Thursday, May 9, 2013

Aku Rimas!! # Tribute to PRU13


Aku rimas..
Kala ini aku benar-benar rimas
Rimas dengan setiap hujah manusia
Yang mengaku diri bijak
Lebih bijak dari orang lain
Berbalah, bertelingkah menjadi menu santapan utama
Diskusi pula hampir tiada
Masing-masing petah menyusun buah bicara
Menegakkan fahaman dan ideologi tersendiri
Dengan bunga bahasa yang cukup INDAH halwa mata
Tapi mengapa?
Begitu mudah mereka menghukum
Yang berlainan fahaman dikatakan bodoh, tolol
Berbeza ideologi dikatanya kolot
Bertingkah pendapat apatah lagi
Hukum apakah ini?

Aku rimas
Kala ini aku benar-benar rimas
Setiap mereka ada hujah
Dan tanpa henti mereka berhujah
Mereka kata hujah mereka lebih bernas
Lebih up-to-date dari yang satu lagi
Dan mereka tidak kenal erti putus asa
Menunjuk gagah kepada lawan durjana
Satu persatu langkah dibuka
Satu persatu senjata diacu
Tanpa mereka sedar
Musuh yang lain tersenyum
Terloncat gembira
“Mudahlah kerja kita” kata mereka

Aku rimas
Kala ini aku benar-benar rimas
Rimas dengan sang fitnah yang makin bermaharajalela
Begitu mudah merajai, menghasut kotak fikiran manusia
Apa mereka tidak terfikir?
Setiap kata itu dihitung
Apatah lagi yang namanya fitnah
Apa mereka tidak mampu berfikir?
Siapa sahaja mampu ‘melahirkan’ sang fitnah itu
Apatah lagi mencanangnya ke serata dunia
Apakah mereka malas berfikir?
Atau sengaja membiarkan akal berhenti untuk berfikir?

Aku rimas
Kala ini aku benar-benar rimas
Rimas dengan pertelingkahan yang tiada hentinya
Dan aku bertambah bingung
Datangnya orang ketiga bukan sebagai pemudah bicara
Bukan juga sebagai air yang memadamkan apinya
Malah yang ketiga, keempat mahupun kelima
Bangga menjadi Si Minyak
Memarakkan lagi api kebencian
Dalam gelanggang perdebatan yang aku kira pertelingkahan
Dan akalku mula mencerna
Inikah yang dikatakan PEMIMPIN MASA HADAPAN?

Aku rimas
Kala ini aku benar-benar rimas
Rimas dengan dia, mereka dan semua
Yang hanya tahu menunding jari
Menghunus Si Telunjuk lurus kearah lawan
Apa mereka tidak sedar?
Yang empat lagi kearah mana?

Tapi
Aku tahu tiada yang akan ambil peduli
Jika aku menjerit, melolong hatta melalak sekalipun
Menjerit AKU RIMAS!
Melolong AKU RIMAS!!
Melalak AKU RIMAS!!!
Aku tahu tiada siapa yang peduli
Selagi akal dikawal nafsu
Selagi amarah tidak dilampias secukupnya
Selagi itu, RIMAS tidak akan berhenti
Dan aku sedar
MEREKA HANYA PERCAYA APA YANG MEREKA MAHU PERCAYA

Dan
Aku rimas
Benar, aku benar-benar rimas
Ayuh bangsaku!
Kita bersatu
Di bawah panji satu Malaysia
Buangkan segala kebencian
Tanamkan rasa sayang
Malaysia harmoni itu idaman hati

#"Bangsaku" in terms of bangsa Malaysia (Melayu, Cina, India, Bumiputra).
#I'm not racism and this is non-partisan entry.
#And I really really mean no harm. 
# Towards the PEACE of MALAYSIA!

Bila hati dah tak suka... apa pun yang dia buat kita tetap tak suka...

Penyakit hati mungkin...
Assalamualaikum wbt. Kehadapan, kebelakang, kekiri dan kekanan wahai MissHatiKu yang sangat digeruni...dengarlah ini...

Kadang-kadang, bila kita dah start tak suka dengan somebody, segala benda yang orang tuh buat, even benda tu benda yang baik, kita tetap pangkah (tak suka) dengan dia. Kadang-kadang, niat orang tuh nak tolong kita, tapi sebab kan hati kita nih dah cakap tak suka, kita nampak sebaliknya pula. Bila benda ni jadi depan mata sendiri, aku tak tahulah nak kesian kat mana. Sebab, rasanya dua-dua perlu dikesiankan. Yang sorang tuh dah sah-sah kesianlah. Apa tak ke sedih bila kita try nak approach orang dengan cara kita buat baik dengan orang, tapi niat kita tuh disalah erti? Kalau aku, aku sedih + kecewa lagi. Yang sorang lagi tu tak berapa nak sah lah kesiannya, tapi tetap kesian. Kesian sebab dia lupa nak gunakan nikmat mata hati untuk melihat kebaikan orang lain.

