U know why I really LOVE U isn't it? And now, I'm not over there, but my heart still belong to U SAKTI! Thanks, and will always love U... ♥
It's Rant-Yourself Time bebeh! Ain't no crime haa? *dush*
Kadangkala, diam memang tidak dapat menyelesaikan masalah. Tapi cukup untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan
It happen to me. RIGHT NOW. Naa..it always happen and ain't affected. Well they say that "Awak gagah-perkasa-kuat macam badang (OK glucose was added here bagi nampak gempak..ouchh). Sebab bila kena marah boleh buat muka dunno, bila kena pangkah boleh tersengih, tengok cerita sedih tak nangis. You know what, it's not "gagah-perkasa-kuat macam badang". Itu semua dusta, and I believe, I'm not alone here. Ramai lagi yang macam ni. Tak kan semua benda yang kita rasa kena tunjuk, kena spill out kan? Cukuplah sendiri tahu, pemilik abadi tahu.
And bila someone attack you bertubi-tubi like kena berdas-das dari M16 apa rasa? I've stand up, spill out my point, just to back up myself. And after what I've done, and they still can't accept it, what choice do I have? Ya, diam. Diam lebih baik dari berkata-kata. Indeed. Tapi, in my case, I've stood up dengan harapan tiada salah faham or at least "minimum side-effect". Macam makan ubat lah ada side-effect bagai. Tapi kalau apa yang kita sampaikan memang tidak dapat diterima oleh pihak yang satu lagi, or our apologize can't be accepted, rather that kita terus-menerus backing up ourselves lebih baik diam. Diam bukan mengalah. Dan mengalah juga bukan kalah. It just you don't want the situation turns from bad to worst. It just, I valued that FRIENDSHIP.
# Sue me for being gagah-perkasa-kuat macam badang... After all, setiap manusia dikurniakan Allah rasa. Maybe, the way kita ekspresikan tu lain-lain.
Lately, ramai yang dok pumpang update pasal fenomena LISTEN LISTEN LISTEN... Apakah fenomena LISTEN LISTEN LISTEN ni? Seriously, fenomena ni telah berjaya menarik banyak perhatian terutamanya dari golongan cerdik pandai (mahasiswa). Sampaikan Mat Luthfi pun siap buat parodi lagi pasal fenomena ni...
Basically, video ini mengenai seorang mahasiswa yang bangun untuk bertanyakan beberapa soalan antaranya mengenai isu Perhimpunan BERSIH serta pendidikan percuma. Kemudian, moderator program tersebut (Forum Suara Mahasiswa) cuba menghentikan perbuatan pelajar tersebut dan kemudiannya menarik mic dari pelajar tersebut setelah pelajar tersebut gagal dihentikan dari meneruskan hujah-hujahnya.
Lepas tengok dua-dua video ni (Video Forum Suara Mahasiswa & Mat Luthfi), ibu tanya: "Uda rasa siapa yang salah? (Miss Bawani or Mdm Sharifah)". Simple. Dua-dua pun salah. Eh, bukan sebab atas pagar ke tiada pendirian ke, tapi kalau kita teliti dan kaji video tersebut dengan berlapang dada, insyaAllah kita akan dibukakan mata hati untuk melihat yang DUA-DUA PUN SALAH.
Pertamanya, Miss Bawani perlu dipuji kerana keberaniannya yang tampil ke hadapan untuk membincangkan isu yang boleh dianggap agak sensitif akhir-akhir ini. Bukan sebab isu tu menyentuh sensitiviti kaum atau apa, tapi kalau kurang berhati-hati, maka boleh menimbulkan salah faham dan pertelingkahan dikemudiannya, seperti apa yang telah berlaku sekarang. Miss Bawani bijak menggunakan peluang yang ada, since itu adalah Forum Suara Mahasiswa, tempat yang sangat strategik untuk membincangkan isu sebegini. Silapnya Miss Bawani bila intonasi yang digunakan itu kurang sesuai untuk soalan yang akan beliau tanyakan. Dan intonasi sebegitu, diadunkan pula bersama-sama dengan soalan yang agak sensitif ditambah sedikit dengan emosi pihak yang ditanyakan, makanya bunyi seolah-olah mencabar walaupun niat asalnya bukanlah sebegitu... OK imagine kalau kawan korang nak tanya soalan katalah soalan Math. Member tengah kusut ni tak dapat jawab soalan, datang kat korang marah-marah minta korang tolong settle kan soalan tu. Apa korang rasa? Panas lah juga kan tapi since member punya pasal, chill je sebab tak nak gaduh. Tapi cuba kalau korang lecturer, datang student nak tanya soalan tapi student tuh jenis tak beradab, siap tanya dengan nada ala-ala nak melenting je. Apa rasa? Chill juga ke? Mestilah tak kan, sebab beza umur antara student dengan lecturer membuatkan student tersebut WAJIB menunjukkan rasa hormat pada lecturer walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Sama lah juga dengan apa yang telah Miss Bawani lakukan. First time tengok video ni, first thing that came across my mind is "Kenapa perlu jerit-jerit". And She should've stop when she've been asked to do so. Yes, because of RESPECT.
