Wednesday, May 21, 2014

Nostalgia Si Penutup Botol

Tersebutlah alkisah....sang kancil dan sang buaya...bla bla bla
kah?!

Penutup Botol

Kalau tanya budak-budak zaman gajet nih apa yang dorang boleh buat dengan penutup botol, mesti korang akan dengar jawapan-jawapan yang kurang kreatip. Duhhh...memang. Bukan nak memperlekehkan anak-anak gajet sekarang nih, tapi aku rasa budak-budak sekarang ni dah kurang nikmat hidup bila asyik ralit dengan gajet jek. Kadang aku kesian sebenarnya dengan budak-budak yang dari kecil lagi dah dimewahkan dengan gajet. Bukan salah dorang sebenarnya kalau minda dorang kurang kreatip. Salahkan mak ayah yang manjakan sangat, ikut sangat kehendak anak. Ok, start nak bebel dah. Dushhh

Balik semula cerita pasal si penutup botol. Sebenarnya, tetiba jek boleh terrewind balik zaman-zaman kegemilangan ribena lepas tengok cerita korea itu hari. Entah apa masalah entah. Nak ingat formula punyala susah, ingat balik cerita zaman jahiliyah berbelas tahun punya alkisah boleh pulak? ouh... 

Zaman dedulu, dari sekecik-kecik benda sampai ke sebesar-besar benda kitorang boleh jadi kan mainan. Pen, pemadam, pembaris, tin, getah, kulit duku, botol, even penutup botol pun boleh jadi game. Ouh, kreatipnya kami...eh?! Dan tak pernah terpikir pun aku, penutup botol air mineral tuh boleh gantikan bola futsal. Hebat tak? Setakat main bola pakai botol mineral kosong, dah tak rare dah, tak thrill dorang cakap. hahhaaa.. So bebudak lelaki pun invent satu game bola guna penutup botol (plus penutup botol kecik, cikgu takkan rampas dan senang nak larikan diri kalau kena kejar dengan cikgu). Selalunya game nih kitorang akan main sementara tunggu loceng masuk sekolah agama. Port nak main dekat koridor tengah sekolah, tersembunyi dan senang nak larikan diri. Kenapa nak larikan diri? Time sekolah dulu, ustaz tak kasi sebenarnya main benda-benda camni. Selain korang akan block jalan utama untuk orang ke kantin, game nih pun bahaya untuk kesihatan kanak-kanak katanya. Sebab selalu je berlakunya kemalangan kecil bila main ni. Tapi yang lagi ustaz marah, sebab yang perempuan pun boleh join sekaki main benda alah tuh. Campur laki pompuan lak tuh...haishhh..masalah masalah.

Akulah antara budak perempuan yang bermasalah tuh. Berebut satu penutup botol dengan lelaki guna kaki. Agak-agak kalau ustaz-ustazah nampak boleh hangin tak? hahhaaa... Tapi serius best main bola guna penutup botol. Memang thrill habis. Memula dulu bila tengok budak lelaki main, aku rasa macam dorang nih bosan sangat ke kurang pekerjaan ke apa. Penutup botol pun boleh nak rebut. Memang sekali nampak macam tak masuk akal. Semak pun ada bila tengok dorang main. Tapi, bila sekali dipelawa untuk beradu tenaga, opkos wajib tunjukkan girl's power kekonon..hiks....Barulah tahu kenapa dorang ketagih sangat nak main. Before loceng masuk sekolah main, time rehat main. Memang boleh ketagih.

Ada sekali yang aku ingat, aku dengan Yan (antara wanita gagah yang akan main benda nih) tengah syok-syok lawan dengan budak laki, tetiba ustaz datang, marah sebab main benda tuh, plus campur laki ngan pompuan. Sebab aku dengan Yan ada satu kelebihan bermuka innocent habisan, tambah lagi dengan status Yan berkain hijau (pengawas) dan aku berkain maroon (time nih aku ketua pustakawan yang sangat rebellious), so kitorang memang telah berjaya menyelamatkan diri dan berjaya menimbulkan ketidakpuashatian budak laki yang kena ceramah dengan ustaz. Sorry guys. Sorry ustaz. 

Bila ingat balik, memang sangat-sangat memalukan. Macam manalah aku boleh tak sematang tuh. Aku tau memang aura rebellious tuh ada mengalir dalam darah (gila poyo!), dan aku tau prinsip rules are made to be broken tuh memang dah jadi satu makanan untuk rebellious seinnocent aku (memang sah poyo!!). Tapi bila ingat-ingat balik, tak sangka time sekolah rendah aku seberani tuh. Memanglah, zaman kegemilangan ribena aku penuh dengan aura-aura budak tak matured dan penuh gak dengan benda yang memalukan untuk diingat balik. Patutlah itu hari bila terjumpa dengan budak laki time sekolah rendah dulu, dia kata aku dengan dia pernah gaduh dulu. Serious aku memang tak ingat langsung kalau aku pernah gaduh dengan budak laki. Rasanya akulah calon perempuan melayu terakhir paling terunggul satu ketika dulu...hahhhaaa... Rupanya, tuh hanyalah imaginasi liar je.

