Friday, January 11, 2013

My Brain15




Sekali tengok My Brain15 nih macam nak cakap "Saya ada 15 otak" kan. 1st time dengar pun terpinga-pinga gak menatang apakah? Tapi sesungguhnya ianya memanglah bukan kata-kata riak bijak panadai yang ado 15 otak...(memang tak de lah kan). Menurut kata Cik Nahzatul Syima yang bagi takilimat tu, My adalah merujuk kepada Malaysia, Brain pula simbolik keintelektualan dan 15 adalah jangka masa bagi mencapai objektif yang ditetapkan (2008 - 2023). So...?

Apa itu My Brain15?

My Brain15 ni adalah satu Projek Agenda Kritikal di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. Objektifnya adalah untuk menghasilkan seramai 60,000 pemegang PhD di kalangan rakyat Malaysia menjelang 2023. Program yang ditawarkan merangkumi MyMaster, MyPhD dan MyPhD Industri.

Apa yang best nya My Brain15?

OK. Part nih memang sure best. Pernah dengar tajaan untuk pasca siswazah yang tidak tengok pointer as one of the criteria. Ya, My Brain15 inilah jawapannya. Before nih penah buat background study pasal peluang penajaan untuk sambung master nih, tapi, most of them nak 3.5 and above. Sorry kiddo, you’re not the one. Tskk. Then lepas habis belajar, kena berkhidmat dengan dorang laa..bla..bla..bla.. Tapi My Brain15 nih x macam tuh. Dia bagi tajaan during your study tapi within limit masa yang ditetapkan. It is mention in the website.

Siapa yang berpeluang memohon My Brain15?

Terbuka kepada warganegara Malaysia. Kumpulan sasaran adalah terdiri daripada orang awam yang tidak berkerja dan tidak berpendapatan tetap, kakitangan swasta dan pensyarah IPTS. Tapi harap maaf kepada penjawat awam atau badan berkanun sama ada tetap atau kontrak, anda tidak layak memohon. Kenapa ek? Maybe mereka ada keistimewaan lain, macam cuti belajar, gaji still on kan. Tapi half of the wages kalau tak salah. So, kalau rasa nak kerja kerajaan after grad, boleh lah sambung study dulu. Ye dok? J Satu lagi, tiada limit umur ye..Iye..xde..

Bentuk tajaan bagaimanakah yang akan saya dapat?

Pembiayaan yuran pengajian sahaja tidak melebihi RM 10,000. Yuran akan dbayar terus kepada pihak bendahari IPT berdasarkan invois yang diterima. Untuk MyMaster idok lah ado duit poket nuu haa.. Tapi kalau MyPhD ado ea. So, siapa golongan cerdik pandai ditawarkan fast track, bolehlah mohon MyPhD. Ouh yaa.. Kita boleh juga claim elaun tesis tidak melebihi RM 3,000. Tapi elaun ini akan dibayar mengikut baki tajaan. Contohnya, macam kita ambil Master penyelidikan di mana master penyelidikan ni akan ditaja minimum 4 semester kalau tak salah, ke 6 ek.Cekidaut. Let say, 1 sem yuran pengajian +/- RM 2,000. So, untuk 4 semester = RM 8,000 kan. Setiap seorang yang ditaja untuk MyMaster akan dapat maximum RM 10,000. So, elaun tesis yang boleh di claim hanyalah RM 2,000. Tapi elaun tesis nih, hanya boleh di claim, lepas kita siap tesis sampai dah part hard cover binding tu. Takat baru buat intro, then nak claim, memang tak dapat den nak nolong haa…


Tapi ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi. Semua maklumat berkenaan My Brain15 boleh rujuk sini. Nak download boring-borang pun semua kat situ. Apa yang dimention kan kat atas nih basically untuk MyMaster. MyPhD ngan MyPhD Industri tak ambil port, sebab malas nak dengar tadi, da ngantuk..hehehe..