Keduanya, Mdm Sharifah. Babak-babak awal Mdm Sharifah confront dengan Miss Bawani tu memang perlu dipuji. She NICELY asked Miss Bawani to stop. Perlu faham, isu yang diketengahkan ini cukup-cukup sensitif, tidak semua yang bersetuju dengan hujah Miss Bawani, tambahan dengan nada yang Miss Bawani gunakan cukup kurang sesuai.Jika Puan Sharifah tidak menghentikan Miss Bawani dari meneruskan hujah beliau, mungkin pertelingkahan lain pula bakal berlaku. Who knows kan... Semua tu bukan dibawah kawalan kita. And she'd shown Miss Bawani some respect at first. Itu juga perlu dipuji. Not until bila beliau start merendahkan-rendahkan Miss Bawani dengan mengatakan Miss Bawani memiliki "less education" berbanding student-student yang lain. Itu memang lebih. Sebagai seorang yang memiliki pelajaran yang tinggi, orang kata golongan cerdik pandai lah ni, Mdm Sharifah sepatutnya menunjukkan budi bahasa yang tinggi, bukan dengan merendah-rendahkan orang lain. And I think this is where people start to feel absurd over this Mdm Sharifah. If I'm Miss Bawani confirm laa tu gak dah angkat kaki, tak pun menangis. Malu woo...malu. That's humiliation and Mdm Sharifah didn't respect Miss Bawani at last. She didn't showed the true professionalism all about. Mana letaknya nilai integriti sebagai seorang yang lebih dewasa, lebih berpelajaran dan lebih pengalaman? Masuk pula bab-bab haiwan segala tuh still boleh tolerate lah. Sebab niat asalnya baik, nak cakap yang manusia ni sebenarnya perlu bersyukur. Think positive sudah toksah nak besarkan benda kecil.
Lupakan seketika isu Mdm Sharifah-Miss Bawani. Kalau kita buka mata denga seluas-luasnya, kita dapat lihat, isu integriti & profesionalisme ni bukan benda yang baru. Bukan hanya berlaku pada Mdm Sharifah&Miss Bawani sahaja. Isu ini berlaku di mana-mana sahaja, dari sekecil-kecil institusi sehingga sebesar-besar organisasi, luar negar ke dalam negara ke... Senang cerita, isu ni bersepah-sepah kat mana-mana pun jadi benda macam ni. Cuma yang membezakan mungkin situasi nya sahaja. Sebagai contoh, cuba baca komen-komen untuk video ini. Bahasa-bahasa yang digunakan cukup indah. Itu yang seharusnya menjadi tanda tanya. Jadi, wajarkah kita terus memperbesar-besarkan isu ini, terus-menerus menyalahkan Mdm Sharifah sahaja kemudian membangkitkan isu integriti dan profesionalisme Mdm Sharifah, sedangkan kita sendiri gagal mengawal emosi ketika menaip komen-komen tersebut? Mana pula letaknya nilai integriti kita sendiri? Jangan nanti, kuman yang dok nun sebrang laut kita kepohkan, tapi gajah yang depan mata, sikit lagi nak pijak kita, kita buat dek jek...
Sekali tengok My Brain15 nih macam nak cakap "Saya ada 15 otak" kan. 1st time dengar pun terpinga-pinga gak menatang apakah? Tapi sesungguhnya ianya memanglah bukan kata-kata riak bijak panadai yang ado 15 otak...(memang tak de lah kan). Menurut kata Cik Nahzatul Syima yang bagi takilimat tu, My adalah merujuk kepada Malaysia, Brain pula simbolik keintelektualan dan 15 adalah jangka masa bagi mencapai objektif yang ditetapkan (2008 - 2023). So...?
Apa itu My Brain15?