Ouh..aku harap sangat, kalau jumpa balik kawan-kawan time sekolah rendah dulu, dorang boleh tolong sedarkan aku, yang dulu aku bukannya baik sangat pun. Khayalan semata. Masuk sekolah menengah baru ayu sikit kot. Yelah, dah pandai jiwang kan, haruslah control depan abang-abang angkat. Yuksss. Part nih memang tak terasa nak mengimbau pun. Terasa macam nak hantuk kepala kat dinding memikirkan kejahiliyahan (urghhh?!) siap nak terangkat bagai. Whooshhh...naik bulu roma. Seram dengan diri sendiri.  

Ok. Kepala tetiba serabut terimbau cerita 'seram' tuh.
Adoiiiyaiii 

Saturday, April 19, 2014

C.A.W.A.N.


"Cawan yang cantik bukanlah jaminan bagi air yang sedap, begitulah juga cawan yang kusam tidak bererti isinya tawar tanpa gula..."


Faham tak?

Kerja 'belakang tabir' ?

"Aku suka buat kerja belakang tabir"

"Describe 'belakang tabir' please?"

Naa...naa...naa...

Mind you. Ini bukan belakang tabir (behind the scene film..) like as what you've imagined. This one more to, buat something tanpa mengheboh-hebohkan or tanpa orang lain tahu/sedar yang benda tuh is actually awak yang buat.

Happen to me. Always happen. And it's still happening right now.

It might be you too, rightio?

And do I ever care? No.

Cuma, bila mana someone told me she/he had done something but no one ever noticed/appreciated her/him, then I asked myself "dulu-dulu time awak contribute something big untuk others then no one ever seen your effort, apa yang awak rasa Su?"

Zuppp...tersentap kejap. Cepat-cepat muhasabah balik diri.

Yes. I do 'sentap'. Bila kita buat something good to others, or even contribute untuk sesuatu kejayaan, tapi at the end of the day segala effort kita tuh dipandang sipi or tak dipandang langsung oleh orang. No recognition. No appreciation. No nothing. At the same time, someone yang done a very tiny little thing tapi that someone tuh buat kat depan tabir, he/she dilambung-lambung bak telah menyelamatkan dunia dari WWIV, of course awak akan rasa macam dunia ni tak adil kan. I know. Awak-awak tak mengharapkan pujian melambung-lambung. Pun tak mengharapkan dibelanja pizza ke SR ke, kan? Ke yek nih? Ngee... Tapi still rasa tak adil, sentap segala kan?

Tapi. Tapi. Dan Tapi...

Ingat balik niat asal awak-awak buat kerja tuh? Is it for recognition? Award? Pokok pangkalnya, tetapkan niat. Set kan, awal bismillah lagi, niat awak-awak buat kerja tuh adalah ikhlas semata-mata kerana Allah. Kalau dari awal awak dah ikhlaskan segala titik peluh awak, insyaAllah segala urusan awak akan dipermudahkan. Terutama urusan 'hati' yang sentap tadi. 

That's how I've survived.

Buat kerja belakang tabir nih seronok sebenarnya. Especially bila awak tengok orang lain mampu tersenyum disebabkan hasil kerja tangan awak yang dibelakang tabir tuh. Takpe kalau orang lain tak tengok pun effort awak. Awak-awak tahu kan, Allah tengok, siap kira lagi masuk 'buku kira-kira', setiap kerja awak yang ikhlas tuh. 

So, chillex. Stay cool, ice-ice bebeh!

Tuesday, March 18, 2014

M.A.T.I.

Mati...




Entri kali nih memang agak meremangkan bulu hidung sikit. Pasal mati. Ya, MATI! DIE? MENINGGAL? 

Detiknya pasti tiba adakah kita bersedia...... Bila tiba masanya nanti, tak siapa dapat melarikan diri...
Detik Kematian- Inteam 


Kita tak tahu bagaimana keadaan kita ketika nyawa dipisahkan dari badan. Adakah ketika kita sedang berronok-ronok (errrr...ampun cikgu) bergelumang dengan maksiat, atau ketika kita sedang beramal ibadah kepadaNya. Jujur sejujurnya, sedih bila tengok berita-berita orang mati ketika sedang melakukan kemungkaran. Macam yang paling terbaru, kes #FMFA2014 bila 6 orang mati akibat overdose dadah. Lebih menyedihkan lagi 4 orang daripadanya adalah orang Islam. Sedih melihat ahli keluarga yang terpalit dengan kes ini. Ya Allah, mohon dijauhkan daripada kita semua. Kesian kepada ahli keluarga yang terpaksa menanggung malu, tapi lagi sedih dengan mereka yang dah mati. Kita yang hidup masih diberi masa untuk bertaubat, ambil apa yang jadi sebagai satu iktibar, pengajaran dan peringatan daripadaNya. Yang telahpun meninggal dunia tuh, mohon semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa mereka yang telah pergi. Al-fatihah. 

