OK...entri kali nih memang version sambungan dari SISPA UTHM #1
Bak kata kak Lisa, "Pasrah tu menyerah, redha tu menerima". Aku pun tak tau nak masuk kan diri sendiri dalam kategori pasrah ke redha. Yang penting, minggu depan nya (lepas pendaftaran subjek koko2) kami-kami nih pun bergerak ke perjumpaan SISPA buat kali pertamanya.
Sebab aku memang jenis tak reti dok diam, so sejak dari sem 1 lagi aku dah aktif join situ-sini untuk menambahkan lagi rencah-rencah untuk 'memasak' seorang pelajar secukup rasa. Please, kalau jadi student jangan jadi skema buku teks sangat. Student life lah yang kita kena explore puas-puas tau...
So, setelah meleburkan diri dalam SISPA, kami di offer untuk join satu program yang diberi nama PROGRAM JALINAN BESTARI KOMUNITI. Program nih sebenarnya time Kembara Mahkota Johor 2010. Kalau nak ikutkan, objektif program untuk kasik bonding antara student dengan masyrakat setempat, serta bonding antara golongan istana (Raja Zarith Sofia cemar duli time nih) kukuh, kuat dan kental.
Sebabkan Kelab Teater pun belum ada aktiviti yang masyuk lagi, PKSK pun takde panggil lagi, so apa salah kita busy kan diri dengan join program-program luar kan? Di samping dapat keluar jalan-jalan, kita juga boleh memenuhkan ruangan kat SMAP Online, tambah pengalaman, tambah kawan dan yang penting sekali kasik asah soft-skill. Yeahh..
Tapi..kawan-kawan yang lain tak nak join lah...hmm takpe-takpe. Bukan tak biasa sorang-sorang kan. Masuk teater, join PKSK pun memula takde kawan kan. Dah masuk tuh jumpa lah geng baru. So kita redah je... Nasib baik, bila kumpul nak naik bas tuh, jumpa Ina ngan Gha. Ada gak lah kawan nak ajak sembang.hehe.. Ok malas nak panjang citer.. Lets cekidaut!!
Sesi taklimat dari Pegawai SISPA UTHM
Calon-calon menantu idaman!!
Kami yang overly-intoxicated-excited sebab first time pakai uniform ni.. ^^,
Bonding-time!!

Aku usha bodyguard-bodyguard baju itam tu dari dorang keluar kereta, sampai lah dorang mengiring Raja Zarith Sofia. Seyes smart macam Charlie's Angels. Pakal aku kurang inci...tsk :(
Again...Bonding-time!!
Last kopek. We're SISPA UTHM!
# Dalam apa jua organisasi atau team tak kira besar atau kecil, aku percaya bonding adalah sesuatu jenis peralatan yang sangat penting. Dari bonding yang baik barulah kita dapat teamwork yang baik seterusnya menjadi satu pasukan yang hebat. Macam Sultan Johor try bonding dengan rakyat melalui program-program seperti kembara mahkota.
# Seronok dapat join aktiviti yang melibatkan bonding!! Ukhwah fillahi abadan abadaa..