Tuesday, April 30, 2013

Pii.Ashhh.Emmm. Feel like hitting the bottom!


Sebelum ni dah janji tak nak..TAK NAK!! Tak nak ngeluh pasal PSM. Well, thing doesn’t always be like what you’ve planned right? And I’ve to agree that this PSM doesn’t go smoothly like what I want. I simply want to give up. Lucky me. People around me always giving out their hands when I’m about to drown. Their continuous supports and helps have cherished my gloomy days. TERIMA KASIH SEMUA!! Seriously, tanpa kamu semua, I’m nothing. How grateful I am to have these people around me:
  1. 1.  AyahIbu – They are my backbone. Carilah mana-mana parents yang sekali turun padang tolong anak buat PSM. THEY DID!! Awal-awal sem dulu, time belum bawa kereta susah nak keluar cari barang-barang projek, merekalah yang tolong carikan tempurung kelapa, hampas tebu, siap tolong keringkan lagi. Not to mention duit yang mereka spent untuk pastikan kereta yang bakal dibawa ke U nanti selamat. Seriously, rasa macam nak nangis bila balik hujung minggu diorang akan sama-sama buat PSM dengan aku, without I asked. Ayah, Ibu, I REALLY DO LOVE YOU BOTH!!
  2. 2.  My ABANGS and ADIK – Thanks for your understanding. Especially Abang Mirul. Sori terpaksa ‘curik’ kereta bawa balik U. PSM really s*** without car (saya ada lesen kereta saja J). Nak harapkan Mr.Pepel (my bicycle) ulang-alik lab, tak Mr.Pepel yang makin keding, then I yang tinggal tulang nanti. May Allah SWT grant you, you and you a much more better tomorrow, tomorrow, tomorrowwwwww….Aminn
  3. 3.   IncheSV – Even, tajuk yang saya buat lari dari bidang encik, and even kadang-kadang apa yang saya Tanya, encik tak dapat nak bagi jawapan since it’s not your specialty, tapi believe me, you’ve gave me all your support, Encik. And I’m grateful for that. At least, encik tak biarkan saya terkontang-kanting tanpa arah. U lead me, to whom should I refer when I’ve difficulty. Well I think, that’s more than enough. So, bila encik cakap “kesian awak Suraya, dapat SV mcm saya, xdpt nak tolong awak” well encik, you really banyak dah tolong saya.. Still remember one of your saying time saya down sangat tak dapat nak buat projek “ Jangan risau Suraya. Saya percaya awak boleh buat. Benda yang baik memang banyak dugaannya, tapi insyaAllah akan ramai yang membantu”. I think this quotes is one of my REDBULL. You know what I mean.
  4. 4.   Dr.Rafidah (DR) – She’s not my 2nd SV but still, she gave me all she had while helping me doing my project. Dr., you know what? I’m grateful to have you along my PSM’s road. Phewwww.. She’s one of people that’ve been recommended by my SV. And I can say she’s somehow my saviour. Bila dah buntu sangat, datang jumpa dia and she absolutely will give me an answer. Pernah sekali rasa nak nangis bila pergi lab nak pinjam barang and the technician tak bagi, for some reason. And that barang is the most important thing untuk my project, takde barang tu my project memang takkan berjalan hatta 1 sentimeter pun. When I called my SV, he asked me to refer to DR since DR is familiar to that lab. And when I met DR, she simply said “jangan risau” then terus call one of her supplier and beli barang tu direct from her supplier. And at that time rasa macam nak peluk je DR, seriously!!
  5. 5.  Friends – All my friends especially Zee, Gee, Ila, Jumat and my roommates (Putri, Kak.Fad, Ama). Since, I’m the only one yang tak sama SV dengan Zee, Gee, Ila and Jumat, so memang nampaklah terkontang-kantingnya. And since dorang sama SV, dorang dapat tajuk yang sama, Cuma parameter lain-lain, but still they can do it together sometime. I’ve to admit yang I jealous tengok dorang boleh buat sama-sama. But I just kept it to myself. But somehow, they did offer me their help untuk testing nanti. Thanks Zee untuk offer tu. Seriously rasa terharu & syukur sangat. Allah perkenankan juga permintaan hati.. J… Roomates…thanks too for being my alarm clock, rants-partners, soothe me when I’m about to cry… Pillow talk was the best one guys!! And not to forget others who have make my day, and willing to share their opinions too.
  6. 6.  Inche/Che/Tuan/Puan Technician/Clerks/Cleaners semualah yang sudi reach my hands and give all they can to help me with my project. Thanks a bunch. Saya insan kerdil. Tak mungkin dapat saya membalasnya. May Allah bless U and grant all your wishes. I'm nothing without U guys. Thanks for helping me to be a Hero instead of Zero. Thanks Allah for allow these people to be around me when I'm in trouble, so I’m not alone to face your test. I can’t say much how I’m grateful towards all of U. But I pray that Allah will return all your good deeds…
#Sayang semua!!!! hope semuanya akan terus lancar dan lancarrrr...

