Mati...
Entri kali nih memang agak meremangkan bulu hidung sikit. Pasal mati. Ya, MATI! DIE? MENINGGAL?
Detiknya pasti tiba adakah kita bersedia...... Bila tiba masanya nanti, tak siapa dapat melarikan diri...
Detik Kematian- Inteam
Kita tak tahu bagaimana keadaan kita ketika nyawa dipisahkan dari badan. Adakah ketika kita sedang berronok-ronok (errrr...ampun cikgu) bergelumang dengan maksiat, atau ketika kita sedang beramal ibadah kepadaNya. Jujur sejujurnya, sedih bila tengok berita-berita orang mati ketika sedang melakukan kemungkaran. Macam yang paling terbaru, kes #FMFA2014 bila 6 orang mati akibat overdose dadah. Lebih menyedihkan lagi 4 orang daripadanya adalah orang Islam. Sedih melihat ahli keluarga yang terpalit dengan kes ini. Ya Allah, mohon dijauhkan daripada kita semua. Kesian kepada ahli keluarga yang terpaksa menanggung malu, tapi lagi sedih dengan mereka yang dah mati. Kita yang hidup masih diberi masa untuk bertaubat, ambil apa yang jadi sebagai satu iktibar, pengajaran dan peringatan daripadaNya. Yang telahpun meninggal dunia tuh, mohon semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa mereka yang telah pergi. Al-fatihah.
Kita yang masih hidup nih, tak perlulah terus menerus mengutuk perbuatan mereka. Dosa yang sedia ada tak perlulah ditambah. Doakan supaya siksa mereka diringankan...itu lebih baik. Dan jauh disudut hati nih, sebenarnya sangat-sangat mengharapkan yang mereka-mereka itu sempat, even sesaat before rezekinya untuk hidup terhenti, sempat bertaubat memohon ampun kepadaNya. Siapa jek yang nak sad ending kan. Berdoalah sama-sama agar kita dapat title "happy-ending" tuh. Allahumma Amin...
Dulu time form 3, Cikgu BM (Cikgu Ajis) pernahlah tanya setiap dari kitorang nih :-
"Semua orang akan matikan. Jadi, awak nak mati dalam keadaan yang macam mana" (lebih kuranglah macam nih soalannya).
Bila cikgu tanya soalan luar alam camnih secara tiba-tiba tanpa sebarang klu, mulalah masing-masing gelabah nak cari jawapan. Macam-macam jawapan yang keluar. Ada yang nak meninggal dalam tidur lah, time sembahyang lah, depan kaabah lah dan macam-macam lah lagi jawapan yang keluar; dari jawapan yang dapat diterima kewarasan akal sampailah diluar tahap pemikiran logika. Tapi, dalam banyak-banyak tuh aku sorang jek yang bagi jawapan "Entahlah..." Cikgu suruh fikir juga tapi aku tak ingatlah apa jawapan yang aku bagi. Mungkin time tuh sel-sel otak belum boleh nak berhubung lagi...kan! ngeeeee
Sekarang, dah 9 tahun dah berlalu. Rasanya, inilah satu-satunya soalan dalam hidup aku yang mengambil masa 9 tahun untuk dapat jawapan. Thanx to certain people yang share their stories/experiences at blogs and facebook. Because you gave me the ideas to answer this question. And thanx to my overloaded-inquiry-spirit too. My passion untuk berblog-walking, baca cerita-cerita orang, dig-up entries dorang yang dah berkurun-kurun absolutely mengalahkan passion untuk menyiapkan research study nih...Haishhh...It's ok. Ilmu juga tuh!! Err...sebabkan kajian terhadap blog-blog orang nih dah berjalan berkurun-kurun lamanya, maka tak ingat link-link blog nya. But, if you could search for Allahyarham Mas Afzal (blog Not the Primerose Path) and Allahyarham Ahmad Ammar (the one yang syahid kat Turki) and read every each about them, then you'll get the same answer like mine. My answer? Nanti dulu...
The very recent story yang aku baca pun agak menjentik sel-sel otak untuk terus berkembang. Secara ringkasnya, ceritanya tentang sepasang suami isteri yang telah berkahwin tapi masih belum dikurniakan anak. Then, si suami disahkan ada kanser. Both of them fight together against cancer. Such a loving story sebenarnya. Dengan suami yang sentiasa risaukan isteri, dan isteri yang tersangat tabah dan tak pernah mengalah, indeed cerita nih very touchy... At the end of the story, doktor sahkan masa-masa terakhir suami dah sampai, isteri tak sanggup bagitahu suami apa yang doc inform. Then, ayah si suami tuh, dengan tenang memberitahu anaknya bahawa masanya telah tiba, dan minta anaknya redha. Si suami redha and before dijemput kembali kepadaNya, beliau sempat menunaikan solat taubat berserta dengan amalan-amalan sunat yang lain. Beruntungkan si suami tuh...dan yang paling best, muka jenazahnya tersenyum.
So, kalau Cikgu Ajis tanya lagi:
"Jadi, awak nak mati dalam keadaan yang macam mana"Ini mungkin jawapannya:
"Dalam keadaan husnul khotimah..in sha allah"Tapi persoalannya, mampukah aku?
Bagaimana yang dikatakan kematian yang husnul khotimah? Sila search...!