#Untunglah jadi rakyat Malaysia. Dah lah yuran untuk sambung Master ngan PhD dah disubsidi. Tengoklah, mana ada Negara yang sambung master RM 2+++ jek.. Dah tuh, siap bagi biasiswa lagi. Alhamdulillah, nikmat dari Allah. Bersyukur sebelum kena tarik balik.. ^_^

He lead me...


You don’t know what the best is for you. But bear in mind that, He creates this road for you; He knows the best for you. So, put all your trust in Him, believe in His plan. And He may lead you along the road.

Alhamdulillah… Before ni pening kepala dok fikir nak sambung study ke tak. Kalau ikut hati, nak kerja dulu, bagi ibu ayah rasa my 1st gaji. Then, nak settle kan hutang PTPTN yang menggunung tu baru sambung belajar. (Ouh serius menyesal apply PT..kalau tahu dulu baik apply YPJ ke…tuh lah padah jenis main terjah tak nak tanya pendapat masyarakat keliling…*dush*). Awal nya memang itulah perancangannya. Tapi dari zaman praktikal itu hari, sampai la ni, bila orang tanya after grad nak buat apa and I said “Nak kerja dulu”, mesti kena bangkang habis L. Ibu ngan ayah memang awal-awal dah suruh sambung master since saya muda lagi katanya. Muda ke? Ceh.. Bos praktikal pun sama, maybe sebab dia pun after grad direct sambung master. Tapi bos bijak, pandai, cerdik, cergas, pintar, rajin…mana boleh sama kan dengan kita..dua dunia kita berbeza apa ^_^. Kakak tempat praktikal pun cakap macam tu. Pakcik-Makcik pun suggest yang sama. Pakcik teksi yang nak hantar pergi bus stand itu hari pun bilang yang sama. Boleh dikatakan setiap yang tanya “Lepas grad nak kerja dulu ke sambung study” and bila jawab “Kerja” mesti diorang oppose lah *tskk*. Eh, why everyone against my decision nih. Dah pakat ke macam mana? Aishhhh… Tapi bila fikir balik, nampak tak betapa cantiknya aturan Allah. Mungkin ini cara Dia memberi petunjuk kepada hambaNya yang dalam dilema, melalui perantaraan mereka-mereka yang oppose decision tu.

Yes I believe it to be that way.

Sebenarnya, itu hari my supervisor for FYP ada Tanya “Awak nak sambung master tak”. Mestilah mahu encik, tinggal lagi tak tahu bila mahu sambung. And what? He needs my answer ASAP, for him to apply for “Geran”. Actually, I’m not very sure about this “Geran” (GRA) thingy. Frankly speaking, I don’t know the flow to apply for 2nd degree too. Blur blur lagi pasal ini benda. Quite new kan. So, bila dah kena urge macam tuh, mulalah gelabah Tanya situ sini macam mana, minta pendapat ibu ayah, camno?? And I’ve said to my parents once, I will continue my study, if and only if I got scholar or apa-apa lah (bukan pinjaman gak..sape mau bayar PT gua woo). Asalkan, sambung study tak guna duit parents. Bukan apa, study guna duit parents nih, buat rasa malas nak study tuh timbul Yeklah, PaMa taja bukan effort sendiri, so tak rasa lah perit jerih cari duit tuh kan. Just my opinion. And I’ve said this to my SV too (tapi rasanya dia macam salah faham je ngan apa yang diterangkan). Takpe lah..the point is, I’ve got the solution for all these probs.

How??


After all those mushy thingy that mess up my mind, early this week, someone had posted on FB about  Jemputan Menghadiri. " POSTGRADUATE OPPORTUNITIES" - TAKLIMAT PELUANG PENAJAAN MY BRAIN15 (MYPHD DAN MYMASTER). Macam orang lapar, disuapkan lamb chop! Serius berbunga-bunga hati kita *wink*. Well I know, this is His answer for my doa. He left the door open for me. Thanks Allah for your kindness and mercy. And now, I can proudly say that I know the flow! Yabedabedududu!!! Basically, taklimat nih bagi pendedahan tentang master and PhD; how to apply, yuran, tempoh study available, mode of study, and the best part of course lah bab penajaan. Sebenarnya, banyak cara tajaan and GRA yang dimention kan oleh Inche SV dulu tuh pun one of the way untuk dapat money money money… Taklimat nih dibuat pagi tadi. And before pergi taklimat nih, macam-macam yang berlaku yang buat saya hampir tak dapat join taklimat ni. Dalam hati dah redha je, If this is the best for me, may He leads me to it. Alhamdulillah, everything going smooth. Even terlambat sikit, tapi banyak juga input yang dikongsi. 

