Hari ini dalam sejarah...my life is at stake. Alhamdulillah Allah, U save me. Thanks kepada si tedung hitam yang membuatkan jantung ku melambung-lambung...Frankly, saya sangat geli sama ular. Teksturnya serius buat bulu roma berdiri. Pernah dulu kat ofis SISPA ada satu ular sawa yang berjaya ditangkap dan seterusnya dibela dan seterusnya diberi nama MAISARAH dan seterusnya dibuat main, especially untuk simulasi. And I'm one of the geli-ular-kiddo yang hanya jadi penonton bila mereka-mereka yang lain bersuka ria dengan ular...And today is the day for IncheUhlala officialy make his first visit to my home!!
Apa yang aku suka kat SAKTI?
SEMUA! Aku suka semua penghuninya yang dah berjaya buat aku jatuh cinta kat
SAKTI. Aku suka Malam Penutupan Minggu MTK, Minggu Bahasa, Minggu CnC, Sambutan
Malam Merdeka, dan semualah. Aku ingat lagi, apa yang mebuatkan aku ubah
fikiran untuk terus stay kat SAKTI. Kalau tak salah, Malam Penutupan Minggu
Bahasa. Aku suka suasana time tu. Sama seperti suasana waktu aku mula-mula
melangkah di bumi SAKTI. Meriah .Ceria. Susah nak describe suasana tu, senang
cerita suasana macam satu family. ONE BIG FAMILY. Suasana itulah yang buat aku
rasa macam dekat dengan rumah. Dan buat aku fikir, aku patut beri peluang untuk
diri sendiri, untuk terus berada di SAKTI. Aku suka kawan-kawan-senior-junior
kat situ. Aku suka prep kat dewan makan. Aku suka waktu jemaah maghrib kat
surau. Aku suka waktu usrah dan baca Al-murk kat dorm. Aku suka makan
ramai-ramai, even kena beratur panjang sangat. Aku suka waktu prepare nak
inspection. Aku suka waktu riadah, even aku hanya duduk tepi longkang bergosip
^_^. Aku suka waktu request-request itu-ini. Aku suka waktu tukar-tukat kad
raya. Bagi kad kat Biro perhubungan konon-konon macam pos lah, padahal nak bagi
member kelas sebelah jek pun. Aku suka waktu fly xkantoi. Aku suka waktu
ponteng prep senyap-senyap tengok TV. (Cikgu Shuhaimi cakap, jadi student
jangan skema. Hilang nikmat student tu. Aku Cuma ikut tunjuk ajar sifu je). Aku
suka aktiviti-aktiviti time minggu-minggu aktiviti. Aku suka time pillow talk
dengan bedmate. Aku suka rebut-rebut shower. Aku suka, asal nak buat apa-apa
yang perlukan giliran, kena cop turn. “Lepas ni ada orang tak. Nak after”. Ayat
femes ni kat sekolah asrama. Aku suka semuanya…semuanya. Tapi paling aku tak
suka, waktu ujian, exam, stay up dan gotong-royong. Ujian ngan exam tu memang
My-Number-1-Enemy dulu, kini, selamanya. Gotong-royong pula, boleh kira pakai
jari berapa kali je aku turun. Merepeklah seminggu sekali kena bersihkan
bilik-bilik khas kat asrama tu, bukan kotor pun. (Nampak tak ayat budak malas).
Stay up; memang tak lah. Tidur itu satu nikmat, janganlah dibazirkan *wink*.
Jangan pisahkan, aku dan tidur….
Sungguh SAKTI banyak mengajar aku
subjek yang aku tak kan dapat dari buku teks. (Yang dorang dok usung time nak
exam. Bosan!). Aku belajar erti kehidupan. Aku belajar tentang persahabatan
yang aku rasa macam satu keluarga. Aku belajar settle problem tanpa ibu-ayah.
Aku belajar buat decision sendiri. Aku belajar berdikari. Aku belajar kawad!
Banyak ilmu agama yang before ni aku tak pernah tahu, aku belajar kat sini.
Kalau aku xmasuk sini, mesti aku akan terpinga bila orang cakap solat subuh ada
yang tiga rakaat. Haa…sekali dengar nampak kan macam ajaran sesat. Masa
mula-mula dulu aku ingatkan imam terlupa nak ruku’ or memang dia terlupa sampai
tambah satu rakaat lagi. Tapi bila dah tiap hari Jumaat, subuh jadi tiga
rakaat, x ke pelik? Itu yang aku fikir time tu. Rupanya, kalau solat subuh hari Jumaat, disunatkan membaca surah As-sajadah. Kan dalam surah tu ada part yang
kena buat sujud sajadah kan. Itulah sujud yang imam tu buat rupanya. Sumpah
kalau bukan di SAKTI, tak tahu bila lagi aku akan belajar tentang ini.
