Friday, August 10, 2012

Buat Bakal Imamku...


Formula apakah??


Jangan menghakimiku dari kisah laluku
Jangan melihatku atas dosa silamku
Kerana aku juga sepertimu
Manusia biasa yang lemah
Sentiasa membuat silap
Tiada yang sempurna walau itu yang aku mahukan
Andai masa itu adalah milikku
Pasti akan aku putarkan semula ke masa laluku
Agar dapat aku corakkan
Titik-titik hitam pada kanvas silam
Menjadi satu lukisan indah yang menenangkan
Andai dunia ini milikku
Pasti akan aku cipta satu kamar rahsia
Untuk aku sembunyikan segala kelemahan dan celaku
Agar tiada siapa yang tahu  burukku
Biar semua memandang aku sempurna
Tapi
Aku hanyalah aku
Seorang musafir yang menumpang di Bumi fanaa ini
Seorang pelakon di pentas dunia
Seorang hamba yang tiada daya
Walau sekuat mana aku mencuba
Andai takdir yang tertulis menidakkan segala
Aku hanya mampu redha dan pasrah
Namun jika engkau yang telah ditetapkan menjadi imamku
Sudikah kau menjadikan
Burukku sebagai pakaianmu
Dan baikku sebagai pelindungmu ?
Dan jika benar dirimulah
Pemilik tulang rusuk yang kupegang ini
Hanya satu rayuku
Terimalah aku seadanya aku…


No comments:

Post a Comment