![]() |
Penyakit hati mungkin... |
Assalamualaikum wbt. Kehadapan, kebelakang, kekiri dan kekanan wahai MissHatiKu yang sangat digeruni...dengarlah ini...
Kadang-kadang, bila kita dah
start tak suka dengan somebody, segala benda yang orang tuh buat, even benda tu
benda yang baik, kita tetap pangkah (tak suka) dengan dia. Kadang-kadang, niat
orang tuh nak tolong kita, tapi sebab kan hati kita nih dah cakap tak suka,
kita nampak sebaliknya pula. Bila benda ni jadi depan mata sendiri, aku tak
tahulah nak kesian kat mana. Sebab, rasanya dua-dua perlu dikesiankan. Yang
sorang tuh dah sah-sah kesianlah. Apa tak ke sedih bila kita try nak approach
orang dengan cara kita buat baik dengan orang, tapi niat kita tuh disalah erti?
Kalau aku, aku sedih + kecewa lagi. Yang sorang lagi tu tak berapa nak sah lah
kesiannya, tapi tetap kesian. Kesian sebab dia lupa nak gunakan nikmat mata
hati untuk melihat kebaikan orang lain.
Betul cakap orang tua-tua, jangan
terlalu benci seseorang. Sebenarnya, bukan sebab kalau terlalu benci nanti akan
jadi suka. Kalau tu, Alhamdulillah lah, dapat makan nasi minyak free *wink*.
Tapi sebenarnya, kalau kita terlalu membenci @ pangkah seseorang, dikhuatiri
mata hati kita nih akan jadi buta untuk melihat kebaikan orang tersebut. Kan ke
tiada seorang manusia pun yang lahir atas muka bumi ni confirm-confirm akan
jadi jahat? Erk? Senang cerita, think positive. Agak-agak ada manusia yang
jenis ala-ala poyo muncul depan mata, makanya think positive. Mungkin niat
manusia berkenaan baik sebenarnya, cuma cara manusia tersebut menterjemahkan
niatnya ke dalam bentuk perbuatan agak tidak kena dengan situasi.
Dan entri ini ditulis khas untuk
meluahkan rasa bersalah yang agak mendalam kepada seorang hamba Allah kerana
bila situasi ini berlaku, aku hanya mampu memberi pandangan sepi tidak mampu
untuk “hulurkan tangan ringankan beban” kepada beliau. So, nampaknya misi untuk
bergelar MISS WORLD PEACE terkubur sampai disini sahajalah.
Sekian.
Regards,
Si Pengecut..
#This is non-emo entry. And I
mean no harm.
#Takde mukadimah tuptup terjah ke isi penting buat Cikgu yang ajar BM dulu geleng kepala kalau dia tahu...
No comments:
Post a Comment