Saturday, February 8, 2014

#Tribute. Muhasabah Cinta by Edcoustic.

Lately, sangat suka satu lagu. Kalau dengar satu lagu tuh then jantung tiba-tiba vibrate dalam kadar yang tidak sekata, so maknanya aku dah jatuh cintalah sama itu lagu. (tapi ini bukan lagu yang pernah cerita kat entri sebelum nih). Tajuk lagu nih, Muhasabah Cinta dari Edcoustic. Edcoutic nih group dari Indon, lagu memang best-best. Tapi, one of the member baru jek meninggal dunia Dec2013 haritu...Innalillah...Alfatihah...Sedih sebab yang meninggal nih banyak compose lagu sedap-sedap. Ada satu lagu yang Melly nyanyi (ketika cinta bertasbih kot) dia yang compose gak. Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan para syuhada' dan solihin..Aminnnn

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan..Baru kusadar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi
Muhasabah cintaku

Tuhan...Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

TemupisaH

Jangan pernah menyesal mengenali seseorang pada masa lalumu, walaupun seseorang itu telah menyakiti hatimu. Kerana setidak-tidaknya kau belajar bahawa hidup ini tidak selalunya indah. Dan kau belajar bangkit dari kekhilafan itu.

Aku juga sedang cuba menjadi seperti itu...

Cuba untuk tidak menyesali pertemuan kita...

Kerana aku yakin ada hikmah sebalik pertemuan dan perpisahan ini...

Untuk itu, terima kasih.

Terima kasih atas kesudian menerimaku menjadi sebahagian dari sejarah hidupmu...

Sahabat... :)