Saturday, July 13, 2013

SISPA UTHM #1: Disinilah tempatku bermula...

Assalamualaikum wbt...
wallahhhh..sindrom cuti memang HEAVEN! Makan-tido-goyang kaki-update belog = HEAVEN!! hip hip huureyyyhhh...dah 10 tahun rasanya tak menikmati cuti sePRODUKTIF ini... Everybody, let's raise your hand and say banzaiii...banzaiiii..banzaiii..ale-ale *takmemasal*

Oh! Mukadimah berjela mak nenek nih. Cuba lurus ke jalan yang benar sikit...

Baiklah...lets get to the point bebeh! Tadi terbaca blog adik junior SISPA pasal SISPA. Tak boleh jadik nih...sebelum wayar-wayar kat otak yang dah cukup berselirat nih fail untuk dileraikan atau terputus wayarnya. Atau sebelum data-data dalam otak nih di defrag balik. Atau sebelum data tersebut dijangkiti virus. Atau sebelum ianya terdelete tanpa disengaja. Atau sebelum hackers durjana memusnahkan segalanya (sebenarnya nak cakap sementara masih ingat & masih xlupa kan...aiyokkk make it simple please, Che'Suu), makanya marilah kita bersama-sama menghayati momen-momen terindah sepanjang bergelar kadet SISPA. Mereka yang bakal tauliah patut buat versi Hari-Ini-Dalam-Sejarah macam nih..barulah boleh tambah sebak-sebak drama air mata..sheeshhh :')

Marilah kita berfeeling diva sat no... :D



Q: Boleh ceritakan bagaimana Cik Adik cikebum-cikebum berjaya menceburkan diri dalam dunia penSISPAan ini?

A: Kisahnya bermula macam nih... Kisah seorang anak diberi ubat cabut larikk, ubat batuk cap ibu dan ibu beri.. Anak minum ubat batuk yang diberi...

*maaf, iklan tak berbayar*

Jujurnya, sejujur-jujurnya aku memang tak minat langsung nak masuk unit beruniform kat U ni. Well, faktor utama manusia sejagat tak mau masuk unit beruniform ni ofcoz lah pasal kawad kan. Cesss..semua sepakat-membawa-berkat nak ternak lemak letteuw...Ke takut hitam? Hahha... Same goes to me actually. Memanglah time kat sekolah dulu masuk-kawad-pecah-lemak-hitam-legam segala, tak kisah. Time kat U nih virus M lain macam kencang dia. So, guess what. Time tuh tahun 2 sem 1 kalau tak salah. So, kitorang kena daftar untuk subjek kokurikulum 2. Disebabkan time koku1 dulu aku masuk teater, so untuk koku2 nih aku daftar SENI TARI & KREATIF. Motip?? hehhe. Sebab teater dengan seni tari still bawah satu unit, so kalau ada program selalu dorang combine dua nih. Peraturan uni buat, kalau koku1 dah masuk teater, koku2 kena masuk yang lain pulak. Motip kedua, sebab aku dah kamceng dengan lecturer seni tari sebab kitorang penah handle satu program sama-sama. So, probability untuk A tuh cerah insyaAllah, menurut beliau lah..haaa nampak tak permainannya.

Tapi, tak tahu apa ke malang nasibku. Tulah, awal-awal dah pasang niat nak bodek bagai kan... Tuh yang Allah marah tuh. So, bila naik sem, kami yang masih naif dengan dunia U nih dikejutkan dengan berita: KOKURIKULUM YANG TIDAK BERKAITAN DENGAN KESUKARELAWANAN DIMANSUHKAN. OK, ini bukan sesuatu jenis yang kelakar. Dan kenapalah seni tari tak masuk dalam kesukarelawanan kan. Tapi bila aku fikir balik sekarang, boleh jek, kalau nak jadi kan seni tari tuh aktiviti sukarela, buat show kat rumah orang tua ke, tak ke sukarela...hahha. Kenapalah dulu aku tak sebijak sekarang, kalau tak dah boleh lepas satu petisyen.ekekeke *bajet sekarang nih bijak, pandai, cerdik, cergas, pintar, rajin lahhh*

Nak dijadikan cerita (merepek panjang-panjang kang, tak jadik cerita pulak), hari tuh adalah hari terakhir daftar koku. Makanya dengan muka blur tak boleh simpan, aku, Zee dengan Angel menapak ke Unit Kokurikulum. Pung pang pung pang Encik yang jaga kaunter tuh cakap "Tinggal Relasis jek yang kosong dik". Aku pandang Zee, Zee pandang Angel, Angel pandang aku. What??! No way! Dalam kepala dah terbayang: kat sebalah kanan ada cloud dengan gambar orang kawad, kat sebelah kiri lak ada cloud dengan Pak Cik Rela tengah jaga time orang kahwin. No..no..no..nooooooooooo.......nggak mau dong...

*lebih kurang macam nih lah keadaan time tuh...sila ignore kehuduhuan karya budak tadika nih, yang penting mesej sampai...kan kannn*


Time tuh masing-masing dah nekad, "kita drop koku2". At the same time, Raja ngan Ja'a pun sampai kat unit koku. Aku cakap kat dorang pasal benda tuh dan masing-masing pun pening.

Tak ingat macam mana, yang penting kitorang call Alya and the geng sebab time tuh tahu dorang tak daftar koku lagi. Bila tanya dorang, dorang cakap dorang daftar SISPA. Dorang lah yang cakap, SISPA lagi best dari Relasis. So, kami insan-bingung-campur-pening nih tanya lagi sekali kat kaunter, tak salah yang jaga kaunter time tuh orang lain. Tanya SISPA ada kosong tak. Alhamdulillah, ada kosong. See, saja jek Encik memula tuh cakap tinggal Relasis jek (sebab Relasis tak ramai yang masuk time tu). Dengan separa relanya, kami berlima sepakat daftar SISPA...

Dan bermulalah detik Aku, Dia dan SISPA...sambung nanti deh.. :)

# SISPA = Siswa Siswi Pertahanan Awam. Time aku masuk Sispa nih, batch aku adalah batch 1st SiSPA UTHM. Agak terharu..sobs..sebelum tuh SISPA kat U aku dorang panggil JPA3 ke apetah. SiSPA nih kira baru lagi ditubuhkan lah...
# Lain orang, lain pengalaman, lain rasa. Ini catatan dari mata aku, rasa aku. Aku tahu aku ada short-term memory yang agak dahsyat kadang-kadang. Makanya b4 nikmat tuh kena tarik sikit-sikit better aku throw everything into words kan. Moga 70 tahun akan datang, kalau aku baca karya kanak-kanak nih, aku boleh ingat mereka...

No comments:

Post a Comment