Friday, February 15, 2013

It's Over!


Alhamdulillah...
Selama 3 tahun berkecimpung dalam dunia SISPA, 4 Februari 2013 - 12 Februari 2013 yang lalu telah berlangsungnya Kursus Pegawai Tidak Bertauliah dan Kursus Bakal Pegawai di Akademi Latihan Pertahanan Awam Bangi. Ini adalah kursus yang terakhir untuk batch kami. Sedih. Bila imbas kembali 3 tahun sama-sama, suka duka semua sama-sama buat hati makin sedih. Walaupun setiap tahun kawan tu tetap berganti-ganti ibarat masuk relay 4x100, tapi still member2 SISPA tetap di hati. Lain rasanya antara kawan suka, kawan duka, kawan suka dan duka serta kawan yang dah macam family. SISPA bolehlah aku kategorikan sebagai kawan yang dah macam family. Situasi yang sama juga macam time kat SAKTI dulu. Bila dah lama sama-sama, buat jahat sama-sama, buat baik sama-sama, kimia yang dah sedia ada tu susah untuk dibuang..kan? Tak tahulah mana arah tuju masing-masing lepas tauliah nanti. Memang diakui, lepas kita berpindah ke satu tempat yang baru, selalunya kita akan lupa dengan kawan yang lama. Mungkin bukan sengaja dilupakan, mungkin keadaan dan masa juga yang menjadi faktor utamanya. Tak kisah lah, yang penting kenangan tu tetap dalam ingatan sampai bila-bila. 

OK. Untuk kursus kali ni memang terasa lain. Banyak suka, tak kurang juga yang duka. Banyak yang aku belajar. Yang paling penting aku belajar erti persahabatan. Contohnya time exam kawad, aku nampak setiap dari kami, berusaha untuk membantu antara satu sama lain, tak kiralah senior mahupun junior. Aku bangga melihat itu berlaku. Takde aktiviti dengki-mendengki antara satu sama lain, takde iri hati. Kalau sorang tak dapat buat, semua rasa kecewanya. Tak macam kehidupan aku yang satu lagi, lagi suka bila tengok kawan jatuh. Sebab tu aku sayang SISPA. Semangat setiakawan tu memang akan aku ingat sampai bila-bila. Aku ingat lagi, bila Kak Long kami terpaksa pulang awal kerana masalah kesihatan, time kitorang buat bacaan yasin dan solat hajat untuk Kak Long, baik yang senior mahupun junior menangis teringatkan Kak Long. Kalaulah Kak Long tahu yang kami semua sayang Kak Long dan mahu Kak Long yang dulu. Sampai sekarang, aku masih mengharap dan menanti serta berdoa Kak Long akan kembali seperti dulu. Bila jurulatih tanya sama ada kami nak bagi lulus kat dua orang kawan kami yang terpaksa pulang awal dari kursus, macam dah berpakat pula bila kami semua serentak bersetuju untuk bagi mereka lulus. Nampak tak betapa semangat setiakawan tuh ada dalam diri kami semua. Aku cukup terharu. 