Kita yang masih hidup nih, tak perlulah terus menerus mengutuk perbuatan mereka. Dosa yang sedia ada tak perlulah ditambah. Doakan supaya siksa mereka diringankan...itu lebih baik. Dan jauh disudut hati nih, sebenarnya sangat-sangat mengharapkan yang mereka-mereka itu sempat, even sesaat before rezekinya untuk hidup terhenti, sempat bertaubat memohon ampun kepadaNya. Siapa jek yang nak sad ending kan. Berdoalah sama-sama agar kita dapat title "happy-ending" tuh. Allahumma Amin...


Dulu time form 3, Cikgu BM (Cikgu Ajis) pernahlah tanya setiap dari kitorang nih :- 
"Semua orang akan matikan. Jadi, awak nak mati dalam keadaan yang macam mana" (lebih kuranglah macam nih soalannya).
Bila cikgu tanya soalan luar alam camnih secara tiba-tiba tanpa sebarang klu, mulalah masing-masing gelabah nak cari jawapan. Macam-macam jawapan yang keluar. Ada yang nak meninggal dalam tidur lah, time sembahyang lah, depan kaabah lah dan macam-macam lah lagi jawapan yang keluar; dari jawapan yang dapat diterima kewarasan akal sampailah diluar tahap pemikiran logika. Tapi, dalam banyak-banyak tuh aku sorang jek yang bagi jawapan "Entahlah..." Cikgu suruh fikir juga tapi aku tak ingatlah apa jawapan yang aku bagi. Mungkin time tuh sel-sel otak belum boleh nak berhubung lagi...kan! ngeeeee

Sekarang, dah 9 tahun dah berlalu. Rasanya, inilah satu-satunya soalan dalam hidup aku yang mengambil masa 9 tahun untuk dapat jawapan. Thanx to certain people yang share their stories/experiences at blogs and facebook. Because you gave me the ideas to answer this question. And thanx to my overloaded-inquiry-spirit too. My passion untuk berblog-walking, baca cerita-cerita orang, dig-up entries dorang yang dah berkurun-kurun absolutely mengalahkan passion untuk menyiapkan research study nih...Haishhh...It's ok. Ilmu juga tuh!! Err...sebabkan kajian terhadap blog-blog orang nih dah berjalan berkurun-kurun lamanya, maka tak ingat link-link blog nya. But, if you could search for Allahyarham Mas Afzal (blog Not the Primerose Path) and Allahyarham Ahmad Ammar (the one yang syahid kat Turki) and read every each about them, then you'll get the same answer like mine. My answer? Nanti dulu...

The very recent story yang aku baca pun agak menjentik sel-sel otak untuk terus berkembang. Secara ringkasnya, ceritanya tentang sepasang suami isteri yang telah berkahwin tapi masih belum dikurniakan anak. Then, si suami disahkan ada kanser. Both of them fight together against cancer. Such a loving story sebenarnya. Dengan suami yang sentiasa risaukan isteri, dan isteri yang tersangat tabah dan tak pernah mengalah, indeed cerita nih very touchy... At the end of the story, doktor sahkan masa-masa terakhir suami dah sampai, isteri tak sanggup bagitahu suami apa yang doc inform. Then, ayah si suami tuh, dengan tenang memberitahu anaknya bahawa masanya telah tiba, dan minta anaknya redha. Si suami redha and before dijemput kembali kepadaNya, beliau sempat menunaikan solat taubat berserta dengan amalan-amalan sunat yang lain.  Beruntungkan si suami tuh...dan yang paling best, muka jenazahnya tersenyum.

 So, kalau Cikgu Ajis tanya lagi:
"Jadi, awak nak mati dalam keadaan yang macam mana"
Ini mungkin jawapannya:
"Dalam keadaan husnul khotimah..in sha allah" 
Tapi persoalannya, mampukah aku?

Bagaimana yang dikatakan kematian yang husnul khotimah? Sila search...!

Saturday, February 8, 2014

#Tribute. Muhasabah Cinta by Edcoustic.

Lately, sangat suka satu lagu. Kalau dengar satu lagu tuh then jantung tiba-tiba vibrate dalam kadar yang tidak sekata, so maknanya aku dah jatuh cintalah sama itu lagu. (tapi ini bukan lagu yang pernah cerita kat entri sebelum nih). Tajuk lagu nih, Muhasabah Cinta dari Edcoustic. Edcoutic nih group dari Indon, lagu memang best-best. Tapi, one of the member baru jek meninggal dunia Dec2013 haritu...Innalillah...Alfatihah...Sedih sebab yang meninggal nih banyak compose lagu sedap-sedap. Ada satu lagu yang Melly nyanyi (ketika cinta bertasbih kot) dia yang compose gak. Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan para syuhada' dan solihin..Aminnnn

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan..Baru kusadar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi
Muhasabah cintaku

Tuhan...Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

TemupisaH

Jangan pernah menyesal mengenali seseorang pada masa lalumu, walaupun seseorang itu telah menyakiti hatimu. Kerana setidak-tidaknya kau belajar bahawa hidup ini tidak selalunya indah. Dan kau belajar bangkit dari kekhilafan itu.

Aku juga sedang cuba menjadi seperti itu...

