Alhamdulillah...
Selama 3 tahun berkecimpung dalam dunia SISPA, 4 Februari 2013 - 12 Februari 2013 yang lalu telah berlangsungnya Kursus Pegawai Tidak Bertauliah dan Kursus Bakal Pegawai di Akademi Latihan Pertahanan Awam Bangi. Ini adalah kursus yang terakhir untuk batch kami. Sedih. Bila imbas kembali 3 tahun sama-sama, suka duka semua sama-sama buat hati makin sedih. Walaupun setiap tahun kawan tu tetap berganti-ganti ibarat masuk relay 4x100, tapi still member2 SISPA tetap di hati. Lain rasanya antara kawan suka, kawan duka, kawan suka dan duka serta kawan yang dah macam family. SISPA bolehlah aku kategorikan sebagai kawan yang dah macam family. Situasi yang sama juga macam time kat SAKTI dulu. Bila dah lama sama-sama, buat jahat sama-sama, buat baik sama-sama, kimia yang dah sedia ada tu susah untuk dibuang..kan? Tak tahulah mana arah tuju masing-masing lepas tauliah nanti. Memang diakui, lepas kita berpindah ke satu tempat yang baru, selalunya kita akan lupa dengan kawan yang lama. Mungkin bukan sengaja dilupakan, mungkin keadaan dan masa juga yang menjadi faktor utamanya. Tak kisah lah, yang penting kenangan tu tetap dalam ingatan sampai bila-bila.
OK. Untuk kursus kali ni memang terasa lain. Banyak suka, tak kurang juga yang duka. Banyak yang aku belajar. Yang paling penting aku belajar erti persahabatan. Contohnya time exam kawad, aku nampak setiap dari kami, berusaha untuk membantu antara satu sama lain, tak kiralah senior mahupun junior. Aku bangga melihat itu berlaku. Takde aktiviti dengki-mendengki antara satu sama lain, takde iri hati. Kalau sorang tak dapat buat, semua rasa kecewanya. Tak macam kehidupan aku yang satu lagi, lagi suka bila tengok kawan jatuh. Sebab tu aku sayang SISPA. Semangat setiakawan tu memang akan aku ingat sampai bila-bila. Aku ingat lagi, bila Kak Long kami terpaksa pulang awal kerana masalah kesihatan, time kitorang buat bacaan yasin dan solat hajat untuk Kak Long, baik yang senior mahupun junior menangis teringatkan Kak Long. Kalaulah Kak Long tahu yang kami semua sayang Kak Long dan mahu Kak Long yang dulu. Sampai sekarang, aku masih mengharap dan menanti serta berdoa Kak Long akan kembali seperti dulu. Bila jurulatih tanya sama ada kami nak bagi lulus kat dua orang kawan kami yang terpaksa pulang awal dari kursus, macam dah berpakat pula bila kami semua serentak bersetuju untuk bagi mereka lulus. Nampak tak betapa semangat setiakawan tuh ada dalam diri kami semua. Aku cukup terharu.
Aku suka Majlis Makan Malam, simulasi untuk apa yang kami belajar time kursus tuh. Walaupun ada lompongnya, tapi adatlah, kami bukannya pro bab mengendalikan majlis formal. Apapun itu adalah bukti semangat kerjasama yang terbentuk antara kami. Aku suka waktu riadah. Walaupun kami kaki bangku, tapi kawan-kawan yang pro bab sukan tetap memberi peluang untuk kami mencuba. Bola tampar OKU, nama game yang kami main time riadah. Permainan bola tampar yang dijalankan diatas court sepak takraw (sebab net pendek..hehehehe), tanpa undang-undang permainan yang betul, that is BOLA TAMPAR OKU... orang lain nampak macam bodoh-bodoh jek, tapi bagi kami sendiri, itu adalah satu kepuasan. Futsal OKU pun ada gak. Asal permainan tu boleh main sama-sama dengan kawan-kawan, boleh hilang tension, kami layankan... Walaupun RunningMan tak jadi datang Malaysia, kami tak kisah, sebab kami ada Running Man sendiri... Nampaknya, sebelum tauliah nanti masing-masing kena tukar uniform barulah, sebab velcro masing-masing dah tak ngam lagi. Mana taknye, asal ada kesempatan je, abes velcro nama kena tarik ala-ala RM... Nampak macam tak matang, tapi...ada kami kisah?? HAHAHA... We'll do anything that make us happy...
Pengalaman berendam dalam tasik tuh pun insyaallah tak kan dilupakan. Serius geli bila pijak selut dalam tasik tuh. Tapi biasalah, mula-mula jek rasa geli. Dah dok lama-lama dalam tuh, siap nyanyi lagu Standing in the Eyes of the World + lagu Korporat JPAM, rasa happy plak dok dalam tuh...tettt.. Then, kawad reverse lagi. Ayat Encik Mus (JL kami), "sape pandang depan pendek umur"...hahahaha... Kawad reverse nih dah lama dah kami dengar, semua gara-gara Jiha time kursus asas dulu. Tapi tak sangka lah betul-betul ada lak bila datang ALPHA nih.. hehe...Memang legend... Banyak lagi benda yang tak dapat diluahkan dengan tulisan, tapi cukuplah untuk sesiapa yang berada ditempat kejadiah, merasai situasi tu. Even nih kursus terakhir dengan korang semua, even pasnih masing-masing dah pakai 1 paku, hopefully our friendship lasts forever. Pasti akan rindu korang!!!