Thursday, January 9, 2014

CRUSH, CRUSHES, CRASH!


Amaran!!
Entri kali nih menggunakan gambar cilok dari pelbagai sumber sebab pemilik blog ini mempunyai tangan kayu. Beliau tidak dianugerahi bakat melukis luar alam yang mampu melukis gambaran-gambaran idaman hati beliau dengan sempurna. Senang cerita, korang takkan dapat menghayati keindahan crush-crush nih kalau yang namanya Suraya yang lukis...zzzz

Well, lately saya ada satu penyakit, nampak semua benda nak minat. Nak suka. Nak crush bagai...pening arrr..hahahahaaaa. Biasalah, kan ke lumrah manusia tuh sukakan keindahan... Subhanallah...So, chachangggggg...meet my crushes..(tamak wooo)


1. Peugeot 208 GTi or Audi RS5 or Mini Cooper Convertible??




Nampak..NAMPAK...betapa besarnya selera. Tak padan dengan badan kecik. Kecik ke?? hahha..Kan tadi dah cakap. Lumrah manusia memang laju jek nak like like yang cantik cantik nih. Ouh dear my crushes...please choose me. Pretty pleaseeeeeeeeeeeeeee!! Either one pun jadik lah...!

2. Studio Apartment
Waaaa... ini memang crush yang boleh sampai tahap broken heart kalau lamaran ditolak. Cewahhhh...Rasanya rumah jenis macam ni memang idaman orang-orang muda sekarang. Sebab dia nampak simple tapi nice kan! Cute pun hadooo...


 Lepastuh boleh pulak tercrush dengan bilik ala-ala dalam cerita To The Beautiful You. Dalam satu bilik ada dua tingkat, tingkat atas untuk berlayar di Dreamland and kat bawah untuk ruang kerja. Ouh serius jatuh hati wooo...

Lepas tuh ade pulak tempat nonton sinetron seselesa nih. Memang berlingkar lah kat atas kusyen empuk tuh sepanjang hari...meltinggggggg.



3. Boarding house
Hamboiii..tak puas ke dolu-dolu duduk asrama Suraya? Sampai nak crush dekat Inche Boarding House pula? Aisehmen...taklah sebegitu ceritanyerr pun. Sebenarnya ter'crush' pula dengan boarding house macam gambar kat bawah nih. Insyaallah kalau dah kayooo nanti, ada tanah kosong, macam best jek kalau boleh buat satu boarding house konsep sama macam gambar nih untuk kana-kanak yang memerlukan. Semoga impian yang satu nih tercapai satu hari nanti. Insyaallah..Amin..*sambil nyanyi lagi Kalau Aku Kaya*


4. Kuda vs Horse-riding
Ok....sebab I lahir tahun kuda, so bila nampak kuda nih terasa macam cantik menarik tertarik jek dengan kehenseman kuda nih. Serius, kuda memang nampak hensem dan gentleman! Op..op..op..oppa gangnam style...Ouh, bila lah boleh bermanja-manja sama kamu, kuda. Dah kerja nanti (read as dah kayo nanti) kena gak join horse-riding club!


5. Archery
Sebab diri sendiri comel tak segagah mana, so bila nampak orang pegang busur dengan gaya-gaya nak memanah, dengan mata kenyit sebelah cari aim hati objek mana perlu dipanah, nampak memang dah habis cool lah. Tapi kalau pemanah tuh girl lah...kalau boy tak berani nak tengok lebih-lebih. Kang kena sumpahan mata tak boleh katup nanti, dah hilang nikmat tidur tutup mata...hahha. Serious dah crush gila dengan panah-memanah nih. Selalu jadi cupid jek tolong panahkan hati orang untuk orang lain (tettttt). Waa...nak masuk kelab memanah gak!




6. Gitar vs Piano
I do think, I need these babies with me. For me, to have these items in your collections make you looks pretty cool..huh? Dolo-dolo hampir-hampir nak beli gitar guna duit gaji part time. Kaler putih lagi. Tapi nak buat macam mana, sebabkan ayah sendiri guitarist, dah kena lecture free (sebab kat rumah memang dah ada gitar, tapi saja nak beli lain sebab bila ada gitar sendiri feel dia lain kan...?).Dan akhirnya, niat belajar gitar tinggal separuh jalan. Sakit woo tekan tali gitar tuh kuat-kuat. Sebab ayah cakap, tali gitar kena tekan kuat-kuat baru datang tune yang betul bla bla bla. Then for the next 1 week, jari kebas gara-gara tekan tali gitar dengan jiwa raga berkobar. Duhhh

OK, yang piano nih pulak memang sejak dari sekolah menengah dah aim. Melting woo tengok, lagi-lagi yang kaler putih nih. Memang serius smart! Nih semua gara-gara tengok majalah Home Deco (dulu cecita nak jadi ID. So setiap kali balik dari asrama mesti beli majalah nih). Sebabkan majalah tuh gak dah berangan dengan Ina (classmate dulu) nak buat satu restoran konsep sama macam piano nih. Siap dah design dah...tapi ntah mana ntah design tuh. Kena carik balik nih, mana tahu boleh guna lepas nih. 



7. Family Photo
Tengok fanpage kat facebook. Ada satu group nih suka share benda-benda yang kreatif. Selalulah juga follow group tuh. Then, one day ternampak gambar nih. Sekali pandang terus jatuh cinta dua tiga kali. Ouh superb! Smart! Cool! Awesomeeee!

 

8. Choi Si Won
Ok, kali nih bukan lagi kategori kebendaan. Kali nih memang crush tahap buku lali dekat insan yang bertuah nih (bertuah ke?). Look at his smirk! Ouh melting separuh....! Tak boleh melting banyak sangat...kena control ayu sikit. Fuhhh. Oppa! I Lung You!!! (yeyyekkk arr minah nih!)


Demikian sahaja lah yang dapat dipersembahkanyai punnn... Tapi apa yang crash pulak? Gila kau tak crash! Tengok sikit segala benda yang minah nih crush. Taste boleh tahan high demanding lah juga. Memang kalau tak duit crash lunyai dibuat membeli belah, alamtanya kepala lah yang crash nak bayar hutang. So Suraya, keep calm and pray for your best. Doa. Usaha.Ikhithar.Tawakal. In shaa Allah. (monolog dalaman tahap psiko)

p/s::yang kat bawah nih gambar crush kita. Ehhh..tapi bukan kita yang crush dia, dia yang crush kita. Awak...cukuplah, berapa kali nak cakap yang saya memang tak boleh terima cinta awak...pergi main jauh-jauh sana...derrrrrrr







No comments:

Post a Comment