Cuba untuk tidak menyesali pertemuan kita...

Kerana aku yakin ada hikmah sebalik pertemuan dan perpisahan ini...

Untuk itu, terima kasih.

Terima kasih atas kesudian menerimaku menjadi sebahagian dari sejarah hidupmu...

Sahabat... :)

Thursday, January 9, 2014

CRUSH, CRUSHES, CRASH!


Amaran!!
Entri kali nih menggunakan gambar cilok dari pelbagai sumber sebab pemilik blog ini mempunyai tangan kayu. Beliau tidak dianugerahi bakat melukis luar alam yang mampu melukis gambaran-gambaran idaman hati beliau dengan sempurna. Senang cerita, korang takkan dapat menghayati keindahan crush-crush nih kalau yang namanya Suraya yang lukis...zzzz

Well, lately saya ada satu penyakit, nampak semua benda nak minat. Nak suka. Nak crush bagai...pening arrr..hahahahaaaa. Biasalah, kan ke lumrah manusia tuh sukakan keindahan... Subhanallah...So, chachangggggg...meet my crushes..(tamak wooo)

Tuesday, January 7, 2014

Vibration...

Terbuka satu blog...
Blog kawan lama...
Terdengar satu lagu...
Lagu peberet uiii...
Lama tak dengar lagu tuh...
And as always....
Dengar lagu tuh jek...
Terus jantung rasa bergetar...
Umpama fon yang diset under vibration mode...
Pheww...
Payah nak kawal!
Maybe kena tukar course..
Ambil subjek control system mungkin??!
Derrr

:: Memang motip sangat satu hari sampai beratus entri update (petanda draf berkepuk dengan entri 'half-way')
::Petanda awal juga, lepas nih tahap kebizian akan mencecah tera-gigawatts mengalahkan PM Zimbabwe.Urghhhh...nightmarelabstation
::Lately,minda kreatip agak maleh nak berkarya di medan Paint...so entries look gloomy w/o pics nukilan kanak-kanak tadika...*tepuk dahi lapanbelaskali*

Life Ain't Always Beautiful

by: Gary Allan



Life ain't always beautiful
Sometimes it's just plain hard
Life can knock you down, it can break your heart

Life ain't always beautiful
You think you're on your way
And it's just a dead end road at the end of the day

But the struggles makes you stronger
And the changes make you wise
And happiness has its own way of takin' it sweet time

[chorus]
No,life aint always beautiful
Tears will fall sometimes
Life aint always beautiful
But it's a beautiful ride

Life aint always beautiful
Some days I miss your smile
I get tired of walkin' all these lonely miles

And I wish for just one minute
I could see your pretty face
Guess I can dream, but life don't work that way


But the struggles makes me stronger
And the changes make me wise
And happiness has its own way of takin' its sweet time

No, life ain't always beautiful
But I know I'll be fine
Hey, life ain't always beautiful
But its a beautiful ride
What a beautiful ride

Aku yang dulu MUNGKIN bukan aku yang sekarang....

Friends...
If you happen to see me again
In the future
And I might not be like what I've been before...
May be I've changed to a monster...
Or even scarier than that
Or otherwise...
I'll turn into Cinderella...
Or even an angel
I wouldn't know

But...
If so, I want you to know
That I live in 'Today'
Not 'Yesterday'
And I need 
To move on for 'Tomorrow'
So, if You can
Please just accept me as I am
If not
Just ignore me
It's the best way anyway...
Rather than we hurt each other
In the end.


M.E.R.C.Y.


Bismillahirrahmanirrahim......
(semoga dengan izin Allah, adalah orang-orang MERCY baca nih...hahahaha)


waaaa.......tolonglah siapa-siapa yang join MERCY..aku nak sangat-sangat join aktiviti-aktiviti MERCY dan seumpamanya. waaaaaaa.....

Hahahahaha..tak memasal nak melalak macam budak baru nak tumbuh gigi. Elok sangat lah tuh dah tua bangka buat perangai tak cukup tanah gini... *sigh*

Actually, sejak dari dulu lagi aku teringin sangat nak pergi misi-misi bantuan, pergi bagi moral support and so on to people in need. At least, pergi rumah anak yatim or rumah orang tua...just to have fun with people over there and sharing  sweet moments with them too. And for that reason, aku go on dengan SISPA, kot lah kalau join badan sukarelawan nih maybe akan ada pergi aktiviti-aktiviti macam nih. Tapi....sodehhhh....tak hadoooo... (yeah, as we're the 1st batch, so pengurusan still kucar-kacir and we've to endure it till tauliah..sokay sokay).

Aku sangat berminat dengan MERCY nih. Tapi tak tahu the proper way untuk join (and ada sikit nervous untuk join sorang-sorang tanpa kawan...but I think its not a big prob then), so apa yang mampu just like their fanpage kat facebook jek lah. Dengan harapan dorang tetiba buat announce like "Kami memerlukan sukarelawan bla...bla...bla...". Keep your hopes high, Suraya! #self-motivate.

