Wednesday, May 21, 2014

Nostalgia Si Penutup Botol

Tersebutlah alkisah....sang kancil dan sang buaya...bla bla bla
kah?!

Penutup Botol

Kalau tanya budak-budak zaman gajet nih apa yang dorang boleh buat dengan penutup botol, mesti korang akan dengar jawapan-jawapan yang kurang kreatip. Duhhh...memang. Bukan nak memperlekehkan anak-anak gajet sekarang nih, tapi aku rasa budak-budak sekarang ni dah kurang nikmat hidup bila asyik ralit dengan gajet jek. Kadang aku kesian sebenarnya dengan budak-budak yang dari kecil lagi dah dimewahkan dengan gajet. Bukan salah dorang sebenarnya kalau minda dorang kurang kreatip. Salahkan mak ayah yang manjakan sangat, ikut sangat kehendak anak. Ok, start nak bebel dah. Dushhh

Balik semula cerita pasal si penutup botol. Sebenarnya, tetiba jek boleh terrewind balik zaman-zaman kegemilangan ribena lepas tengok cerita korea itu hari. Entah apa masalah entah. Nak ingat formula punyala susah, ingat balik cerita zaman jahiliyah berbelas tahun punya alkisah boleh pulak? ouh... 

Zaman dedulu, dari sekecik-kecik benda sampai ke sebesar-besar benda kitorang boleh jadi kan mainan. Pen, pemadam, pembaris, tin, getah, kulit duku, botol, even penutup botol pun boleh jadi game. Ouh, kreatipnya kami...eh?! Dan tak pernah terpikir pun aku, penutup botol air mineral tuh boleh gantikan bola futsal. Hebat tak? Setakat main bola pakai botol mineral kosong, dah tak rare dah, tak thrill dorang cakap. hahhaaa.. So bebudak lelaki pun invent satu game bola guna penutup botol (plus penutup botol kecik, cikgu takkan rampas dan senang nak larikan diri kalau kena kejar dengan cikgu). Selalunya game nih kitorang akan main sementara tunggu loceng masuk sekolah agama. Port nak main dekat koridor tengah sekolah, tersembunyi dan senang nak larikan diri. Kenapa nak larikan diri? Time sekolah dulu, ustaz tak kasi sebenarnya main benda-benda camni. Selain korang akan block jalan utama untuk orang ke kantin, game nih pun bahaya untuk kesihatan kanak-kanak katanya. Sebab selalu je berlakunya kemalangan kecil bila main ni. Tapi yang lagi ustaz marah, sebab yang perempuan pun boleh join sekaki main benda alah tuh. Campur laki pompuan lak tuh...haishhh..masalah masalah.

Akulah antara budak perempuan yang bermasalah tuh. Berebut satu penutup botol dengan lelaki guna kaki. Agak-agak kalau ustaz-ustazah nampak boleh hangin tak? hahhaaa... Tapi serius best main bola guna penutup botol. Memang thrill habis. Memula dulu bila tengok budak lelaki main, aku rasa macam dorang nih bosan sangat ke kurang pekerjaan ke apa. Penutup botol pun boleh nak rebut. Memang sekali nampak macam tak masuk akal. Semak pun ada bila tengok dorang main. Tapi, bila sekali dipelawa untuk beradu tenaga, opkos wajib tunjukkan girl's power kekonon..hiks....Barulah tahu kenapa dorang ketagih sangat nak main. Before loceng masuk sekolah main, time rehat main. Memang boleh ketagih.

Ada sekali yang aku ingat, aku dengan Yan (antara wanita gagah yang akan main benda nih) tengah syok-syok lawan dengan budak laki, tetiba ustaz datang, marah sebab main benda tuh, plus campur laki ngan pompuan. Sebab aku dengan Yan ada satu kelebihan bermuka innocent habisan, tambah lagi dengan status Yan berkain hijau (pengawas) dan aku berkain maroon (time nih aku ketua pustakawan yang sangat rebellious), so kitorang memang telah berjaya menyelamatkan diri dan berjaya menimbulkan ketidakpuashatian budak laki yang kena ceramah dengan ustaz. Sorry guys. Sorry ustaz. 