# I pray that everything will keep going smooth from now till I grab the Second Degree holder title. Amin. Insyaallah…

Wednesday, January 9, 2013

SAKTI #1 : 10 Tahun Yang Lalu...



8 Januari, 10 tahun yang lalu… a new chapter of my life begin.  Hari di mana aku dipaksa masuk ke dalam penjara konkrit yang bergelar asrama…ouhhh… masih aku ingat, hujan renyai-renyai menyambut ketibaan ku di Dewan Sri Penawar, tempat pendaftaran bagi pelajar tingkatan 1 sesi 2003. Indah. Hanya satu frasa yang dapat aku ungkapkan. Melihat satu suasana yang baru ku kira, jauh dari hiruk pikuk kota. Disambut mesra dengan payung oleh senior-senior berblazer hijau, yang selepas itu baru aku tahu mereka adalah MAHER (Majlis Hal Ehwal Pelajar). Sungguh, mereka sangat mesra membuatkan rasa terpaksa bertukar menjadi seronok. Dalam hati dah bersorak “Best nya, budak-budak nya pun nmpak friendly”. Suasana di asrama juga tidak kurang hebatnya. Malah sambutan lebih meriah yang aku terima. Siap cakap lagi dengan ibu, " Macam OK jek, semua orang nampak baik and friendly". Hinggakan parents ku tak teragak-agak untuk pulang awal meninggalkan ku yang tak settle lagi kemas loker. Beruntungnya aku, senior-senior dorm sangat baik dan peramah. Malah mereka sudi menghulur tangan untuk sama-sama unpack barangku.Bayangkan, ramai-ramai dok depan loker aku tolong kemas, sampai aku pun dok tepi je.  Maybe mereka kesian, mak ayah aku je yang balik awal...huhu.Siap tolong lipat dan gantungkan baju lagi. (Kat asrama ada cara khas untuk gantung baju kurung, aku belajar itu!). Sungguh mereka sangat baik buat aku rasa tak kekok walau aku antara yang terawal ditinggalkan parents. Riak muka sedih pun tak dapat nak iringi kepulangan parents ku ke JB. Tapi…….itu cumalah hari pertama di bumi SAKTI.

Hari-hari seterusnya tetap berlalu ceria bersama kawan-kawan baru. Minggu orientasi adalah antara kenangan yang paling sukar aku lupakan. Bila senior tanya tentang parents, langsung tidak wujud perasaan sedih atau omputeh cakap ‘homesick’ tika itu. Ya, pada ketika itu sahaja. Entah, takde perasaan kot. Tapi makin hari aku jadi pelik, kawan-kawan keliling mula menangis teringat rumah. Aku nampak dormmate ku nangis senyap-senyap kat atas katil double-decker tu. Classmate aku pun selalu cakap dia dok nangis kat dalam shower ngan kat atas katil time semua orang dah tidur. Suasana ceria yang mula-mula aku rasa dulu makin suram. Perlahan-perlahan ingatan kat ayah, ibu, rumah, tv muncul dan makin lama, makin kuat. Insan lemah macam aku, apa lagi yang mampu dibuat bila dah rindu? Bila rindu terkenangmu sayang, terasa sayu... Apa lagi, sesi praktikal nangis-atas-katil-time-orang-dah-tidur seperti yang diajar rakan taulan pun bermula. Cis!! Salah merekalah nih. Menghasut aku untuk buka paip kat mata ni. Tapi, malu gila bila kantoi dengan akak katil seberang dok sob-sob atas katil..aiyooo..Ishhh..tak boleh jadi. Dah mula da rindu kat rumah ni. Sanggup tuh beratur panjang-panjang semata-mata nak call rumah, konon bertanya khabar, tapi makin lama makin meleret sampai pada nak pindah sekolah. Ibu sampai sanggup belikan ring-ring card, yeklah guna public phone kan… mana nak dapat syiling banyak-banyak. 