Dulu pernah lah go through their website nak tahu the proper way untuk join them. Tapi, bila tengok kat form tuh ada part specialty ke apetah (tak ingat, tapi lebih kurang lah) terus terkedu. Sebab, time tuh still undergrad, takde profesion, takde specialty (tapi ada BTLS cert from JPAM boleh guna tak..hehehe). Taaaapiiiiiii....sekarang pun still student lagi!! Takde profesion lagi even dah post-grad (student)...haishhhh

Sebanarnyer tadi nak cerita pasal MERCY sikit jek. Sebab, tetiba terfikir and dah janji taknak tulis panjang-panjang (as always, bila panjang dah start merapu..dush!)

Takpelah...hari tuh ada dok bincang dengan roommate nak buat satu program amal untuk rumah-rumah kebajikan/kurang berkemampuan tanpa mengeluarkan duit..hehehe. Mungkin akan ada satu kutipan berupa barangan-barangan asas atau tenaga (betulkan/cat rumah ke apa ke) atau duit kalau ada yang nak memberi. Harap sangat semoga plan nih berjaya dilaksanakan. At least kalau plan nih berjaya, taklah rasa terkilan or kempunan sangat..hehehe Aminnnnnn
Misi Yayasan untuk rumah anak yatim tetap berjalan..insyaallah aminnn...


Thursday, October 17, 2013

Pelik...kan?

Pelik..kan? 
Kita selalu ditakdirkan bersama dengan benda/orang yang kita tak suka?

Pernah terfikir tak KENAPA???

As for me...aku tak suka kucing. Lebih tepat lagi TAKUT. Selama 23 tahun aku hidup dengan momokan kucing. Nampak kucing aku lari. Tak aku yang lari, beliau yang akan larikan diri setelah dimomokkan aku... Nampak kucing aku angkat kaki bersila (situasi selalu berlaku di kedai-kedai makan). Sekali beliau cakk kan aku, sekali tuh lah suara 'high-pitch' aku kedengaran...hailahh kucing ohh kucing. Tapi, tahun nih, aku ditakdirkan serumah serta sebilik dengan beliau. Sebab?? Member serumah adalah peminat tegar kucing, so beliau telah membela seekor kucing yang comel-gebu-putehmelaty. Dan kucing tersebut sangatttttttttttttt suka duduk bawah katil aku! cesss...

Aku terfikir KENAPA???

Selalu terjadi kat manusia sekeliling ku, benda yang dia tak suka tuhlah yang pasangan dia tuh suka. Yang dia suka pula yang pasangan dia tuh sangatttt lah tidak menyukainyerr pun. Kalau pasangan suka movie genre romantik, dia pula cukuplah anti dengan genre tuh. Bila dia suka genre thriller, pasangannya cukuppppplah anti genre tu. Pasangannya suka kucing, dia elergi kucing.....dan macam-macam lagi...!

KENAPA ya?

Orang selalu cakap jangan terlalu membenci seseorang, nanti tersuka pula...haaa!!!

KENAPA?

Pernah terfikir tak kenapa semuanya diatur sebegitu. Kita ditakdirkan bersama pasangan yang sangat kontra dengan kita. Kita jatuh cinta dengan orang yang kita benci. Kita jadi suka dengan kucing yang pada mulanya kita anti gilaaa...

Mungkin sebab Allah nak kita belajar supaya saling menyayangi sesama makhluk ciptaannya. Nak kita terima semua makhluknya seadanya. Nak kita bersyukur apa adanya. Sebab tuh Allah hantarkan pasangan kita, housemate kita dan segala bentuk medium untuk membantu kita menyayangi sesama makhluknya. Cantikkan aturan Allah. Subhanallah....

Wednesday, September 4, 2013

SISPA UTHM #3: Apa makna SISPA bagi seorang AKU?

Hoorayy..after 3 years of hardship, finally I officially got the title Left. Muda (PA) on my first name. krik krik krik... OK disebabkan dah janji kat diri sendiri nak recall balik every precious moments dengan SISPA (which is tak tertunai lagi until now), so the very recent happiness event couldn't be updated at the moment. So, Suraya. Please do take note. You got so many things to do hmm.. *nodded*

SO, at the moment sebab dah terlalu excited nak cerita pasal SISPA, and.............here we go. Another entry pasal SISPA. Orang luar yang tak pernah join SISPA, or join sekejap then stop joining us mesti susah nak figure out apa yang best sangat pasal SISPA nih OR what make SISPA so precious to us. Hmmm...ok seriusly kalau ada yang direct tanya, "Apa yang best nya pasal SISPA ni?" memang susah untuk aku point out kan satu-satu macam nak buat karangan SPM dulu. (Nak buat karangan SPM dulu kan kena list down kan isi penting dulu before tulis karangan berjela tuh...tsk :'( )... Frankly speaking, mana ada unit beruniform yang tak penat kan? Dan mana ada organisasi yang tiada masalah kan? Sedang dengan kawan-kawan pun boleh salah faham, apatah lagi satu organisasi yang besar. So...let's cekidaut!

Wednesday, August 14, 2013

SISPA UTHM #2: First-bonding started!

