arini, saya dengan rasminya nak bersoal jawab dengan IncheKawen!
wallaaaa..topik kawen tuu..
ko mampu?? ahahaha
dahsyat wooo..anak pak leman dah mampu cerita topik-topik luar alam nih.
ok...tak lah luar alam tahap petala ke lapanplohlapan
tapi...topik nih memang diluar batas normal student-student skema dan poyo macam saya...uhuk..
"siapa yang kata camtuh su, ramai pe yang kawen time study"
gua relax jek kawen time belajar
OK..I admit memang ramai je yang kawen time study. Tapi, tapi dan tapi..itu orang lain bukan saya...untuk kanak-kanak "pramatang" macam saya, even umur dah 22 tapi still tidur bawah ketiak mak (analogi belum tahap hiperbola lagi), memang topik kawen agak sukar untuk diketengahkan ya, wahai saudara saudari cikebum cikebum...
Mengapa dan Kenapa tiada angin sumatera mahupun taufan serta ribut dan la nina melanda, tiba-tiba isu kap.alip.wau.ya.nun. nih ditimbul-tenggelamkan?
Semenjak dua menjak, bermenjak-menjak officially jadi practical student nih, mana-mana pergi pun orang tanya soalan "da kahwin ke belum". Apa, muka gua ada cap "sudah-layak-berkahwin" ke? Alahaiii-i nye pun pak cik-mak cik-kakak-abang-adik.
Bukan tak boleh tanyalah. Tapi ini bukan kaunter pertanyaan *ok.kidding-ding*
"asek gua jek kena tanya. gua nak tanya gak"
Awal bismillah dah bagi mukadimah "Saya student praktikal kat syarikat ***", so kan lagi manis kalau soalan-soalan yang kurang garam tidak diterjah kepada kanak-kanak praktikal sepertiku ini. Mengapakah kalian tegar menghiris otak serta jiwaku ini? << ayat diebetes..hehe
Serius ouh..macam kena renjatan elektrik voltan tinggi bila orang tanya soalan camni. Bukan tacing, tapi sebab korang telah mendera otakku untuk mendigest soalan tuh, secara tidak langsung telah menyebabkan otak bekerja lebih masa (kena claim OT ni) untuk mendigest soalan-soalan berprotein tinggi tersebut sekaligus agak sukar dan lama masa yang diambil bagi produk jawapan untuk dihasilkan...ahaha
nah study balik digestive system for kids like me..hehe
*diringkaskan cerita...gua tak ready nak kawen dan tak pernah terfikir bab ni, ngapain korang boleh tiba-tiba terjah gua dengan soalan KBKK macam nih..*
OK lah..kat sini disertakan sedikit tips soalan yang patut anda berikan kepada kanak-kanak praktikal seperti saya: ^_^
1. tanyalah umur dia berapa. dah tahu umur baru korang boleh tahu tahap "IQ" budak tu dan korang boleh rangka soalan-soalan yang korang patut korang tanya lepas tu...
2. cer tanya dari U mana. Mana tahu boleh jadi modal korang nak bercerita plak lepas tu kan..kan..
yang mana satu, pilihan kalbuuuuuu
3. tanya pasal future dia..
A: Dik, ko lepas belajar nak buat apa?
B: Gua nak jadi PM kak...boleh?
4. cer korang risik-risik bos kat tempat dia praktikal tu okey ke tak, kena buli ke tak, kena buat air
untuk bos ke, kena dera mental fizikal ke...kan nampak sikit macam masyarakat prihatin..
5. tanyalah susah ke tak praktikal, belajar apa jek time praktikal....haa see, tambah lagi satu
masyarakat prihatin...tak lah mati kutu kanak-kanak tu...
6. saiko lah sikit, tanya cerita-cerita supernatural ke...alah cakap jek kat opis tuh keras sikit ke...pastu
tanya tak pernah nampak ke? Time nih laa korang nak uji kan nye punnn... :D
7. Agak-agak memang tahap bosan, takde soalan tapi korang still rasa nak berpegang kepada prinsip
" malu bertanya sesat dalam hutan", korang tanya jek kenapa hari pakai baju kaler ni bukan kaler
tu...memang konfem dia terkedu, tapi korang buat-buat tak paham jek.
woit..nape ko pake baju kaler merah. xmemasal aku ngan peah kena dok kat tepi jek..
see...banyak jek soalan yang saudala-saudali-cikebum-cikebum kebabo0m boleh tanya kan... banyak lagi cara untuk anda menjadi masyarakat prihatin. Jadi usah tunggu lagi!! ahha.. xD
Selamat Menjadi Masyarakat prihatin yawww...!!
peaceyawww!!
#ps: gua bukan tacing atau emo, tapi lu-olang tanya soalan selalu melepasi tahap IQ gua. Gua rasa terhina bila tahap IQ gua xsetaraf dengan soalan cepu-plastik yang lu-olang kasik woo.. (rumah gua tadew cepuemas, de plastik jek..hehe)
#pss: gua rimas..rimas..aku rimass...mak gua lekkeduu jek, gua lagilah leklekeduuu...phew
No comments:
Post a Comment