Time tu, ring-ring card lah paling femes, siap buat collection lagi kalau ada edition gambar-gambar menarik, macam gambar siti ke… Sejak ada kad tuh, memang naik lemaklah call rumah setiap waktu dan ketika. Sanggup kot tak makan tengahari semata-mata nak call ibu, nak pujuk bagi pindah sekolah. Waktu lain panjang woo nak beratur…mana tak nya, yang beratur semua budak F1, setiap sorang yang cakap tuh mesti ada selingan babak air mata.TRAGIS! (Aku tak terkecuali…hati tisu.*sheeshh*). Tu belum masuk lagi time telefon tu rosak. Mau rasa macam terkerat jari kelingking ni. Rutin yang sama berputar setiap hari, ada masa je call rumah minta pindah sekolah. Sampai satu tahap, ibu tak nak angkat call aku. Kalau aku call pun dia tak nak cakap. Ring-ring card xyah cakap lah…yang ado. Sedih woo.sedih. Rasa macam kena buang family time tu. Tapi bila malam-malam dok sorang-sorang atas katil, muhasabah balik apa yang terjadi, aku tahu aku yang salah. Tak cukup kuat nak lawan perasaan. Dan SAKTI lah yang telah mengajar aku untuk mengawal apa yang perlu dikawal. Yes SAKTI, U did it!

# SAKTI @ SEKOLAH MENENGAH SAINS KOTA TINGGI @ SM SAINS KOTA TINGGI @ SMS KOTA TINGGI, ia suatu destinasi...but not SMSKT, because that one stand for SM SAINS KUALA TERENGGANU...


#HAPPY 10TH YEAR ANNIVERSARY ESPRIT CABALLUS 0307

Sunday, December 9, 2012

Random #1


  1. Lately, asyik fikir benda yang bukan-bukan je. Having bad thought of yourself, sometimes make you feel terrible kan... Kadang-kadang tengok orang lain punya hidup nampak smooth, rasa jealous serta bermaca-macam lagi rasa yang dirasakan... Tapi bila muhasabah balik, mungkin ni cara Dia nak uji kita supaya kita sentiasa ingat akan dia... Yup, lumrah manusia selalunya cepat je  cari tikar sejadah bila dalam susah/runsing/pressure. Bila senang, selalunya memang liat lah kan...yang wajib-wajib je buat, yang sunat selalunya postpone sampai ke sudah habuk pun tarak..hehehe...Random thought. Ceramah dengan diri sendiri, kadang-kadang boleh release sikit pressure ni...