OK...entri kali nih memang version sambungan dari SISPA UTHM #1

Bak kata kak Lisa, "Pasrah tu menyerah, redha tu menerima". Aku pun tak tau nak masuk kan diri sendiri dalam kategori pasrah ke redha. Yang penting, minggu depan nya (lepas pendaftaran subjek koko2) kami-kami nih pun bergerak ke perjumpaan SISPA buat kali pertamanya. 

Sebab aku memang jenis tak reti dok diam, so sejak dari sem 1 lagi aku dah aktif join situ-sini untuk menambahkan lagi rencah-rencah untuk 'memasak' seorang pelajar secukup rasa. Please, kalau jadi student jangan jadi skema buku teks sangat. Student life lah yang kita kena explore puas-puas tau...

So, setelah meleburkan diri dalam SISPA, kami di offer untuk join satu program yang diberi nama PROGRAM JALINAN BESTARI KOMUNITI. Program nih sebenarnya time Kembara Mahkota Johor 2010. Kalau nak ikutkan, objektif program untuk kasik bonding antara student dengan masyrakat setempat, serta bonding antara golongan istana (Raja Zarith Sofia cemar duli time nih) kukuh, kuat dan kental. 

Sebabkan Kelab Teater pun belum ada aktiviti yang masyuk lagi, PKSK pun takde panggil lagi, so apa salah kita busy kan diri dengan join program-program luar kan? Di samping dapat keluar jalan-jalan, kita juga boleh memenuhkan ruangan kat SMAP Online, tambah pengalaman, tambah kawan dan yang penting sekali kasik asah soft-skill. Yeahh..

Tapi..kawan-kawan yang lain tak nak join lah...hmm takpe-takpe. Bukan tak biasa sorang-sorang kan. Masuk teater, join PKSK pun memula takde kawan kan. Dah masuk tuh jumpa lah geng baru. So kita redah je... Nasib baik, bila kumpul nak naik bas tuh, jumpa Ina ngan Gha. Ada gak lah kawan nak ajak sembang.hehe.. Ok malas nak panjang citer.. Lets cekidaut!!

Sesi taklimat dari Pegawai SISPA UTHM

Calon-calon menantu idaman!!

 Kami yang overly-intoxicated-excited sebab first time pakai uniform ni.. ^^,

 Bonding-time!!

 
Aku usha bodyguard-bodyguard baju itam tu dari dorang keluar kereta, sampai lah dorang mengiring Raja Zarith Sofia. Seyes smart macam Charlie's Angels. Pakal aku kurang inci...tsk :(


Again...Bonding-time!! 

Last kopek. We're SISPA UTHM!



 # Dalam apa jua organisasi atau team tak kira besar atau kecil, aku percaya bonding adalah sesuatu jenis peralatan yang sangat penting. Dari bonding yang baik barulah kita dapat teamwork yang baik seterusnya menjadi satu pasukan yang hebat. Macam Sultan Johor try bonding dengan rakyat melalui program-program seperti kembara mahkota.
# Seronok dapat join aktiviti yang melibatkan bonding!! Ukhwah fillahi abadan abadaa..


Thursday, August 1, 2013

Advance Birthday Present... ^_^

Ya! Hari ini adalah hari Khamis bersamaan 1 Ogos 2013. Makanya esok tanggal 2 Ogos 2013. 
Ya! Pada tarikh tersebut, 23 tahun yang lalu merupakan tarikh aku officially ditanggalkan dari umbilical cord yang banyak membantu aku selama 9 bulan 10 hari.

Dan hari ini, telah dikhabarkan satu berita gembira yang aku anggap 'Advance Birthday Present' untuk aku yang dah beberapa tahun tak sambut birthday disebabkan birthday jatuh time bulan puasa plus kekangan kerja yang melampau banyaknya.

Dan berita baik tersebut adalah.....chachangggg!!


Yeayy..Alhamdulillah... Akhirnya doaku dimakbulkan

Tapi sedih...sebab daftar 11 Sept nti ayah ngan ibu tak boleh nak hantar. Convo nanti (buat masa nih soalan pasal convo paling sensitip) pun maybe dorang tableyh nak attend. 

Takpe lah..harap tauliah nanti dapatlah dorang datang. 

Dah..!!Tak perlu nak gedik-gedik sedih bagai. Jangan ngada-ngada nak feeling-feeling manja segala. Alah..dorang tak dapat datang pun for good kan. So, simpan sedih tuh dalam poket. Hilang macho...ihiks :D

#kena buat list sape kena datang untuk convo nanti, bagi riang ria sikit my gloomy-convo day nanti...cettt. Choi Siwon ok gak...ahahahaha choi (choyyy) sangat!




Sunday, July 28, 2013

Girls-rule #1: Boys-sucks!

