Friday, August 26, 2011

me as ph crews #1

assalamualaikum wbt.
entry kali ini memang khas aku buat untuk mengenang kembali detik-detik aku sebagai family member of pizza hut. Err...aku tak pernah cerita ekh aku pernah kerja kat PH neyh?? haah kan, nama pun blogger malas, haruslah tidak kan!!
okeyh, macam mana ye aku boleh terjebak dalam PH ni? sat2 aku refresh jap.
Ok, kala-kala awal tahun tahun 2008 katanya, aku telah 'menyetatkan' diri untuk cari kerja part time sementara tunggu result SPM keluar. Bayangkanlah, habis sekolah dalam bulan November 2007, then duduk terperap dalam rumah tanpa buat apa-apa selain makan, tidur dan tengok TV. Dapat rasa tak keboringan yang melanda time tuh? Aku pun sebab dah hampir mati kebosanan, teruslah memujuk Madam Ibu untuk bekerja. Ya ampun!! Nak pujuk ibu lagi satu hal, macam nak minta  satu TV plasma beserta dengan Ipad dan mini chooper convertible dibelikan dalam satu hari yang sama aku rasa. (Ok penggunaan hiperbola tahap petala keenam baru). Ibu sebenarnya tak kasi aku kerja sebenarnya. Tapi korang tahu jek lah kan. Kak Long korang ni memey lahir kepala berkembar siam dengan batu, haa hambek aku kasik pujuk (read as: paksa) Madam Ibu bagi juga aku kerja.
Aku usha line-line kerja kosong semua tak nak terima aku korang tau?? Kak long korang kena reject..ish3. Asal inteview kerja, tanya sekolah mana [kak long jujur (read as: lurus)] terus tak nak kasi kerja. Alasan dorang sebab nanti kak long nak g sambung belajar. Tak patut kan!!
Nak dijadikan cerita, satu hari ni tanggal 28 Januari 2008, kak long and de' la familia gi menjamu perut kat PH sempena meraikan besday adek. Time ni tengah kecewa abes sebab asyik kena reject je. tsk tsk... Tetiba si besday girl ni cakap " Kak, kak, tengok tuh!!" Kak long pun dengan pantasnyer membuat corner maut melibas kepala kebelakang dengan harapan ada berita untuk digosipkan atau paling tidak ada mamat-ala-atuk-korea lalu, tapi sayang nye kecewa kerana tiada apa-apa yang menarik. Sambil mengangkat kening, aku tunggu arahan selanjutnya dari sang adik. Sang adik tidak berpuas hati dengan respon yang diberikan lalu berkata lagi "Tulah, kan akak tengah cari kerja". Aku pun sekali lagi menoleh ke belakang dengan gaya slow motion sambil mengibas rambut ala-ala iklan shampoo pantene. Naa...tudia board "Looking for a job...bal bla bla"....dengan excitednya mengangkat kening double jerk kepada sang ibu mengharapkan respon positif. Yess...Inspektor Ibu yang suportif terus melambai tangan ala-ala Miss Universe ke arah salah seorang pelayan disitu lalu bertanyakan tentang kerja kosong tersebut. Pelayan disitu dengan baik hatinya telah memberikan form untuk diisi. Dan hari itu...kak long pun balik ke rumah dengan muka ibarat kena mandi dengan gula. Dan...tidurlah aku sambil memeluk form tuhhhhhhhhhhhhh.....

No comments:

Post a Comment