Aku suka Majlis Makan Malam, simulasi untuk apa yang kami belajar time kursus tuh. Walaupun ada lompongnya, tapi adatlah, kami bukannya pro bab mengendalikan majlis formal. Apapun itu adalah bukti semangat kerjasama yang terbentuk antara kami. Aku suka waktu riadah. Walaupun kami kaki bangku, tapi kawan-kawan yang pro bab sukan tetap memberi peluang untuk kami mencuba. Bola tampar OKU, nama game yang kami main time riadah. Permainan bola tampar yang dijalankan diatas court sepak takraw (sebab net pendek..hehehehe), tanpa undang-undang permainan yang betul, that is BOLA TAMPAR OKU... orang lain nampak macam bodoh-bodoh jek, tapi bagi kami sendiri, itu adalah satu kepuasan. Futsal OKU pun ada gak. Asal permainan tu boleh main sama-sama dengan kawan-kawan, boleh hilang tension, kami layankan... Walaupun RunningMan tak jadi datang Malaysia, kami tak kisah, sebab kami ada Running Man sendiri... Nampaknya, sebelum tauliah nanti  masing-masing kena tukar uniform barulah, sebab velcro masing-masing dah tak ngam lagi. Mana taknye, asal ada kesempatan je, abes velcro nama kena tarik ala-ala RM... Nampak macam tak matang, tapi...ada kami kisah?? HAHAHA... We'll do anything that make us happy...

Pengalaman berendam dalam tasik tuh pun insyaallah tak kan dilupakan. Serius geli bila pijak selut dalam tasik tuh. Tapi biasalah, mula-mula jek rasa geli. Dah dok lama-lama dalam tuh, siap nyanyi lagu Standing in the Eyes of the World + lagu Korporat JPAM, rasa happy plak dok dalam tuh...tettt.. Then, kawad reverse lagi. Ayat Encik Mus (JL kami), "sape pandang depan pendek umur"...hahahaha... Kawad reverse nih dah lama dah kami dengar, semua gara-gara Jiha time kursus asas dulu. Tapi tak sangka lah betul-betul ada lak bila datang ALPHA nih.. hehe...Memang legend... Banyak lagi benda yang tak dapat diluahkan dengan tulisan, tapi cukuplah untuk sesiapa yang berada ditempat kejadiah, merasai situasi tu. Even nih kursus terakhir dengan korang semua, even pasnih masing-masing dah pakai 1 paku, hopefully our friendship lasts forever. Pasti akan rindu korang!!!

#Yang penting, balik kursus jek, terus lupa pasal kisah Snake on the Legs... Alhamdulillah, Allah membantu melalui kursus ni... IT'S OVER!!!

K.A.M.I.

Thursday, January 31, 2013

Love Letter #1: Solace, Consolation, Relief


So verily, with every difficulty there's relief
Verily with every difficulty there's relief
             
Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan
Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan


                                                  || 94: 5-6 ||



Spot the Diff: Women vs Mother!


Women are WEAK

but

Mothers are STRONG

Tuesday, January 29, 2013

Bahana Snake on a Plane... Kisah Si Tedung Hitam

Uh la la...
Hari ini dalam sejarah...my life is at stake. Alhamdulillah Allah, U save me. Thanks kepada si tedung hitam yang membuatkan jantung ku melambung-lambung...Frankly, saya sangat geli sama ular. Teksturnya serius buat bulu roma berdiri. Pernah dulu kat ofis SISPA ada satu ular sawa yang berjaya ditangkap dan seterusnya dibela dan seterusnya diberi nama MAISARAH dan seterusnya dibuat main, especially untuk simulasi. And I'm one of the geli-ular-kiddo yang hanya jadi penonton bila mereka-mereka yang lain bersuka ria dengan ular...And today is the day for IncheUhlala officialy make his first visit to my home!!

Apa kaitan dengan Snake on a Plane ? 

Sunday, January 27, 2013

If you can't...then don't...


If you can't make people LAUGH, Just don't make them CRY.

If you can't make people HAPPY, Just don't make them SAD.

Thursday, January 24, 2013

SAKTI #2 : Why I Love U?


A to-be-continued version of  SAKTI #1 : 10 Tahun Yang Lalu...