    # Selalu ingatkan diri jangan mengeluh, sebab mengeluh tanda orang putus asa. Tapi kadang memang tak dapat elak...*sigh*
  2. Apa yang paling penting dalam hidup seseorang ? Selalu terfikir soalan ni, and sure kalau tanya setiap orang, mesti masing-masing have their own opinion kan. Family, Money, Love, Friends, Happiness mungkin antara jawapannya. And as for me, I choose Pride and Dignity... Entah tak tahu kenapa, rasanya maruah adalah sesuatu yang paling berharga bagi seseorang, sebab maruah seseorang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit, and takde tukar ganti. Kata orang biarlah miskin harta, asal maruah terjaga. I think because of this reason, I got really mad when someone starts to play with others pride. Orang boleh cakap, maybe saya too emotional, atau over-protective or egoistic or name it whatever but still, my first priority is to protect MARUAH KELUARGA. I am too sensitive over this issue i guess. Maybe sebab benda ni melibatkan kawan sendiri. And for me, Friendship is the thing I cherished the most, after Family. And I think that's why I got hurt, over and over. Susah nak get over this issue. Susah juga nak cakap to that someone to stop doing what she'd done right now. After all, I am no good in spill my mind out.
    #Too sensitive right now, maybe sebab overburden pressure of FinalYearStudentLife Syndrome.  .*doublesigh*
  3. Jadi FinalYearStudent ni susah rupanya. Dah janji dengan diri sendiri taknak ngeluh dengan beban FYP, so kena kotakan janji. Tak baik tipu diri sendiri kan..hee. Orang lain tengok tenang je FYS nih menjalani sisa-sisa hidup sebagai student. Tapi sebenarnya, kalau dibedah otak student-student final year ni, insyaAllah akan terjumpalah dengan kalian akan keserabutan wayar-wayar litar yang sikit masa lagi akan terbakar fiusnya...Dulu masa tahun 1,2,3 kat U, dengan angkuhnya cakap "Apa yang susah sangat jadi student U ni, satu sem de 5-6 subjek je, 1 subjek pun de berapa chapter jek, compare dengan time SPM ada 10 subjek, 1 subjek compile 2 tahun punya belajar... Tapi bila masuk tahun 4 nih, muka yang tadi dongak tinggi sangat ke langit dapat bahana kena tahi burung yang lalu.#So, the moral is, ingat senang ke nak dapat Ijazah..hehehe
  4. Lepas tengok drama Wedding itu hari, tetiba terfikir "Apa yang paling penting dalam perkahwinan/perhubungan ?". No comment. Tiada pengalaman. Cuma bila tengok kiri kanan, couple-couple yang ada sekeliling ni, pelik tengok bila dorang asyik bergaduh. Kalau alasan untuk bersama adalah untuk berkongsi rasa, kalau asyik bergaduh rasa apa yang dikongsi? Kalau alasannya kerana cinta, apa teruk sangat ke bercinta sampai asyik gaduh. Kalau untuk bahagia, bergaduh tuh bahagia ke? Memang setiap relationship tak akan dapat lari dengan salah faham. Tapi kalau asyik gaduh, nangis-nangis, tension-tension, apa objektif asalnya.
    #No comment.*triplesigh*
Terlalu menikmati hidup, terlalu asyik melihat telatah insan sekeliling, terlalu leka. Tapi tak tahu sampai bila....

Friday, August 17, 2012

A question with no answer??

Assalamualaikum 

Lately I've been putting so much effort to update this blog even sometimes I do think it's not worth to sit in front of lappy and wasting your precious time to type everything "alphabetically". (Naa...this is one of the reason how this blog got its name..I guess..hahha)
But now I do think the situation had turn 180 degrees, not to say upside down because I do found the reason why I should not stop form rambling over here...yeah!! (put clapping sound here-together with my annoying face :P). In  the real world, I am not what I am now. Like now, I could write anything over everything compared to the real me. I do have many things to share but every time it happens,the mouth doesn't want to be a kind of help at all and the voice box seems does not work as it should. Poor me! *sigh*. OK! End of Rambling Part!!

Now...Lets back to the real topic babe...

Sunday, July 22, 2012

TIPS SOALAN UNTUK KANAK-KANAK PRAKTIKAL

arini, saya dengan rasminya nak bersoal jawab dengan IncheKawen!

wallaaaa..topik kawen tuu..
ko mampu?? ahahaha
dahsyat wooo..anak pak leman dah mampu cerita topik-topik luar alam nih.

ok...tak lah luar alam tahap petala ke lapanplohlapan
tapi...topik nih memang diluar batas normal student-student skema dan poyo macam saya...uhuk..

"siapa yang kata camtuh su, ramai pe yang kawen time study"

gua relax jek kawen time belajar

OK..I admit memang ramai je yang kawen time study. Tapi, tapi dan tapi..itu orang lain bukan saya...untuk kanak-kanak "pramatang" macam saya, even umur dah 22 tapi still tidur bawah ketiak mak (analogi belum tahap hiperbola lagi), memang topik kawen agak sukar untuk diketengahkan ya, wahai saudara saudari cikebum cikebum...

 Mengapa dan Kenapa tiada angin sumatera mahupun taufan serta ribut dan la nina melanda, tiba-tiba isu  kap.alip.wau.ya.nun. nih ditimbul-tenggelamkan?