Sunday, December 9, 2012

Random #1


  1. Lately, asyik fikir benda yang bukan-bukan je. Having bad thought of yourself, sometimes make you feel terrible kan... Kadang-kadang tengok orang lain punya hidup nampak smooth, rasa jealous serta bermaca-macam lagi rasa yang dirasakan... Tapi bila muhasabah balik, mungkin ni cara Dia nak uji kita supaya kita sentiasa ingat akan dia... Yup, lumrah manusia selalunya cepat je  cari tikar sejadah bila dalam susah/runsing/pressure. Bila senang, selalunya memang liat lah kan...yang wajib-wajib je buat, yang sunat selalunya postpone sampai ke sudah habuk pun tarak..hehehe...Random thought. Ceramah dengan diri sendiri, kadang-kadang boleh release sikit pressure ni...

    # Selalu ingatkan diri jangan mengeluh, sebab mengeluh tanda orang putus asa. Tapi kadang memang tak dapat elak...*sigh*
  2. Apa yang paling penting dalam hidup seseorang ? Selalu terfikir soalan ni, and sure kalau tanya setiap orang, mesti masing-masing have their own opinion kan. Family, Money, Love, Friends, Happiness mungkin antara jawapannya. And as for me, I choose Pride and Dignity... Entah tak tahu kenapa, rasanya maruah adalah sesuatu yang paling berharga bagi seseorang, sebab maruah seseorang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit, and takde tukar ganti. Kata orang biarlah miskin harta, asal maruah terjaga. I think because of this reason, I got really mad when someone starts to play with others pride. Orang boleh cakap, maybe saya too emotional, atau over-protective or egoistic or name it whatever but still, my first priority is to protect MARUAH KELUARGA. I am too sensitive over this issue i guess. Maybe sebab benda ni melibatkan kawan sendiri. And for me, Friendship is the thing I cherished the most, after Family. And I think that's why I got hurt, over and over. Susah nak get over this issue. Susah juga nak cakap to that someone to stop doing what she'd done right now. After all, I am no good in spill my mind out.
    #Too sensitive right now, maybe sebab overburden pressure of FinalYearStudentLife Syndrome.  .*doublesigh*
  3. Jadi FinalYearStudent ni susah rupanya. Dah janji dengan diri sendiri taknak ngeluh dengan beban FYP, so kena kotakan janji. Tak baik tipu diri sendiri kan..hee. Orang lain tengok tenang je FYS nih menjalani sisa-sisa hidup sebagai student. Tapi sebenarnya, kalau dibedah otak student-student final year ni, insyaAllah akan terjumpalah dengan kalian akan keserabutan wayar-wayar litar yang sikit masa lagi akan terbakar fiusnya...Dulu masa tahun 1,2,3 kat U, dengan angkuhnya cakap "Apa yang susah sangat jadi student U ni, satu sem de 5-6 subjek je, 1 subjek pun de berapa chapter jek, compare dengan time SPM ada 10 subjek, 1 subjek compile 2 tahun punya belajar... Tapi bila masuk tahun 4 nih, muka yang tadi dongak tinggi sangat ke langit dapat bahana kena tahi burung yang lalu.#So, the moral is, ingat senang ke nak dapat Ijazah..hehehe
  4. Lepas tengok drama Wedding itu hari, tetiba terfikir "Apa yang paling penting dalam perkahwinan/perhubungan ?". No comment. Tiada pengalaman. Cuma bila tengok kiri kanan, couple-couple yang ada sekeliling ni, pelik tengok bila dorang asyik bergaduh. Kalau alasan untuk bersama adalah untuk berkongsi rasa, kalau asyik bergaduh rasa apa yang dikongsi? Kalau alasannya kerana cinta, apa teruk sangat ke bercinta sampai asyik gaduh. Kalau untuk bahagia, bergaduh tuh bahagia ke? Memang setiap relationship tak akan dapat lari dengan salah faham. Tapi kalau asyik gaduh, nangis-nangis, tension-tension, apa objektif asalnya.
    #No comment.*triplesigh*
Terlalu menikmati hidup, terlalu asyik melihat telatah insan sekeliling, terlalu leka. Tapi tak tahu sampai bila....