Apa yang aku suka kat SAKTI? SEMUA! Aku suka semua penghuninya yang dah berjaya buat aku jatuh cinta kat SAKTI. Aku suka Malam Penutupan Minggu MTK, Minggu Bahasa, Minggu CnC, Sambutan Malam Merdeka, dan semualah. Aku ingat lagi, apa yang mebuatkan aku ubah fikiran untuk terus stay kat SAKTI. Kalau tak salah, Malam Penutupan Minggu Bahasa. Aku suka suasana time tu. Sama seperti suasana waktu aku mula-mula melangkah di bumi SAKTI. Meriah .Ceria. Susah nak describe suasana tu, senang cerita suasana macam satu family. ONE BIG FAMILY. Suasana itulah yang buat aku rasa macam dekat dengan rumah. Dan buat aku fikir, aku patut beri peluang untuk diri sendiri, untuk terus berada di SAKTI. Aku suka kawan-kawan-senior-junior kat situ. Aku suka prep kat dewan makan. Aku suka waktu jemaah maghrib kat surau. Aku suka waktu usrah dan baca Al-murk kat dorm. Aku suka makan ramai-ramai, even kena beratur panjang sangat. Aku suka waktu prepare nak inspection. Aku suka waktu riadah, even aku hanya duduk tepi longkang bergosip ^_^. Aku suka waktu request-request itu-ini. Aku suka waktu tukar-tukat kad raya. Bagi kad kat Biro perhubungan konon-konon macam pos lah, padahal nak bagi member kelas sebelah jek pun. Aku suka waktu fly xkantoi. Aku suka waktu ponteng prep senyap-senyap tengok TV. (Cikgu Shuhaimi cakap, jadi student jangan skema. Hilang nikmat student tu. Aku Cuma ikut tunjuk ajar sifu je). Aku suka aktiviti-aktiviti time minggu-minggu aktiviti. Aku suka time pillow talk dengan bedmate. Aku suka rebut-rebut shower. Aku suka, asal nak buat apa-apa yang perlukan giliran, kena cop turn. “Lepas ni ada orang tak. Nak after”. Ayat femes ni kat sekolah asrama. Aku suka semuanya…semuanya. Tapi paling aku tak suka, waktu ujian, exam, stay up dan gotong-royong. Ujian ngan exam tu memang My-Number-1-Enemy dulu, kini, selamanya. Gotong-royong pula, boleh kira pakai jari berapa kali je aku turun. Merepeklah seminggu sekali kena bersihkan bilik-bilik khas kat asrama tu, bukan kotor pun. (Nampak tak ayat budak malas). Stay up; memang tak lah. Tidur itu satu nikmat, janganlah dibazirkan *wink*. Jangan pisahkan, aku dan tidur….

Sungguh SAKTI banyak mengajar aku subjek yang aku tak kan dapat dari buku teks. (Yang dorang dok usung time nak exam. Bosan!). Aku belajar erti kehidupan. Aku belajar tentang persahabatan yang aku rasa macam satu keluarga. Aku belajar settle problem tanpa ibu-ayah. Aku belajar buat decision sendiri. Aku belajar berdikari. Aku belajar kawad! Banyak ilmu agama yang before ni aku tak pernah tahu, aku belajar kat sini. Kalau aku xmasuk sini, mesti aku akan terpinga bila orang cakap solat subuh ada yang tiga rakaat. Haa…sekali dengar nampak kan macam ajaran sesat. Masa mula-mula dulu aku ingatkan imam terlupa nak ruku’ or memang dia terlupa sampai tambah satu rakaat lagi. Tapi bila dah tiap hari Jumaat, subuh jadi tiga rakaat, x ke pelik? Itu yang aku fikir time tu. Rupanya, kalau solat subuh hari Jumaat, disunatkan membaca surah As-sajadah. Kan dalam surah tu ada part yang kena buat sujud sajadah kan. Itulah sujud yang imam tu buat rupanya. Sumpah kalau bukan di SAKTI, tak tahu bila lagi aku akan belajar tentang ini. Banyak…banyak lagi. I’m sure there are more to be listed. A loooooooong list. And it wouldn’t be enough for me to write everything in a day. And I’ve short term memory sometimes. And I’m bad in listing too. And GUA MALAS! ^_^

In a simple word:
# When I think of SAKTI, I think of FAMILY.
# When I mention SAKTI, I mean everyone and everything within it.
# When I miss SAKTI, I miss the moments when I was there.

SAKTI, now U know why I really LOVE U isn't it? And now, I'm not over there, but my heart still belong to U SAKTI! Thanks, and will always love U... ♥