Sunday, July 28, 2013

Girls-rule #1: Boys-sucks!

OK, the emo-kid in me coming back! Kali nih serius emo! Baru dapat tahu my best buddy cum roommate kat Matriks baru lepas clash dengan BF, just because her BF got someone else. This is seriously **** (hahha…shoot your BEST word here). Ingat lagi, dulu dorang memang couple start dari sekolah then break-off jap. In between tuh, this boy punyalah dok merayu-rayu nak balik dengan my buddy nih. Dan aku lah jadi saksi-tak-berbayar pujuk rayu mamat tuh. Sekarang bila dah dapat balik, what? Dia ada girl lain. OK, ini memang bukan sejenis kelakar yang dapat menggelikan perut. He just asked for my kasut-perisa-tahi-kucing, boleh? (Ini memang betul marah nih…). Bayangkan berapa lama dorang couple, dari zaman sekolah sampai dah nak habis U. Kalau dengar jawapan lelaki memang senang, dah takde jodoh, nak buat macam mana. Eh, aku bukanlah nak tolak jodoh ketentuan Allah. Jodoh tuh pun kena ada usaha tau, sebab Allah pun dah janji, dia akan tolong hambanya yang dah berusaha. Tapi, kalau dah saja-saja pasang lain, apa maknanya tuh. Maknanya memang minta ****(Again..here!).
Betul lah… Lelaki nih, they’re good in friendship but not in relationship.

Dulu time sekolah, benda yang sama jadi kat bed-mate aku. Her ex-BF pun ada girl lain. After all these things happen betul-betul depan mata, menguatkan lagi perception aku pasal lelaki. Eh, apa diorang ingat kaum Wanita nih barang mainan ker? Ingat kitorang nih patung Gundam korang ke? Ingat kitorang nih kereta control korang ke? Dah habis main, tinggal gitu je. Alahai…boys.

Again. Boys are good in friendship but not in relationship. Yes, dorang memang boleh jadi kawan untuk lepak-lepak bincang isu semasa. Yes, dorang memang good in making jokes. Yes, dorang memang akan tolong kalau aku susah. Yes, they can make good friends. Indeed! Tapi untuk ada special term dengan dorang, aku tak yakin.

Dan untuk soalan-soalan yang tanya pasal my ‘special-relationship’ life, ini jawapan aku: BOYS’re SUCKS!

Tunggulah, bila BOYS dah fully transform into Men. Tunggulah, bila ada lelaki yang mampu betulkan perception aku pasal kaum dorang. Tunggulah, bila pintu hati aku dah buka. Tunggulah, bila seru dah sampai. Time tuh baru aku akan fikir pasal relationship-thingy. Tunggulah…

Girls Rule #1: Boys Are Sucks!!

#Yes, this is an emo-entry!

#Call me emo, pessimist, skeptical, negative or whatever. But hey…do I care??!

No comments:

Post a Comment