Bila ingat balik, memang sangat-sangat memalukan. Macam manalah aku boleh tak sematang tuh. Aku tau memang aura rebellious tuh ada mengalir dalam darah (gila poyo!), dan aku tau prinsip rules are made to be broken tuh memang dah jadi satu makanan untuk rebellious seinnocent aku (memang sah poyo!!). Tapi bila ingat-ingat balik, tak sangka time sekolah rendah aku seberani tuh. Memanglah, zaman kegemilangan ribena aku penuh dengan aura-aura budak tak matured dan penuh gak dengan benda yang memalukan untuk diingat balik. Patutlah itu hari bila terjumpa dengan budak laki time sekolah rendah dulu, dia kata aku dengan dia pernah gaduh dulu. Serious aku memang tak ingat langsung kalau aku pernah gaduh dengan budak laki. Rasanya akulah calon perempuan melayu terakhir paling terunggul satu ketika dulu...hahhhaaa... Rupanya, tuh hanyalah imaginasi liar je.

Ouh..aku harap sangat, kalau jumpa balik kawan-kawan time sekolah rendah dulu, dorang boleh tolong sedarkan aku, yang dulu aku bukannya baik sangat pun. Khayalan semata. Masuk sekolah menengah baru ayu sikit kot. Yelah, dah pandai jiwang kan, haruslah control depan abang-abang angkat. Yuksss. Part nih memang tak terasa nak mengimbau pun. Terasa macam nak hantuk kepala kat dinding memikirkan kejahiliyahan (urghhh?!) siap nak terangkat bagai. Whooshhh...naik bulu roma. Seram dengan diri sendiri.  

Ok. Kepala tetiba serabut terimbau cerita 'seram' tuh.
Adoiiiyaiii 

Saturday, April 19, 2014

C.A.W.A.N.


"Cawan yang cantik bukanlah jaminan bagi air yang sedap, begitulah juga cawan yang kusam tidak bererti isinya tawar tanpa gula..."


Faham tak?

Kerja 'belakang tabir' ?

"Aku suka buat kerja belakang tabir"

"Describe 'belakang tabir' please?"

Naa...naa...naa...

Mind you. Ini bukan belakang tabir (behind the scene film..) like as what you've imagined. This one more to, buat something tanpa mengheboh-hebohkan or tanpa orang lain tahu/sedar yang benda tuh is actually awak yang buat.

Happen to me. Always happen. And it's still happening right now.

It might be you too, rightio?

And do I ever care? No.

Cuma, bila mana someone told me she/he had done something but no one ever noticed/appreciated her/him, then I asked myself "dulu-dulu time awak contribute something big untuk others then no one ever seen your effort, apa yang awak rasa Su?"

Zuppp...tersentap kejap. Cepat-cepat muhasabah balik diri.

Yes. I do 'sentap'. Bila kita buat something good to others, or even contribute untuk sesuatu kejayaan, tapi at the end of the day segala effort kita tuh dipandang sipi or tak dipandang langsung oleh orang. No recognition. No appreciation. No nothing. At the same time, someone yang done a very tiny little thing tapi that someone tuh buat kat depan tabir, he/she dilambung-lambung bak telah menyelamatkan dunia dari WWIV, of course awak akan rasa macam dunia ni tak adil kan. I know. Awak-awak tak mengharapkan pujian melambung-lambung. Pun tak mengharapkan dibelanja pizza ke SR ke, kan? Ke yek nih? Ngee... Tapi still rasa tak adil, sentap segala kan?

Tapi. Tapi. Dan Tapi...

Ingat balik niat asal awak-awak buat kerja tuh? Is it for recognition? Award? Pokok pangkalnya, tetapkan niat. Set kan, awal bismillah lagi, niat awak-awak buat kerja tuh adalah ikhlas semata-mata kerana Allah. Kalau dari awal awak dah ikhlaskan segala titik peluh awak, insyaAllah segala urusan awak akan dipermudahkan. Terutama urusan 'hati' yang sentap tadi. 

That's how I've survived.