My Brain15 ni adalah satu Projek Agenda
Kritikal di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. Objektifnya adalah
untuk menghasilkan seramai 60,000 pemegang PhD di kalangan rakyat Malaysia
menjelang 2023. Program yang ditawarkan merangkumi MyMaster, MyPhD dan MyPhD
Industri.
Apa yang best nya My Brain15?
OK. Part nih memang sure best.
Pernah dengar tajaan untuk pasca siswazah yang tidak tengok pointer as one of the
criteria. Ya, My Brain15 inilah jawapannya. Before nih penah buat background study
pasal peluang penajaan untuk sambung master nih, tapi, most of them nak 3.5 and
above. Sorry kiddo, you’re not the one. Tskk. Then lepas habis belajar, kena
berkhidmat dengan dorang laa..bla..bla..bla.. Tapi My Brain15 nih x macam tuh. Dia
bagi tajaan during your study tapi within limit masa yang ditetapkan. It is
mention in the website.
Siapa yang berpeluang memohon My Brain15?
Terbuka kepada warganegara Malaysia. Kumpulan
sasaran adalah terdiri daripada orang awam yang tidak berkerja dan tidak
berpendapatan tetap, kakitangan swasta dan pensyarah IPTS. Tapi harap maaf kepada
penjawat awam atau badan berkanun sama ada tetap atau kontrak, anda tidak layak
memohon. Kenapa ek? Maybe mereka ada keistimewaan lain, macam cuti belajar,
gaji still on kan. Tapi half of the wages kalau tak salah. So, kalau rasa nak
kerja kerajaan after grad, boleh lah sambung study dulu. Ye dok? J Satu lagi, tiada limit umur ye..Iye..xde..
Bentuk tajaan bagaimanakah yang akan saya
dapat?
Pembiayaan yuran pengajian sahaja tidak
melebihi RM 10,000. Yuran akan dbayar terus kepada pihak bendahari IPT berdasarkan
invois yang diterima. Untuk MyMaster idok lah ado duit poket nuu haa.. Tapi
kalau MyPhD ado ea. So, siapa golongan cerdik pandai ditawarkan fast track,
bolehlah mohon MyPhD. Ouh yaa.. Kita boleh juga claim elaun tesis tidak melebihi
RM 3,000. Tapi elaun ini akan dibayar mengikut baki tajaan. Contohnya, macam
kita ambil Master penyelidikan di mana master penyelidikan ni akan ditaja
minimum 4 semester kalau tak salah, ke 6 ek.Cekidaut. Let say, 1 sem yuran
pengajian +/- RM 2,000. So, untuk 4 semester = RM 8,000 kan. Setiap seorang
yang ditaja untuk MyMaster akan dapat maximum RM 10,000. So, elaun tesis yang
boleh di claim hanyalah RM 2,000. Tapi elaun tesis nih, hanya boleh di claim,
lepas kita siap tesis sampai dah part hard cover binding tu. Takat baru buat
intro, then nak claim, memang tak dapat den nak nolong haa…
Tapi ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi.
Semua maklumat berkenaan My Brain15 boleh rujuk sini. Nak download boring-borang
pun semua kat situ. Apa yang dimention kan kat atas nih basically untuk
MyMaster. MyPhD ngan MyPhD Industri tak ambil port, sebab malas nak dengar
tadi, da ngantuk..hehehe..
#Untunglah jadi rakyat Malaysia. Dah lah yuran
untuk sambung Master ngan PhD dah disubsidi. Tengoklah, mana ada Negara yang
sambung master RM 2+++ jek.. Dah tuh, siap bagi biasiswa lagi. Alhamdulillah,
nikmat dari Allah. Bersyukur sebelum kena tarik balik.. ^_^
You don’t know what the best is for you. But bear in mind that, He
creates this road for you; He knows the best for you. So, put all your trust in
Him, believe in His plan. And He may lead you along the road.
Alhamdulillah… Before ni pening
kepala dok fikir nak sambung study ke tak. Kalau ikut hati, nak kerja dulu,
bagi ibu ayah rasa my 1st gaji. Then, nak settle kan hutang PTPTN yang
menggunung tu baru sambung belajar. (Ouh serius menyesal apply PT..kalau tahu
dulu baik apply YPJ ke…tuh lah padah jenis main terjah tak nak tanya pendapat
masyarakat keliling…*dush*). Awal nya memang itulah perancangannya. Tapi dari
zaman praktikal itu hari, sampai la ni, bila orang tanya after grad nak buat
apa and I said “Nak kerja dulu”, mesti kena bangkang habis L. Ibu ngan ayah memang
awal-awal dah suruh sambung master since saya muda lagi katanya. Muda ke? Ceh..
