Aku rimas..
Kala ini aku
benar-benar rimas
Rimas dengan
setiap hujah manusia
Yang mengaku
diri bijak
Lebih bijak
dari orang lain
Berbalah,
bertelingkah menjadi menu santapan utama
Diskusi pula
hampir tiada
Masing-masing
petah menyusun buah bicara
Menegakkan fahaman
dan ideologi tersendiri
Dengan bunga
bahasa yang cukup INDAH halwa mata
Tapi mengapa?
Begitu mudah
mereka menghukum
Yang berlainan
fahaman dikatakan bodoh, tolol
Berbeza ideologi
dikatanya kolot
Bertingkah pendapat
apatah lagi
Hukum apakah
ini?
Aku rimas
Kala ini aku
benar-benar rimas
Setiap
mereka ada hujah
Dan tanpa
henti mereka berhujah
Mereka kata
hujah mereka lebih bernas
Lebih up-to-date
dari yang satu lagi
Dan mereka
tidak kenal erti putus asa
Menunjuk gagah
kepada lawan durjana
Satu persatu
langkah dibuka
Satu persatu
senjata diacu
Tanpa mereka
sedar
Musuh yang
lain tersenyum
Terloncat gembira
“Mudahlah kerja
kita” kata mereka
Aku rimas
Kala ini aku
benar-benar rimas
Rimas dengan
sang fitnah yang makin bermaharajalela
Begitu mudah
merajai, menghasut kotak fikiran manusia
Apa mereka
tidak terfikir?
Setiap kata
itu dihitung
Apatah lagi
yang namanya fitnah
Apa mereka
tidak mampu berfikir?
Siapa sahaja
mampu ‘melahirkan’ sang fitnah itu
Apatah lagi mencanangnya
ke serata dunia
Apakah
mereka malas berfikir?
Atau sengaja
membiarkan akal berhenti untuk berfikir?
Aku rimas
Kala ini aku
benar-benar rimas
Rimas dengan
pertelingkahan yang tiada hentinya
Dan aku
bertambah bingung
Datangnya orang
ketiga bukan sebagai pemudah bicara
Bukan juga
sebagai air yang memadamkan apinya
Malah yang
ketiga, keempat mahupun kelima
Bangga menjadi
Si Minyak
Memarakkan lagi
api kebencian
Dalam gelanggang
perdebatan yang aku kira pertelingkahan
Dan akalku
mula mencerna
Inikah yang
dikatakan PEMIMPIN MASA HADAPAN?
Aku rimas
Kala ini aku
benar-benar rimas
Rimas dengan
dia, mereka dan semua
Yang hanya
tahu menunding jari
Menghunus Si
Telunjuk lurus kearah lawan
Apa mereka
tidak sedar?
Yang empat
lagi kearah mana?
Tapi
Aku tahu
tiada yang akan ambil peduli
Jika aku
menjerit, melolong hatta melalak sekalipun
Menjerit AKU
RIMAS!
Melolong AKU
RIMAS!!
Melalak AKU
RIMAS!!!
Aku tahu
tiada siapa yang peduli
Selagi akal
dikawal nafsu
Selagi
amarah tidak dilampias secukupnya
Selagi itu, RIMAS tidak akan berhenti
Dan aku
sedar
MEREKA HANYA
PERCAYA APA YANG MEREKA MAHU PERCAYA
Dan
Aku rimas
Benar, aku
benar-benar rimas
Ayuh
bangsaku!
Kita bersatu
Di bawah
panji satu Malaysia
Buangkan segala kebencian
Buangkan segala kebencian
Tanamkan rasa
sayang
Malaysia
harmoni itu idaman hati
#"Bangsaku" in terms of bangsa Malaysia (Melayu, Cina, India, Bumiputra).
#I'm not racism and this is non-partisan entry.
#And I really really mean no harm.
#I'm not racism and this is non-partisan entry.
#And I really really mean no harm.
# Towards the PEACE of MALAYSIA!