Buat kerja belakang tabir nih seronok sebenarnya. Especially bila awak tengok orang lain mampu tersenyum disebabkan hasil kerja tangan awak yang dibelakang tabir tuh. Takpe kalau orang lain tak tengok pun effort awak. Awak-awak tahu kan, Allah tengok, siap kira lagi masuk 'buku kira-kira', setiap kerja awak yang ikhlas tuh. 

So, chillex. Stay cool, ice-ice bebeh!

Tuesday, March 18, 2014

M.A.T.I.

Mati...




Entri kali nih memang agak meremangkan bulu hidung sikit. Pasal mati. Ya, MATI! DIE? MENINGGAL? 

Detiknya pasti tiba adakah kita bersedia...... Bila tiba masanya nanti, tak siapa dapat melarikan diri...
Detik Kematian- Inteam 


Kita tak tahu bagaimana keadaan kita ketika nyawa dipisahkan dari badan. Adakah ketika kita sedang berronok-ronok (errrr...ampun cikgu) bergelumang dengan maksiat, atau ketika kita sedang beramal ibadah kepadaNya. Jujur sejujurnya, sedih bila tengok berita-berita orang mati ketika sedang melakukan kemungkaran. Macam yang paling terbaru, kes #FMFA2014 bila 6 orang mati akibat overdose dadah. Lebih menyedihkan lagi 4 orang daripadanya adalah orang Islam. Sedih melihat ahli keluarga yang terpalit dengan kes ini. Ya Allah, mohon dijauhkan daripada kita semua. Kesian kepada ahli keluarga yang terpaksa menanggung malu, tapi lagi sedih dengan mereka yang dah mati. Kita yang hidup masih diberi masa untuk bertaubat, ambil apa yang jadi sebagai satu iktibar, pengajaran dan peringatan daripadaNya. Yang telahpun meninggal dunia tuh, mohon semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa mereka yang telah pergi. Al-fatihah. 

Kita yang masih hidup nih, tak perlulah terus menerus mengutuk perbuatan mereka. Dosa yang sedia ada tak perlulah ditambah. Doakan supaya siksa mereka diringankan...itu lebih baik. Dan jauh disudut hati nih, sebenarnya sangat-sangat mengharapkan yang mereka-mereka itu sempat, even sesaat before rezekinya untuk hidup terhenti, sempat bertaubat memohon ampun kepadaNya. Siapa jek yang nak sad ending kan. Berdoalah sama-sama agar kita dapat title "happy-ending" tuh. Allahumma Amin...


Dulu time form 3, Cikgu BM (Cikgu Ajis) pernahlah tanya setiap dari kitorang nih :- 
"Semua orang akan matikan. Jadi, awak nak mati dalam keadaan yang macam mana" (lebih kuranglah macam nih soalannya).
Bila cikgu tanya soalan luar alam camnih secara tiba-tiba tanpa sebarang klu, mulalah masing-masing gelabah nak cari jawapan. Macam-macam jawapan yang keluar. Ada yang nak meninggal dalam tidur lah, time sembahyang lah, depan kaabah lah dan macam-macam lah lagi jawapan yang keluar; dari jawapan yang dapat diterima kewarasan akal sampailah diluar tahap pemikiran logika. Tapi, dalam banyak-banyak tuh aku sorang jek yang bagi jawapan "Entahlah..." Cikgu suruh fikir juga tapi aku tak ingatlah apa jawapan yang aku bagi. Mungkin time tuh sel-sel otak belum boleh nak berhubung lagi...kan! ngeeeee

Sekarang, dah 9 tahun dah berlalu. Rasanya, inilah satu-satunya soalan dalam hidup aku yang mengambil masa 9 tahun untuk dapat jawapan. Thanx to certain people yang share their stories/experiences at blogs and facebook. Because you gave me the ideas to answer this question. And thanx to my overloaded-inquiry-spirit too. My passion untuk berblog-walking, baca cerita-cerita orang, dig-up entries dorang yang dah berkurun-kurun absolutely mengalahkan passion untuk menyiapkan research study nih...Haishhh...It's ok. Ilmu juga tuh!! Err...sebabkan kajian terhadap blog-blog orang nih dah berjalan berkurun-kurun lamanya, maka tak ingat link-link blog nya. But, if you could search for Allahyarham Mas Afzal (blog Not the Primerose Path) and Allahyarham Ahmad Ammar (the one yang syahid kat Turki) and read every each about them, then you'll get the same answer like mine. My answer? Nanti dulu...