Bos praktikal pun sama, maybe sebab dia pun after grad direct sambung master. Tapi
bos bijak, pandai, cerdik, cergas,
pintar, rajin…mana boleh sama kan dengan kita..dua dunia kita berbeza apa
^_^. Kakak tempat praktikal pun cakap macam tu. Pakcik-Makcik pun suggest yang
sama. Pakcik teksi yang nak hantar pergi bus stand itu hari pun bilang yang
sama. Boleh dikatakan setiap yang tanya “Lepas grad nak kerja dulu ke sambung
study” and bila jawab “Kerja” mesti diorang oppose lah *tskk*. Eh, why everyone
against my decision nih. Dah pakat ke macam mana? Aishhhh… Tapi bila fikir
balik, nampak tak betapa cantiknya aturan Allah. Mungkin ini cara Dia memberi petunjuk
kepada hambaNya yang dalam dilema, melalui perantaraan mereka-mereka yang
oppose decision tu.
Yes I believe it to be that way.
Sebenarnya, itu hari my
supervisor for FYP ada Tanya “Awak nak sambung master tak”. Mestilah mahu
encik, tinggal lagi tak tahu bila mahu sambung. And what? He needs my answer
ASAP, for him to apply for “Geran”. Actually, I’m not very sure about this “Geran”
(GRA) thingy. Frankly speaking, I don’t know the flow to apply for 2nd degree
too. Blur blur lagi pasal ini benda. Quite new kan. So, bila dah kena urge
macam tuh, mulalah gelabah Tanya situ sini macam mana, minta pendapat ibu ayah,
camno?? And I’ve said to my parents once, I will continue my study, if and only
if I got scholar or apa-apa lah (bukan pinjaman gak..sape mau bayar PT gua woo).
Asalkan, sambung study tak guna duit parents. Bukan apa, study guna duit
parents nih, buat rasa malas nak study tuh timbul Yeklah, PaMa taja bukan
effort sendiri, so tak rasa lah perit jerih cari duit tuh kan. Just my opinion.
And I’ve said this to my SV too (tapi rasanya dia macam salah faham je ngan apa
yang diterangkan). Takpe lah..the point is, I’ve got the solution for all these
probs.
How??
After all those mushy
thingy that mess up my mind, early this week, someone had posted on FB aboutJemputan
Menghadiri. " POSTGRADUATE OPPORTUNITIES" - TAKLIMAT PELUANG PENAJAAN MY BRAIN15 (MYPHD DAN MYMASTER). Macam orang lapar, disuapkan lamb chop! Serius berbunga-bunga hati kita *wink*. Well I know, this
is His answer for my doa. He left the door open for me. Thanks Allah for your
kindness and mercy. And now, I can proudly say that I know the flow!
Yabedabedududu!!! Basically, taklimat nih bagi pendedahan tentang master and
PhD; how to apply, yuran, tempoh study available, mode of study, and the best
part of course lah bab penajaan. Sebenarnya, banyak cara tajaan and GRA yang
dimention kan oleh Inche SV dulu tuh pun one of the way untuk dapat money money
money… Taklimat nih dibuat pagi tadi. And before pergi taklimat nih,
macam-macam yang berlaku yang buat saya hampir tak dapat join taklimat ni. Dalam
hati dah redha je, If this is the best for me, may He leads me to it.
Alhamdulillah, everything going smooth. Even terlambat sikit, tapi banyak juga
input yang dikongsi.