OK, the emo-kid in me coming back! Kali nih serius emo! Baru dapat tahu my best buddy cum roommate kat Matriks baru lepas clash dengan BF, just because her BF got someone else. This is seriously **** (hahha…shoot your BEST word here). Ingat lagi, dulu dorang memang couple start dari sekolah then break-off jap. In between tuh, this boy punyalah dok merayu-rayu nak balik dengan my buddy nih. Dan aku lah jadi saksi-tak-berbayar pujuk rayu mamat tuh. Sekarang bila dah dapat balik, what? Dia ada girl lain. OK, ini memang bukan sejenis kelakar yang dapat menggelikan perut. He just asked for my kasut-perisa-tahi-kucing, boleh? (Ini memang betul marah nih…). Bayangkan berapa lama dorang couple, dari zaman sekolah sampai dah nak habis U. Kalau dengar jawapan lelaki memang senang, dah takde jodoh, nak buat macam mana. Eh, aku bukanlah nak tolak jodoh ketentuan Allah. Jodoh tuh pun kena ada usaha tau, sebab Allah pun dah janji, dia akan tolong hambanya yang dah berusaha. Tapi, kalau dah saja-saja pasang lain, apa maknanya tuh. Maknanya memang minta ****(Again..here!).
Betul lah… Lelaki nih, they’re good in friendship but not in relationship.

Dulu time sekolah, benda yang sama jadi kat bed-mate aku. Her ex-BF pun ada girl lain. After all these things happen betul-betul depan mata, menguatkan lagi perception aku pasal lelaki. Eh, apa diorang ingat kaum Wanita nih barang mainan ker? Ingat kitorang nih patung Gundam korang ke? Ingat kitorang nih kereta control korang ke? Dah habis main, tinggal gitu je. Alahai…boys.

Again. Boys are good in friendship but not in relationship. Yes, dorang memang boleh jadi kawan untuk lepak-lepak bincang isu semasa. Yes, dorang memang good in making jokes. Yes, dorang memang akan tolong kalau aku susah. Yes, they can make good friends. Indeed! Tapi untuk ada special term dengan dorang, aku tak yakin.

Dan untuk soalan-soalan yang tanya pasal my ‘special-relationship’ life, ini jawapan aku: BOYS’re SUCKS!

Tunggulah, bila BOYS dah fully transform into Men. Tunggulah, bila ada lelaki yang mampu betulkan perception aku pasal kaum dorang. Tunggulah, bila pintu hati aku dah buka. Tunggulah, bila seru dah sampai. Time tuh baru aku akan fikir pasal relationship-thingy. Tunggulah…

Girls Rule #1: Boys Are Sucks!!

#Yes, this is an emo-entry!

#Call me emo, pessimist, skeptical, negative or whatever. But hey…do I care??!

Saturday, July 20, 2013

Save Your Heart, Miss A

I have someone, who I really care ONCE
I always thought that we're BEST FRIENDS ...that was what my mind said

I really really can't see her cry
So, I've done my best to not let her being hurt

By that someone, called BOY
And one day, she left me
Without me knowing what was my fault
And I now in puzzle, CONFUSE
That make me think
This happen maybe because of that someone
Just if she knew
I always want to be her TISSUE
Wipe all her tears away
Always want to be the SHOULDER
For her to cry on
But that was what she'd decide
And I let her go

And this song...goes to her. Hope that she read this one day. Hope that she'll save her heart, for someone who worth to have it. Broken heart do takes time to heal. So please, save your heart, friend...



"Save Your Heart"
She fell to the bottom of her life
This wasn't meant for two
She struggles to find herself in time
But she can barely move

Just try and get up
You gotta slowly brush off
I know that words aren't enough
But you're better than this

Save your heart
For someone that's worth dying for
Don't give it away
Torn apart
Never getting what you've been crying for
It's always the same

She turns the pages everyday
Just to change the mood
But every chapter reads the same
So hard to make it through

Just try and get up
You gotta slowly brush off
I know that words aren't enough
But you're better than this

Save your heart
For someone that's worth dying for
Don't give it away
Torn apart
Never getting what you've been crying for
It's always the same

And you give (and you give)
And they take (and they take)
And it's love that you want
But not love that you make

Save your heart
For someone that's worth dying for
Don't give it away

Save your heart
For someone who leaves you breathless
And I know that you're scared
Seems like someone said you had it in you
All along you said you knew this was wrong
But still worth dying for

Save your heart
For someone who leaves you breathless
And I know that you're scared
Seems like someone said you had it in you (are you scared?)
All along you said you knew this was wrong
But still worth dying for

And you give (and you give)
And they take (and they take)
And it's love that you want
But not love that you make

Save your heart
For someone that's worth dying for
Don't give it away
Don't give it away

Saturday, July 13, 2013

SISPA UTHM #1: Disinilah tempatku bermula...

Assalamualaikum wbt...
wallahhhh..sindrom cuti memang HEAVEN! Makan-tido-goyang kaki-update belog = HEAVEN!! hip hip huureyyyhhh...dah 10 tahun rasanya tak menikmati cuti sePRODUKTIF ini... Everybody, let's raise your hand and say banzaiii...banzaiiii..banzaiii..ale-ale *takmemasal*

Oh! Mukadimah berjela mak nenek nih. Cuba lurus ke jalan yang benar sikit...

