Tersebutlah alkisah....sang kancil dan sang buaya...bla bla bla
kah?!
Penutup Botol
Kalau tanya budak-budak zaman gajet nih apa yang dorang boleh buat dengan penutup botol, mesti korang akan dengar jawapan-jawapan yang kurang kreatip. Duhhh...memang. Bukan nak memperlekehkan anak-anak gajet sekarang nih, tapi aku rasa budak-budak sekarang ni dah kurang nikmat hidup bila asyik ralit dengan gajet jek. Kadang aku kesian sebenarnya dengan budak-budak yang dari kecil lagi dah dimewahkan dengan gajet. Bukan salah dorang sebenarnya kalau minda dorang kurang kreatip. Salahkan mak ayah yang manjakan sangat, ikut sangat kehendak anak. Ok, start nak bebel dah. Dushhh
Balik semula cerita pasal si penutup botol. Sebenarnya, tetiba jek boleh terrewind balik zaman-zaman kegemilangan ribena lepas tengok cerita korea itu hari. Entah apa masalah entah. Nak ingat formula punyala susah, ingat balik cerita zaman jahiliyah berbelas tahun punya alkisah boleh pulak? ouh...
Zaman dedulu, dari sekecik-kecik benda sampai ke sebesar-besar benda kitorang boleh jadi kan mainan. Pen, pemadam, pembaris, tin, getah, kulit duku, botol, even penutup botol pun boleh jadi game. Ouh, kreatipnya kami...eh?! Dan tak pernah terpikir pun aku, penutup botol air mineral tuh boleh gantikan bola futsal. Hebat tak? Setakat main bola pakai botol mineral kosong, dah tak rare dah, tak thrill dorang cakap. hahhaaa.. So bebudak lelaki pun invent satu game bola guna penutup botol (plus penutup botol kecik, cikgu takkan rampas dan senang nak larikan diri kalau kena kejar dengan cikgu). Selalunya game nih kitorang akan main sementara tunggu loceng masuk sekolah agama. Port nak main dekat koridor tengah sekolah, tersembunyi dan senang nak larikan diri. Kenapa nak larikan diri? Time sekolah dulu, ustaz tak kasi sebenarnya main benda-benda camni. Selain korang akan block jalan utama untuk orang ke kantin, game nih pun bahaya untuk kesihatan kanak-kanak katanya. Sebab selalu je berlakunya kemalangan kecil bila main ni. Tapi yang lagi ustaz marah, sebab yang perempuan pun boleh join sekaki main benda alah tuh. Campur laki pompuan lak tuh...haishhh..masalah masalah.
Akulah antara budak perempuan yang bermasalah tuh. Berebut satu penutup botol dengan lelaki guna kaki. Agak-agak kalau ustaz-ustazah nampak boleh hangin tak? hahhaaa... Tapi serius best main bola guna penutup botol. Memang thrill habis. Memula dulu bila tengok budak lelaki main, aku rasa macam dorang nih bosan sangat ke kurang pekerjaan ke apa. Penutup botol pun boleh nak rebut. Memang sekali nampak macam tak masuk akal. Semak pun ada bila tengok dorang main. Tapi, bila sekali dipelawa untuk beradu tenaga, opkos wajib tunjukkan girl's power kekonon..hiks....Barulah tahu kenapa dorang ketagih sangat nak main. Before loceng masuk sekolah main, time rehat main. Memang boleh ketagih.
Ada sekali yang aku ingat, aku dengan Yan (antara wanita gagah yang akan main benda nih) tengah syok-syok lawan dengan budak laki, tetiba ustaz datang, marah sebab main benda tuh, plus campur laki ngan pompuan. Sebab aku dengan Yan ada satu kelebihan bermuka innocent habisan, tambah lagi dengan status Yan berkain hijau (pengawas) dan aku berkain maroon (time nih aku ketua pustakawan yang sangat rebellious), so kitorang memang telah berjaya menyelamatkan diri dan berjaya menimbulkan ketidakpuashatian budak laki yang kena ceramah dengan ustaz. Sorry guys. Sorry ustaz.
Bila ingat balik, memang sangat-sangat memalukan. Macam manalah aku boleh tak sematang tuh. Aku tau memang aura rebellious tuh ada mengalir dalam darah (gila poyo!), dan aku tau prinsip rules are made to be broken tuh memang dah jadi satu makanan untuk rebellious seinnocent aku (memang sah poyo!!). Tapi bila ingat-ingat balik, tak sangka time sekolah rendah aku seberani tuh. Memanglah, zaman kegemilangan ribena aku penuh dengan aura-aura budak tak matured dan penuh gak dengan benda yang memalukan untuk diingat balik. Patutlah itu hari bila terjumpa dengan budak laki time sekolah rendah dulu, dia kata aku dengan dia pernah gaduh dulu. Serious aku memang tak ingat langsung kalau aku pernah gaduh dengan budak laki. Rasanya akulah calon perempuan melayu terakhir paling terunggul satu ketika dulu...hahhhaaa... Rupanya, tuh hanyalah imaginasi liar je.
Ouh..aku harap sangat, kalau jumpa balik kawan-kawan time sekolah rendah dulu, dorang boleh tolong sedarkan aku, yang dulu aku bukannya baik sangat pun. Khayalan semata. Masuk sekolah menengah baru ayu sikit kot. Yelah, dah pandai jiwang kan, haruslah control depan abang-abang angkat. Yuksss. Part nih memang tak terasa nak mengimbau pun. Terasa macam nak hantuk kepala kat dinding memikirkan kejahiliyahan (urghhh?!) siap nak terangkat bagai. Whooshhh...naik bulu roma. Seram dengan diri sendiri.
Ok. Kepala tetiba serabut terimbau cerita 'seram' tuh.
Adoiiiyaiii