Friday, September 16, 2011

me as ph crews #2

esoknya aku pun dengan excitednyer telah membawa form yang penuh diisi ke destinasi impian, PH. sesampainyer disana, aku telah di intebiu oleh cik SM (bukan Sheikh Muzaphar okeyh...Shift Manager)...yang paling best nyer, aku bukan diintebiu pun..duduk2 jek dia terus kasi tau rules & regulations kerja kat situ, kasi tau pasal gaji and cara kerja..Haa..tudiaa..Kak Long ko neyh senang2 jek dapat keje u ollss..ahaha. Kalau tau sikit punya senang, dah lama aku apply kerja kat situ..ishh..

Hari pertama aku didera kerja





1st day aku agak memenatkan. Yekla, orang tak pernah kerja kan, tetiba kena buat kerja itu ini, haruslah sangat tak tahan. Aku diperkenalkan dengan semua staff kat situ. Dorang seyesly sangat baik dan peramah and membuatkan aku tak kekok nak kerja. Tapi satu benda yang aku paling tak suka time 1st day aku ni, aku telah dihulurkan 1 set alat-alat mekap. Ouh mak datok!! Mak aihh!! Aku pandang sipi jek benda alah tuh. Tapi nak taknak, terpaksa lah juga aku conteng muka aku dengan benda-benda tu. Sangat horrible dan aku rasa macam tak nak kerja je sebab mekap-mekap bukan makanan gua beb. tak cool langsung. Plastik!! ahahaha..okeyh emo sekejap.

Ada lagi yang menyebabkan aku nak berhenti kerja. Korang bayangkan (sila bayangkan), orang yang duduk rumah all the time, baring atas katil for almost 24/7, kena diri for 8 hours tanpa duduk. Boleh rasa tak macam mana kebasnya kaki aku time tuh?? (Kalau korang tak rasa, means korang tak ikhlas nak bayangkan..ahahaha). Seriously, aku memang tak tahan kerja kat situ. And apa yang membuatkan aku boleh bertahan? Tunggu sampai akhir entry ni nanti aku story. Peace!!

Dan disebabkan aku budak-baru-belajar-kalau-salah-tolong-jolokkan, aku telah pun dibuli oleh senior-senior disitu. tapi bukan semua suka buli. Ada laa dalam satu dua jek punnn..Tapi disebabkan aku merupakan pejuang keamanan dan keadilan dunia serta anti-buli-buli, aku telah pun menambah satu lagi slot tension dalam bytes otak ku. Ada ke patut, nak buang sampah yang sekangkang kera pun pas kat aku, padahal aku tengah wat kerja lain time tu. Time aku tengah hantar product, si member-kaki-buli ni pun suruh wat sekali kerja dia walhal at the same time, dia bersenang-lenang menambahkan amal dikiri dengan bergosip. Tapi takpe, disebabkan kak long korang ni ada nilai integriti dan kesabaran yang sangat tinggi mengalahkan Everest, aku pandang sepi jek setiap bulian yang dikenakan. @_@ . Maaflah bang ooiii..silaplah kalau kau nak buli cucu Tok Mat ni. Gua tak kan mengaku kalah.ahahahaha

Tapi.tapi.dan tapi. Apa yang membuatkan aku tidak jadi berhenti at that time antaranya ialah:
  • kawan-kawan yang sangat friendly and understanding
  • galakan daripada manager yang mahu aku meneruskan kerja disitu
  • back up besar daripada restaurant manager (RM). Dia selalu cakap " Kak Long, kalau ada sape2 yang buli kak long, bagitau saya"...hehehe
  • Manager-manager yang cool, sporting and supportive selalu menyebabkan aku serba salah 
  • Bila pikir-pikir balik camne susahnya nak dapat kerja and, camne bosannya memerap dirumah menternak lemak, aku terpaksa jua teruskan perjuangan.
  • Most important thing, time kerja aku boleh mencuci mata melihat keindahan ciptaan Allah...^_^
So, itulah ceritanya mengapa.mengapa dan mengapa aku stay kat situ!!

No comments:

Post a Comment