# I pray that everything will keep going smooth from now
till I grab the Second Degree holder title. Amin. Insyaallah…
8 Januari, 10 tahun yang lalu… a
new chapter of my life begin. Hari di
mana aku dipaksa masuk ke dalam penjara konkrit yang bergelar asrama…ouhhh…
masih aku ingat, hujan renyai-renyai menyambut ketibaan ku di Dewan Sri Penawar, tempat pendaftaran bagi pelajar tingkatan 1 sesi 2003. Indah. Hanya satu
frasa yang dapat aku ungkapkan. Melihat satu suasana yang baru ku kira, jauh
dari hiruk pikuk kota. Disambut mesra dengan payung oleh senior-senior
berblazer hijau, yang selepas itu baru aku tahu mereka adalah MAHER (Majlis Hal
Ehwal Pelajar). Sungguh, mereka sangat mesra membuatkan rasa terpaksa bertukar
menjadi seronok. Dalam hati dah bersorak “Best nya, budak-budak nya pun nmpak
friendly”. Suasana di asrama juga tidak kurang hebatnya. Malah sambutan lebih
meriah yang aku terima. Siap cakap lagi dengan ibu, " Macam OK jek, semua orang nampak baik and friendly". Hinggakan parents ku tak teragak-agak untuk pulang awal
meninggalkan ku yang tak settle lagi kemas loker. Beruntungnya aku,
senior-senior dorm sangat baik dan peramah. Malah mereka sudi menghulur tangan untuk sama-sama unpack barangku.Bayangkan, ramai-ramai dok depan loker aku tolong kemas, sampai aku pun dok tepi je. Maybe mereka kesian, mak ayah aku je yang balik awal...huhu.Siap tolong lipat dan gantungkan baju lagi. (Kat
asrama ada cara khas untuk gantung baju kurung, aku belajar itu!). Sungguh
mereka sangat baik buat aku rasa tak kekok walau aku antara yang terawal
ditinggalkan parents. Riak muka sedih pun tak dapat nak iringi kepulangan
parents ku ke JB. Tapi…….itu cumalah hari pertama di bumi SAKTI.
Hari-hari seterusnya tetap berlalu
ceria bersama kawan-kawan baru. Minggu orientasi adalah antara kenangan yang
paling sukar aku lupakan. Bila senior tanya tentang parents, langsung tidak
wujud perasaan sedih atau omputeh cakap ‘homesick’ tika itu. Ya, pada ketika
itu sahaja. Entah, takde perasaan kot. Tapi makin hari aku jadi pelik,
kawan-kawan keliling mula menangis teringat rumah. Aku nampak dormmate ku
nangis senyap-senyap kat atas katil double-decker tu. Classmate aku pun selalu cakap dia dok nangis kat dalam shower ngan kat atas katil time semua orang dah tidur. Suasana ceria yang
mula-mula aku rasa dulu makin suram. Perlahan-perlahan ingatan kat ayah, ibu,
rumah, tv muncul dan makin lama, makin kuat. Insan lemah macam aku, apa lagi yang mampu dibuat bila dah rindu? Bila rindu terkenangmu sayang, terasa sayu... Apa lagi, sesi praktikal nangis-atas-katil-time-orang-dah-tidur seperti yang diajar rakan taulan pun bermula. Cis!! Salah merekalah nih.
Menghasut aku untuk buka paip kat mata ni. Tapi, malu gila bila kantoi dengan akak katil seberang dok sob-sob atas katil..aiyooo..Ishhh..tak boleh jadi. Dah mula da
rindu kat rumah ni. Sanggup tuh beratur panjang-panjang semata-mata nak call rumah,
konon bertanya khabar, tapi makin lama makin meleret sampai pada nak pindah
sekolah. Ibu sampai sanggup belikan ring-ring card, yeklah guna public phone kan…
mana nak dapat syiling banyak-banyak.
Time tu, ring-ring card lah paling femes,
siap buat collection lagi kalau ada edition gambar-gambar menarik, macam gambar
siti ke… Sejak ada kad tuh, memang naik lemaklah call rumah setiap waktu dan
ketika. Sanggup kot tak makan tengahari semata-mata nak call ibu, nak pujuk bagi
pindah sekolah. Waktu lain panjang woo nak beratur…mana tak nya, yang beratur
semua budak F1, setiap sorang yang cakap tuh mesti ada selingan babak air
mata.TRAGIS! (Aku tak terkecuali…hati tisu.*sheeshh*). Tu belum masuk lagi time
telefon tu rosak. Mau rasa macam terkerat jari kelingking ni. Rutin yang sama
berputar setiap hari, ada masa je call rumah minta pindah sekolah. Sampai satu
tahap, ibu tak nak angkat call aku. Kalau aku call pun dia tak nak cakap.
Ring-ring card xyah cakap lah…yang ado. Sedih woo.sedih. Rasa macam kena buang
family time tu. Tapi bila malam-malam dok sorang-sorang atas katil, muhasabah
balik apa yang terjadi, aku tahu aku yang salah. Tak cukup kuat nak lawan
perasaan. Dan SAKTI lah yang telah mengajar aku untuk mengawal apa yang perlu
dikawal. Yes SAKTI, U did it!
# SAKTI @ SEKOLAH MENENGAH SAINS KOTA TINGGI @ SM SAINS KOTA TINGGI @ SMS KOTA TINGGI, ia suatu destinasi...but not SMSKT, because that one stand for SM SAINS KUALA TERENGGANU...