Baiklah...lets get to the point bebeh! Tadi terbaca blog adik junior SISPA pasal SISPA. Tak boleh jadik nih...sebelum wayar-wayar kat otak yang dah cukup berselirat nih fail untuk dileraikan atau terputus wayarnya. Atau sebelum data-data dalam otak nih di defrag balik. Atau sebelum data tersebut dijangkiti virus. Atau sebelum ianya terdelete tanpa disengaja. Atau sebelum hackers durjana memusnahkan segalanya (sebenarnya nak cakap sementara masih ingat & masih xlupa kan...aiyokkk make it simple please, Che'Suu), makanya marilah kita bersama-sama menghayati momen-momen terindah sepanjang bergelar kadet SISPA. Mereka yang bakal tauliah patut buat versi Hari-Ini-Dalam-Sejarah macam nih..barulah boleh tambah sebak-sebak drama air mata..sheeshhh :')

The 'ME': Another story of typical girl

Ini cuti... hip hip hooreyyhh...*clap-clap*
Ingat, kot lah cuti panjang banyak idea nak update blog bersawang nih... Apakan daya, idea pun nak rasa cuti juga..ihiks
So, go-thru balik draft yang dah berkepuk dalam laptop, then berkarya di medan 'Paint', then edit sikit hasil tangan-kayu kat 'Photoscape', then... TADAAAA...new entry coming bebeh... *angkat-kening-dengan-riak*

Presenting my new entry...me being a typical girl!! Ain't no crime, huh?!


Thursday, May 9, 2013

Aku Rimas!! # Tribute to PRU13


Aku rimas..
Kala ini aku benar-benar rimas
Rimas dengan setiap hujah manusia
Yang mengaku diri bijak
Lebih bijak dari orang lain
Berbalah, bertelingkah menjadi menu santapan utama
Diskusi pula hampir tiada
Masing-masing petah menyusun buah bicara
Menegakkan fahaman dan ideologi tersendiri
Dengan bunga bahasa yang cukup INDAH halwa mata
Tapi mengapa?
Begitu mudah mereka menghukum
Yang berlainan fahaman dikatakan bodoh, tolol
Berbeza ideologi dikatanya kolot
Bertingkah pendapat apatah lagi
Hukum apakah ini?

Aku rimas
Kala ini aku benar-benar rimas
Setiap mereka ada hujah
Dan tanpa henti mereka berhujah
Mereka kata hujah mereka lebih bernas
Lebih up-to-date dari yang satu lagi
Dan mereka tidak kenal erti putus asa
Menunjuk gagah kepada lawan durjana
Satu persatu langkah dibuka
Satu persatu senjata diacu
Tanpa mereka sedar
Musuh yang lain tersenyum
Terloncat gembira
“Mudahlah kerja kita” kata mereka

Aku rimas
Kala ini aku benar-benar rimas
Rimas dengan sang fitnah yang makin bermaharajalela
Begitu mudah merajai, menghasut kotak fikiran manusia
Apa mereka tidak terfikir?
Setiap kata itu dihitung
Apatah lagi yang namanya fitnah
Apa mereka tidak mampu berfikir?
Siapa sahaja mampu ‘melahirkan’ sang fitnah itu
Apatah lagi mencanangnya ke serata dunia
Apakah mereka malas berfikir?
Atau sengaja membiarkan akal berhenti untuk berfikir?

Aku rimas
Kala ini aku benar-benar rimas
Rimas dengan pertelingkahan yang tiada hentinya
Dan aku bertambah bingung
Datangnya orang ketiga bukan sebagai pemudah bicara
Bukan juga sebagai air yang memadamkan apinya
Malah yang ketiga, keempat mahupun kelima
Bangga menjadi Si Minyak
Memarakkan lagi api kebencian
Dalam gelanggang perdebatan yang aku kira pertelingkahan
Dan akalku mula mencerna
Inikah yang dikatakan PEMIMPIN MASA HADAPAN?

Aku rimas
Kala ini aku benar-benar rimas
Rimas dengan dia, mereka dan semua
Yang hanya tahu menunding jari
Menghunus Si Telunjuk lurus kearah lawan
Apa mereka tidak sedar?
Yang empat lagi kearah mana?

Tapi
Aku tahu tiada yang akan ambil peduli
Jika aku menjerit, melolong hatta melalak sekalipun
Menjerit AKU RIMAS!
Melolong AKU RIMAS!!
Melalak AKU RIMAS!!!
Aku tahu tiada siapa yang peduli
Selagi akal dikawal nafsu
Selagi amarah tidak dilampias secukupnya
Selagi itu, RIMAS tidak akan berhenti
Dan aku sedar
MEREKA HANYA PERCAYA APA YANG MEREKA MAHU PERCAYA

Dan
Aku rimas
Benar, aku benar-benar rimas
Ayuh bangsaku!
Kita bersatu
Di bawah panji satu Malaysia
Buangkan segala kebencian
Tanamkan rasa sayang
Malaysia harmoni itu idaman hati

#"Bangsaku" in terms of bangsa Malaysia (Melayu, Cina, India, Bumiputra).
#I'm not racism and this is non-partisan entry.
#And I really really mean no harm. 
# Towards the PEACE of MALAYSIA!