Saturday, July 13, 2013

The 'ME': Another story of typical girl

Ini cuti... hip hip hooreyyhh...*clap-clap*
Ingat, kot lah cuti panjang banyak idea nak update blog bersawang nih... Apakan daya, idea pun nak rasa cuti juga..ihiks
So, go-thru balik draft yang dah berkepuk dalam laptop, then berkarya di medan 'Paint', then edit sikit hasil tangan-kayu kat 'Photoscape', then... TADAAAA...new entry coming bebeh... *angkat-kening-dengan-riak*

Presenting my new entry...me being a typical girl!! Ain't no crime, huh?!




(Typical girl = Gadis biasa)

Aku ingin melayari hidup
Yang mudah dan simple
Yang sederhana dan moderate
Tidak terlalu terkenal
Tidak terlalu disanjung
Cuma yang ‘biasa-biasa’ saja
Asal bahagia, gembira
Sentiasa diberkati
Sentiasa disenangi
Sentiasa dibawah naungan rahmat dan kasih sayangNya

Aku ingin berkerja
Tidak terlalu gah dipandang manusia
Gaji tak besar tak apa
Asal makan pakai cukup semua
Asal nanti tidak meminta-minta
Bukan hidup tiada wawasan
I just want to lead an easy life
Kalau gaji besar, jawatan tinggi
Jadi riak, ujub, takbur
Mata kelabu tak nampak dunia
Takut nanti rasa syukur entah ke mana
Takut juga nafsu payah nak dijaga

Aku ingin punya harta
Tak banyak tak mengapa
Asal…
Cukup untuk ayah ibu berkongsi rasa
Cukup untuk anak cucu tumpang berteduh
Cukup untuk pengubat rasa penat bekerja
Tak kaya tak mengapa
Asal aku bahagia
Biar orang kata aku kolot
Asal aku bahagia

Aku cuma
Pakai t-shirt RM10
Dengan jeans lusuh
Kasut sneakers, tudung kangaroo
Nampak biasa tak apa
Asal aku selesa, asal nampak yakin
Tak perlu nampak hebat
Dengan kasut Vincci, baju Nike, beg Prada
Cukuplah hanya satu-satunya aku yang tahu
Aku hebat..cukup hebat
Tak perlu yang lain untuk menilai aku
Penilaian itu mungkin tidak cukup ikhlas
Kerana itu hanyalah mata kasar manusia yang menjadi juri
Menilai susuk tubuh yang nampak hebat
Dililit dengan barangan berjenama antarabangsa
Memang nampak hebat
Tapi pada mata aku
Hebat itu nampak palsunya

Aku juga sama seperti gadis-gadis lain
Punya angan sehebat Cinderella, Snow White, Rapunzel
Tapi…
Bukan takut mimpi musnah bak Alice in Wonderland
Cuma aku belajar untuk berpijak dibumi yang nyata
Biarlah aku terus menjadi yang ‘biasa-biasa’ saja
Andai yang ‘biasa-biasa’ ini mampu buat aku lagi dekat denganNya
Asal aku bahagia, asal aku gembira
Asal hidup ini sentiasa diberkatiNya

Dan aku tak akan pernah rasa malu
Untuk mengaku yang..
Aku gadis biasa
Kini aku bangga
Untuk memberitahu dunia yang…
Aku gadis biasa-biasa
Dan aku tidak cuba untuk menjadi yang luar biasa
Coz I believe, everyone was born in their own unique ways


#Proudly say, I’m typical girl. So what? Hahaha
xoxo

No comments:

Post a Comment