Betul cakap orang tua-tua, jangan terlalu benci seseorang. Sebenarnya, bukan sebab kalau terlalu benci nanti akan jadi suka. Kalau tu, Alhamdulillah lah, dapat makan nasi minyak free *wink*. Tapi sebenarnya, kalau kita terlalu membenci @ pangkah seseorang, dikhuatiri mata hati kita nih akan jadi buta untuk melihat kebaikan orang tersebut. Kan ke tiada seorang manusia pun yang lahir atas muka bumi ni confirm-confirm akan jadi jahat? Erk? Senang cerita, think positive. Agak-agak ada manusia yang jenis ala-ala poyo muncul depan mata, makanya think positive. Mungkin niat manusia berkenaan baik sebenarnya, cuma cara manusia tersebut menterjemahkan niatnya ke dalam bentuk perbuatan agak tidak kena dengan situasi.

Dan entri ini ditulis khas untuk meluahkan rasa bersalah yang agak mendalam kepada seorang hamba Allah kerana bila situasi ini berlaku, aku hanya mampu memberi pandangan sepi tidak mampu untuk “hulurkan tangan ringankan beban” kepada beliau. So, nampaknya misi untuk bergelar MISS WORLD PEACE terkubur sampai disini sahajalah.

Sekian.

Regards,
Si Pengecut.. 

#This is non-emo entry. And I mean no harm.
#Takde mukadimah tuptup terjah ke isi penting buat Cikgu yang ajar BM dulu geleng kepala kalau dia tahu...

Tuesday, April 30, 2013

Pii.Ashhh.Emmm. Feel like hitting the bottom!


Sebelum ni dah janji tak nak..TAK NAK!! Tak nak ngeluh pasal PSM. Well, thing doesn’t always be like what you’ve planned right? And I’ve to agree that this PSM doesn’t go smoothly like what I want. I simply want to give up. Lucky me. People around me always giving out their hands when I’m about to drown. Their continuous supports and helps have cherished my gloomy days. TERIMA KASIH SEMUA!! Seriously, tanpa kamu semua, I’m nothing. How grateful I am to have these people around me:
  1. 1.  AyahIbu – They are my backbone. Carilah mana-mana parents yang sekali turun padang tolong anak buat PSM. THEY DID!! Awal-awal sem dulu, time belum bawa kereta susah nak keluar cari barang-barang projek, merekalah yang tolong carikan tempurung kelapa, hampas tebu, siap tolong keringkan lagi. Not to mention duit yang mereka spent untuk pastikan kereta yang bakal dibawa ke U nanti selamat. Seriously, rasa macam nak nangis bila balik hujung minggu diorang akan sama-sama buat PSM dengan aku, without I asked. Ayah, Ibu, I REALLY DO LOVE YOU BOTH!!
  2. 2.  My ABANGS and ADIK – Thanks for your understanding. Especially Abang Mirul. Sori terpaksa ‘curik’ kereta bawa balik U. PSM really s*** without car (saya ada lesen kereta saja J). Nak harapkan Mr.Pepel (my bicycle) ulang-alik lab, tak Mr.Pepel yang makin keding, then I yang tinggal tulang nanti. May Allah SWT grant you, you and you a much more better tomorrow, tomorrow, tomorrowwwwww….Aminn
  3. 3.   IncheSV – Even, tajuk yang saya buat lari dari bidang encik, and even kadang-kadang apa yang saya Tanya, encik tak dapat nak bagi jawapan since it’s not your specialty, tapi believe me, you’ve gave me all your support, Encik. And I’m grateful for that. At least, encik tak biarkan saya terkontang-kanting tanpa arah. U lead me, to whom should I refer when I’ve difficulty. Well I think, that’s more than enough. So, bila encik cakap “kesian awak Suraya, dapat SV mcm saya, xdpt nak tolong awak” well encik, you really banyak dah tolong saya.. Still remember one of your saying time saya down sangat tak dapat nak buat projek “ Jangan risau Suraya. Saya percaya awak boleh buat. Benda yang baik memang banyak dugaannya, tapi insyaAllah akan ramai yang membantu”. I think this quotes is one of my REDBULL. You know what I mean.
  4. 4.   Dr.Rafidah (DR) – She’s not my 2nd SV but still, she gave me all she had while helping me doing my project. Dr., you know what? I’m grateful to have you along my PSM’s road. Phewwww.. She’s one of people that’ve been recommended by my SV. And I can say she’s somehow my saviour. Bila dah buntu sangat, datang jumpa dia and she absolutely will give me an answer. Pernah sekali rasa nak nangis bila pergi lab nak pinjam barang and the technician tak bagi, for some reason. And that barang is the most important thing untuk my project, takde barang tu my project memang takkan berjalan hatta 1 sentimeter pun. When I called my SV, he asked me to refer to DR since DR is familiar to that lab. And when I met DR, she simply said “jangan risau” then terus call one of her supplier and beli barang tu direct from her supplier. And at that time rasa macam nak peluk je DR, seriously!!
  5. 5.  Friends – All my friends especially Zee, Gee, Ila, Jumat and my roommates (Putri, Kak.Fad, Ama). Since, I’m the only one yang tak sama SV dengan Zee, Gee, Ila and Jumat, so memang nampaklah terkontang-kantingnya. And since dorang sama SV, dorang dapat tajuk yang sama, Cuma parameter lain-lain, but still they can do it together sometime. I’ve to admit yang I jealous tengok dorang boleh buat sama-sama. But I just kept it to myself. But somehow, they did offer me their help untuk testing nanti. Thanks Zee untuk offer tu. Seriously rasa terharu & syukur sangat. Allah perkenankan juga permintaan hati.. J… Roomates…thanks too for being my alarm clock, rants-partners, soothe me when I’m about to cry… Pillow talk was the best one guys!! And not to forget others who have make my day, and willing to share their opinions too.
  6. 6.  Inche/Che/Tuan/Puan Technician/Clerks/Cleaners semualah yang sudi reach my hands and give all they can to help me with my project. Thanks a bunch. Saya insan kerdil. Tak mungkin dapat saya membalasnya. May Allah bless U and grant all your wishes. I'm nothing without U guys. Thanks for helping me to be a Hero instead of Zero. Thanks Allah for allow these people to be around me when I'm in trouble, so I’m not alone to face your test. I can’t say much how I’m grateful towards all of U. But I pray that Allah will return all your good deeds…
#Sayang semua!!!! hope semuanya akan terus lancar dan lancarrrr...