The very recent story yang aku baca pun agak menjentik sel-sel otak untuk terus berkembang. Secara ringkasnya, ceritanya tentang sepasang suami isteri yang telah berkahwin tapi masih belum dikurniakan anak. Then, si suami disahkan ada kanser. Both of them fight together against cancer. Such a loving story sebenarnya. Dengan suami yang sentiasa risaukan isteri, dan isteri yang tersangat tabah dan tak pernah mengalah, indeed cerita nih very touchy... At the end of the story, doktor sahkan masa-masa terakhir suami dah sampai, isteri tak sanggup bagitahu suami apa yang doc inform. Then, ayah si suami tuh, dengan tenang memberitahu anaknya bahawa masanya telah tiba, dan minta anaknya redha. Si suami redha and before dijemput kembali kepadaNya, beliau sempat menunaikan solat taubat berserta dengan amalan-amalan sunat yang lain.  Beruntungkan si suami tuh...dan yang paling best, muka jenazahnya tersenyum.

 So, kalau Cikgu Ajis tanya lagi:
"Jadi, awak nak mati dalam keadaan yang macam mana"
Ini mungkin jawapannya:
"Dalam keadaan husnul khotimah..in sha allah" 
Tapi persoalannya, mampukah aku?

Bagaimana yang dikatakan kematian yang husnul khotimah? Sila search...!

Saturday, February 8, 2014

#Tribute. Muhasabah Cinta by Edcoustic.

Lately, sangat suka satu lagu. Kalau dengar satu lagu tuh then jantung tiba-tiba vibrate dalam kadar yang tidak sekata, so maknanya aku dah jatuh cintalah sama itu lagu. (tapi ini bukan lagu yang pernah cerita kat entri sebelum nih). Tajuk lagu nih, Muhasabah Cinta dari Edcoustic. Edcoutic nih group dari Indon, lagu memang best-best. Tapi, one of the member baru jek meninggal dunia Dec2013 haritu...Innalillah...Alfatihah...Sedih sebab yang meninggal nih banyak compose lagu sedap-sedap. Ada satu lagu yang Melly nyanyi (ketika cinta bertasbih kot) dia yang compose gak. Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan para syuhada' dan solihin..Aminnnn

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan..Baru kusadar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi
Muhasabah cintaku

Tuhan...Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

TemupisaH

Jangan pernah menyesal mengenali seseorang pada masa lalumu, walaupun seseorang itu telah menyakiti hatimu. Kerana setidak-tidaknya kau belajar bahawa hidup ini tidak selalunya indah. Dan kau belajar bangkit dari kekhilafan itu.

Aku juga sedang cuba menjadi seperti itu...

Cuba untuk tidak menyesali pertemuan kita...

Kerana aku yakin ada hikmah sebalik pertemuan dan perpisahan ini...

Untuk itu, terima kasih.

Terima kasih atas kesudian menerimaku menjadi sebahagian dari sejarah hidupmu...

Sahabat... :)

Thursday, January 9, 2014

CRUSH, CRUSHES, CRASH!


Amaran!!
Entri kali nih menggunakan gambar cilok dari pelbagai sumber sebab pemilik blog ini mempunyai tangan kayu. Beliau tidak dianugerahi bakat melukis luar alam yang mampu melukis gambaran-gambaran idaman hati beliau dengan sempurna. Senang cerita, korang takkan dapat menghayati keindahan crush-crush nih kalau yang namanya Suraya yang lukis...zzzz

Well, lately saya ada satu penyakit, nampak semua benda nak minat. Nak suka. Nak crush bagai...pening arrr..hahahahaaaa. Biasalah, kan ke lumrah manusia tuh sukakan keindahan... Subhanallah...So, chachangggggg...meet my crushes..(tamak wooo)