Banyak…banyak lagi. I’m sure there are more to be listed. A loooooooong list. And
it wouldn’t be enough for me to write everything in a day. And I’ve short term
memory sometimes. And I’m bad in listing too. And GUA MALAS! ^_^
In a simple word:
# When I think of SAKTI, I think
of FAMILY.
# When I mention SAKTI, I mean
everyone and everything within it.
# When I miss SAKTI, I miss the
moments when I was there.
SAKTI, now U know why I really LOVE U isn't it? And now, I'm not over there, but my heart still belong to U SAKTI! Thanks, and will always love U... ♥
It's Rant-Yourself Time bebeh! Ain't no crime haa? *dush*
Kadangkala, diam memang tidak dapat menyelesaikan masalah. Tapi cukup untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan
It happen to me. RIGHT NOW. Naa..it always happen and ain't affected. Well they say that "Awak gagah-perkasa-kuat macam badang (OK glucose was added here bagi nampak gempak..ouchh). Sebab bila kena marah boleh buat muka dunno, bila kena pangkah boleh tersengih, tengok cerita sedih tak nangis. You know what, it's not "gagah-perkasa-kuat macam badang". Itu semua dusta, and I believe, I'm not alone here. Ramai lagi yang macam ni. Tak kan semua benda yang kita rasa kena tunjuk, kena spill out kan? Cukuplah sendiri tahu, pemilik abadi tahu.
And bila someone attack you bertubi-tubi like kena berdas-das dari M16 apa rasa? I've stand up, spill out my point, just to back up myself. And after what I've done, and they still can't accept it, what choice do I have? Ya, diam. Diam lebih baik dari berkata-kata. Indeed. Tapi, in my case, I've stood up dengan harapan tiada salah faham or at least "minimum side-effect". Macam makan ubat lah ada side-effect bagai. Tapi kalau apa yang kita sampaikan memang tidak dapat diterima oleh pihak yang satu lagi, or our apologize can't be accepted, rather that kita terus-menerus backing up ourselves lebih baik diam. Diam bukan mengalah. Dan mengalah juga bukan kalah. It just you don't want the situation turns from bad to worst. It just, I valued that FRIENDSHIP.
# Sue me for being gagah-perkasa-kuat macam badang... After all, setiap manusia dikurniakan Allah rasa. Maybe, the way kita ekspresikan tu lain-lain.
Lately, ramai yang dok pumpang update pasal fenomena LISTEN LISTEN LISTEN... Apakah fenomena LISTEN LISTEN LISTEN ni? Seriously, fenomena ni telah berjaya menarik banyak perhatian terutamanya dari golongan cerdik pandai (mahasiswa). Sampaikan Mat Luthfi pun siap buat parodi lagi pasal fenomena ni...
Basically, video ini mengenai seorang mahasiswa yang bangun untuk bertanyakan beberapa soalan antaranya mengenai isu Perhimpunan BERSIH serta pendidikan percuma. Kemudian, moderator program tersebut (Forum Suara Mahasiswa) cuba menghentikan perbuatan pelajar tersebut dan kemudiannya menarik mic dari pelajar tersebut setelah pelajar tersebut gagal dihentikan dari meneruskan hujah-hujahnya.
Lepas tengok dua-dua video ni (Video Forum Suara Mahasiswa & Mat Luthfi), ibu tanya: "Uda rasa siapa yang salah? (Miss Bawani or Mdm Sharifah)". Simple. Dua-dua pun salah. Eh, bukan sebab atas pagar ke tiada pendirian ke, tapi kalau kita teliti dan kaji video tersebut dengan berlapang dada, insyaAllah kita akan dibukakan mata hati untuk melihat yang DUA-DUA PUN SALAH.