Friday, February 15, 2013

It's Over!


Alhamdulillah...
Selama 3 tahun berkecimpung dalam dunia SISPA, 4 Februari 2013 - 12 Februari 2013 yang lalu telah berlangsungnya Kursus Pegawai Tidak Bertauliah dan Kursus Bakal Pegawai di Akademi Latihan Pertahanan Awam Bangi. Ini adalah kursus yang terakhir untuk batch kami. Sedih. Bila imbas kembali 3 tahun sama-sama, suka duka semua sama-sama buat hati makin sedih. Walaupun setiap tahun kawan tu tetap berganti-ganti ibarat masuk relay 4x100, tapi still member2 SISPA tetap di hati. Lain rasanya antara kawan suka, kawan duka, kawan suka dan duka serta kawan yang dah macam family. SISPA bolehlah aku kategorikan sebagai kawan yang dah macam family. Situasi yang sama juga macam time kat SAKTI dulu. Bila dah lama sama-sama, buat jahat sama-sama, buat baik sama-sama, kimia yang dah sedia ada tu susah untuk dibuang..kan? Tak tahulah mana arah tuju masing-masing lepas tauliah nanti. Memang diakui, lepas kita berpindah ke satu tempat yang baru, selalunya kita akan lupa dengan kawan yang lama. Mungkin bukan sengaja dilupakan, mungkin keadaan dan masa juga yang menjadi faktor utamanya. Tak kisah lah, yang penting kenangan tu tetap dalam ingatan sampai bila-bila. 

OK. Untuk kursus kali ni memang terasa lain. Banyak suka, tak kurang juga yang duka. Banyak yang aku belajar. Yang paling penting aku belajar erti persahabatan. Contohnya time exam kawad, aku nampak setiap dari kami, berusaha untuk membantu antara satu sama lain, tak kiralah senior mahupun junior. Aku bangga melihat itu berlaku. Takde aktiviti dengki-mendengki antara satu sama lain, takde iri hati. Kalau sorang tak dapat buat, semua rasa kecewanya. Tak macam kehidupan aku yang satu lagi, lagi suka bila tengok kawan jatuh. Sebab tu aku sayang SISPA. Semangat setiakawan tu memang akan aku ingat sampai bila-bila. Aku ingat lagi, bila Kak Long kami terpaksa pulang awal kerana masalah kesihatan, time kitorang buat bacaan yasin dan solat hajat untuk Kak Long, baik yang senior mahupun junior menangis teringatkan Kak Long. Kalaulah Kak Long tahu yang kami semua sayang Kak Long dan mahu Kak Long yang dulu. Sampai sekarang, aku masih mengharap dan menanti serta berdoa Kak Long akan kembali seperti dulu. Bila jurulatih tanya sama ada kami nak bagi lulus kat dua orang kawan kami yang terpaksa pulang awal dari kursus, macam dah berpakat pula bila kami semua serentak bersetuju untuk bagi mereka lulus. Nampak tak betapa semangat setiakawan tuh ada dalam diri kami semua. Aku cukup terharu. 

Aku suka Majlis Makan Malam, simulasi untuk apa yang kami belajar time kursus tuh. Walaupun ada lompongnya, tapi adatlah, kami bukannya pro bab mengendalikan majlis formal. Apapun itu adalah bukti semangat kerjasama yang terbentuk antara kami. Aku suka waktu riadah. Walaupun kami kaki bangku, tapi kawan-kawan yang pro bab sukan tetap memberi peluang untuk kami mencuba. Bola tampar OKU, nama game yang kami main time riadah. Permainan bola tampar yang dijalankan diatas court sepak takraw (sebab net pendek..hehehehe), tanpa undang-undang permainan yang betul, that is BOLA TAMPAR OKU... orang lain nampak macam bodoh-bodoh jek, tapi bagi kami sendiri, itu adalah satu kepuasan. Futsal OKU pun ada gak. Asal permainan tu boleh main sama-sama dengan kawan-kawan, boleh hilang tension, kami layankan... Walaupun RunningMan tak jadi datang Malaysia, kami tak kisah, sebab kami ada Running Man sendiri... Nampaknya, sebelum tauliah nanti  masing-masing kena tukar uniform barulah, sebab velcro masing-masing dah tak ngam lagi. Mana taknye, asal ada kesempatan je, abes velcro nama kena tarik ala-ala RM... Nampak macam tak matang, tapi...ada kami kisah?? HAHAHA... We'll do anything that make us happy...

Pengalaman berendam dalam tasik tuh pun insyaallah tak kan dilupakan. Serius geli bila pijak selut dalam tasik tuh. Tapi biasalah, mula-mula jek rasa geli. Dah dok lama-lama dalam tuh, siap nyanyi lagu Standing in the Eyes of the World + lagu Korporat JPAM, rasa happy plak dok dalam tuh...tettt.. Then, kawad reverse lagi. Ayat Encik Mus (JL kami), "sape pandang depan pendek umur"...hahahaha... Kawad reverse nih dah lama dah kami dengar, semua gara-gara Jiha time kursus asas dulu. Tapi tak sangka lah betul-betul ada lak bila datang ALPHA nih.. hehe...Memang legend... Banyak lagi benda yang tak dapat diluahkan dengan tulisan, tapi cukuplah untuk sesiapa yang berada ditempat kejadiah, merasai situasi tu. Even nih kursus terakhir dengan korang semua, even pasnih masing-masing dah pakai 1 paku, hopefully our friendship lasts forever. Pasti akan rindu korang!!!

#Yang penting, balik kursus jek, terus lupa pasal kisah Snake on the Legs... Alhamdulillah, Allah membantu melalui kursus ni... IT'S OVER!!!

K.A.M.I.

Thursday, January 31, 2013

Love Letter #1: Solace, Consolation, Relief


So verily, with every difficulty there's relief
Verily with every difficulty there's relief
             
Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan
Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan


                                                  || 94: 5-6 ||



Spot the Diff: Women vs Mother!


Women are WEAK

but

Mothers are STRONG

Tuesday, January 29, 2013

Bahana Snake on a Plane... Kisah Si Tedung Hitam

Uh la la...
Hari ini dalam sejarah...my life is at stake. Alhamdulillah Allah, U save me. Thanks kepada si tedung hitam yang membuatkan jantung ku melambung-lambung...Frankly, saya sangat geli sama ular. Teksturnya serius buat bulu roma berdiri. Pernah dulu kat ofis SISPA ada satu ular sawa yang berjaya ditangkap dan seterusnya dibela dan seterusnya diberi nama MAISARAH dan seterusnya dibuat main, especially untuk simulasi. And I'm one of the geli-ular-kiddo yang hanya jadi penonton bila mereka-mereka yang lain bersuka ria dengan ular...And today is the day for IncheUhlala officialy make his first visit to my home!!

Apa kaitan dengan Snake on a Plane ?