Pertamanya, Miss Bawani perlu dipuji kerana keberaniannya yang tampil ke hadapan untuk membincangkan isu yang boleh dianggap agak sensitif akhir-akhir ini. Bukan sebab isu tu menyentuh sensitiviti kaum atau apa, tapi kalau kurang berhati-hati, maka boleh menimbulkan salah faham dan pertelingkahan dikemudiannya, seperti apa yang telah berlaku sekarang. Miss Bawani bijak menggunakan peluang yang ada, since itu adalah Forum Suara Mahasiswa, tempat yang sangat strategik untuk membincangkan isu sebegini. Silapnya Miss Bawani bila intonasi yang digunakan itu kurang sesuai untuk soalan yang akan beliau tanyakan. Dan intonasi sebegitu, diadunkan pula bersama-sama dengan soalan yang agak sensitif ditambah sedikit dengan emosi pihak yang ditanyakan, makanya bunyi seolah-olah mencabar walaupun niat asalnya bukanlah sebegitu... OK imagine kalau kawan korang nak tanya soalan katalah soalan Math. Member tengah kusut ni tak dapat jawab soalan, datang kat korang marah-marah minta korang tolong settle kan soalan tu. Apa korang rasa? Panas lah juga kan tapi since member punya pasal, chill je sebab tak nak gaduh. Tapi cuba kalau korang lecturer, datang student nak tanya soalan tapi student tuh jenis tak beradab, siap tanya dengan nada ala-ala nak melenting je. Apa rasa? Chill juga ke? Mestilah tak kan, sebab beza umur antara student dengan lecturer membuatkan student tersebut WAJIB menunjukkan rasa hormat pada lecturer walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Sama lah juga dengan apa yang telah Miss Bawani lakukan. First time tengok video ni, first thing that came across my mind is "Kenapa perlu jerit-jerit". And She should've stop when she've been asked to do so. Yes, because of RESPECT.
Keduanya, Mdm Sharifah. Babak-babak awal Mdm Sharifah confront dengan Miss Bawani tu memang perlu dipuji. She NICELY asked Miss Bawani to stop. Perlu faham, isu yang diketengahkan ini cukup-cukup sensitif, tidak semua yang bersetuju dengan hujah Miss Bawani, tambahan dengan nada yang Miss Bawani gunakan cukup kurang sesuai.Jika Puan Sharifah tidak menghentikan Miss Bawani dari meneruskan hujah beliau, mungkin pertelingkahan lain pula bakal berlaku. Who knows kan... Semua tu bukan dibawah kawalan kita. And she'd shown Miss Bawani some respect at first. Itu juga perlu dipuji. Not until bila beliau start merendahkan-rendahkan Miss Bawani dengan mengatakan Miss Bawani memiliki "less education" berbanding student-student yang lain. Itu memang lebih. Sebagai seorang yang memiliki pelajaran yang tinggi, orang kata golongan cerdik pandai lah ni, Mdm Sharifah sepatutnya menunjukkan budi bahasa yang tinggi, bukan dengan merendah-rendahkan orang lain. And I think this is where people start to feel absurd over this Mdm Sharifah. If I'm Miss Bawani confirm laa tu gak dah angkat kaki, tak pun menangis. Malu woo...malu. That's humiliation and Mdm Sharifah didn't respect Miss Bawani at last. She didn't showed the true professionalism all about. Mana letaknya nilai integriti sebagai seorang yang lebih dewasa, lebih berpelajaran dan lebih pengalaman? Masuk pula bab-bab haiwan segala tuh still boleh tolerate lah. Sebab niat asalnya baik, nak cakap yang manusia ni sebenarnya perlu bersyukur. Think positive sudah toksah nak besarkan benda kecil.
Lupakan seketika isu Mdm Sharifah-Miss Bawani. Kalau kita buka mata denga seluas-luasnya, kita dapat lihat, isu integriti & profesionalisme ni bukan benda yang baru. Bukan hanya berlaku pada Mdm Sharifah&Miss Bawani sahaja. Isu ini berlaku di mana-mana sahaja, dari sekecil-kecil institusi sehingga sebesar-besar organisasi, luar negar ke dalam negara ke... Senang cerita, isu ni bersepah-sepah kat mana-mana pun jadi benda macam ni. Cuma yang membezakan mungkin situasi nya sahaja. Sebagai contoh, cuba baca komen-komen untuk video ini. Bahasa-bahasa yang digunakan cukup indah. Itu yang seharusnya menjadi tanda tanya. Jadi, wajarkah kita terus memperbesar-besarkan isu ini, terus-menerus menyalahkan Mdm Sharifah sahaja kemudian membangkitkan isu integriti dan profesionalisme Mdm Sharifah, sedangkan kita sendiri gagal mengawal emosi ketika menaip komen-komen tersebut? Mana pula letaknya nilai integriti kita sendiri? Jangan nanti, kuman yang dok nun sebrang laut kita kepohkan, tapi gajah yang depan mata, sikit lagi nak pijak kita, kita buat dek jek...